Buying and Selling Tips/GuidesPromotions

Cara mengesan nasihat salah dan peniaga yang tidak jujur ketika anda menjual kereta

Ada rancangan untuk menjual kereta anda? Menjual pada masa yang tepat adalah pentingtetapi anda juga perlu mengetahui siapa (dan apa) yang boleh dipercayai. Sama ada pasangan anda yang berniat baik (atau bapa mertua) atau peniaga yang memaksa, nasihat yang kurang baik boleh merugikan. Berikut adalah cara untuk mengelakkan perangkap biasa dan menjual dengan yakin.

Tetapi sebelum itu – kami ingin mengingatkan bahawa apabila anda menjual kereta anda kepada Carro, anda akan mendapat tambahan RM1,000 di atas harga tawaran anda! Dan jika anda trade-in  dengan kami, anda menerima diskaun RM1,000 untuk kereta yang anda mahukan! Tertakluk pada Terma & Syarat.

Sekarang, mari kita kembali ke 3 perangkap biasa apabila menjual kereta yang akan menghalang anda daripada mendapatkan harga yang terbaik.

Perangkap #1: Menganggap kebisingan sebagai nasihat

Ada kalanya, suara yang paling lantang itu kurang berdasarkan maklumat. Meskipun niat mereka baik, mereka mungkin kekurangan data dan fakta yang diperlukan. Ataupun mereka mungkin cuba menipu anda secara terus terang.

Mempercayai suara-suara yang tidak benar (walaupun mereka adalah kawan rapat anda!) boleh menjerumuskan anda untuk membuat keputusan yang tidak baik. Inilah cara untuk mengelakkan perangkap, drama, dan tawaran yang tidak jujur.

Cara untuk menentukan jika nilai kereta anda lebih tinggi daripada yang dikatakan:

Masih berjalan lancar? Itu sangat bernilai.

Enjin yang terurus dengan baik, penukaran gear yang lancar, dan tiada bunyi pelik dari dalam kereta? Semua ini memberitahu pembeli (dan platform seperti Carro) yang kereta anda masih dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan, jadi nilainya kekal baik.  Adakah enjinnya masih berfungsi dengan baik? Carro sedia menerima kereta anda

Rekod perkhidmatan berkala

Lebih baik. Penukaran minya, penggantian bahagian, dan pemeriksaan berkala menunjukkan bahawa anda telah menjaga kereta anda, dan ia membina keyakinan pembeli. Samalah seperti menunjukkan kad laporan anda semasa menjual kereta anda.

“Tapi tayar saya botak!” 

Mungkin potongan RM1,000— bukannya hingga RM10,000. Sesetengah peniaga mungkin menggunakan kerosakan kecil untuk menurunkan harga kereta anda dengan ketara. Namun, sebenarnya, tayar, calar kecil, atau tali pinggang keledar yang pudar tidak sepatutnya merosakkan harga jualan semula kereta anda. Di Carro, anda boleh membawa kereta anda dengan yakin untuk pemeriksaan dan yakin bahawa anda akan menerima harga yang adil. Kerosakan kecil tidak mengurangkan nilai jualan semula kereta anda – selagi enjin berfungsi dengan baik, anda akan dapat penilaian yang adil.

Permintaan pasaran> Pendapat Pakcik

Hanya kerana pakcik anda mengatakan yang harga kereta anda “tak tinggi sangat” tidak menjadikan ianya benar. Sentiasa percayakan fakta, bukan perasaan. Pastikan anda menyelidiki dan memahami  nilai kereta anda yang sebenar di pasaran.

Tawaran Carro berdasarkan data, bukan drama

Platform yang didorong oleh data seperti Carro melihat permintaan pasaran masa nyata dan trend harga, bukan dari khabar angin atau andaian yang sudah lapuk.

Perangkap #2: Peniaga penuh paksaan dan tidak jujur yang membuat keputusan untuk anda

Ada peniaga yang mungkin akan cuba:

  • Menilai rendah kereta anda untuk isu kecil.
    Mereka akan menunjukkan setiap ketidaksempurnaancat yang sedikit terkopek, rim dengan calar kecil, tayar yang sedikit lusuhdan menggunakannya sebagai alasan untuk memotong nilai kereta anda. Mereka mungkin menggambarkannya sebagai “potongan pasaran yang biasa” atau mengatakan perkara seperti, “Tiada siapa nak beli kalau tak baiki dulu.””Tetapi yang sebenarnya: kebanyakannya adalah haus dan lusuh biasa yang tidak merosakkan harga. Sebuah kereta yang mempunyai rekod servis yang baik masih mempunyai nilai yang tinggi, dan beberapa kesan calar tidak menyebabkan potongan harga yang besar.
  • Menggesa anda menjual sebelum anda dapat membandingkan tawaran.
    Mereka akan menggunakan gesaan sebagai taktik: “Tawaran ini hanya sah hari ini,” atau “Ada orang lain yang nak beli.” Matlamatnya? Untuk mendesak anda untuk membuat keputusan cepat sebelum anda dapat membandingkan tawaran atau memeriksa nilai sebenar kereta anda. Pembeli yang bereputasi tidak akan menggesa anda untuk membuat keputusan—mereka akan memberikan anda masa untuk membuat keputusan yang tepat. Jika mereka menggesa, biasanya kerana mereka tahu anda boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik di tempat lain.
  • Menjanjikanpembayaran cepat, kemudian lambat.
    Salah satu helah tertuapeniaga yang menjanjikan  wang anda dengan segera atau dalam beberapa jam, kemudian hilang atau mengeluarkandengan alasan: “Pihak ‘finance’  sedang proses,” “Boss tidak ada,” atau “Beri kami satu hari lagi.” Kelewatan seperti ini bukan hanya mengecewakan—ia merupakan  amaran. Pastikan anda hanya menjual dengan platform atau peniaga yang mempunyai proses pembayaran yang jelas dan dicatat. Contohnya seperti di Carro, di mana pembayaran sangat pantas, jelas dan diyakini—kami tidak akan mehilangkan diri atau melambatkan proses. 

Cara melindungi diri anda:

  • Tetapkan bajet dan cuba ikutinya – jika anda telah menyelidiki dan tahu nilai kereta anda, pastikan anda mendapatkan tawaran itu. 
  • Dapatkan beberapa tawaran – Jangan bergantung pada satu sumber.
  • Jangan termakan dengan tawaran “masa terhad” – Pembeli yang memaksa sering menggunakannya untuk menggesa anda untuk menjual dengan cepat! 
  • Bawa keluarga atau rakan – Mereka boleh mengingatkan anda sebab apa anda berada di sini: untuk dapatkan harga setinggi yang mungkin untuk kereta anda!
  • Baca ulasan – Jika anda pergi ke kedai kereta terpakai, lihat apa yang dikatakan orang tentang syarikat dan kaki tangan mereka.

Perangkap #3: Gagal menyelidik nilai sebenar kereta anda

Pengetahuan sangat penting. Info tentang nilai pasaran kereta anda boleh memberi pertolongan besar ketika menjual kereta. Jika anda menetapkan harga yang terlalu tinggi, orang mungkin tidak menunjukkan minat. Jika anda menetapkan harga yang terlalu rendah, orang mungkin menganggap ada masalah dengannya atau lebih teruk lagi, anda mungkin mengalami kerugian kerana harta anda yang berharga itu.  

Meskipun sukar untuk mengetahui nilai sebenar kereta anda, anda masih boleh mencari maklumat dengan mengunjungi forum dan melihat nilai pasaran di kedai kereta terpakai.

Cara mendapatkan harga terbaik yang dijamin untuk kereta anda

Di Carro, kami menawarkan pembayaran segera dan harga terbaik yang dijamin apabila anda menjual kereta anda. Tiada drama, hanya harga terbaik kami untuk anda. 

Kami juga menawarkan:

  • Pemeriksaan percuma, tanpa paksaan
  • Tawaran berasaskan data
  • Pembayaran hari yang sama
  • Bantuan penyelesaian pinjaman dan pemindahan pemilikan

Dan begitulah cara kami memudahkan cara penjualan kereta!

Satu nasihat dan tawaran besar terakhir

Percayakan gerak hati anda – jika anda terasa ada yang tidak kena, anda mungkin betul. Tetapi anda juga harus menggunakan fakta, bukan ketakutan, untuk membuat keputusan anda. Seperti watak Raja di atas, anda patut menerima harga yang tepat  untuk kereta anda.

Jangan lupa! Jual kereta anda kepada Carro, dan dapatkan tambahan RM1,000 di atas harga tawaran anda! Dan jika anda trade-in dengan kami, anda akan menerima  diskaun RM1,000 untuk kereta yang anda mahukan! (sehingga 13 Jun)

Related Articles

Back to top button