Car Reviews

Cara pilih kereta Axia terpakai yang terbaik untuk kegunaan harian

2024 PERODUA AXIA AV 1.0 AT
Kalau bajet jadi faktor utama, Perodua Axia memang antara pilihan utama. Harganya mesra poket, kos penyelenggaraan rendah dan alat gantinya pun mudah didapati. Jadi, tak perlu risau sangat kalau tiba masa untuk servis atau baiki kereta.

Perodua Axia kekal sebagai pilihan popular di Malaysia. Ramai juga yang memilih versi terpakai. Bukan saja kerena harganya lebih jimat, tapi juga sebab unit baru kadang perlu menunggu stok. Dengan membeli Axia terpakai, proses mendapatkannya lebih cepat, lebih praktikal, dan sesuai untuk mereka yang memerlukan kereta segera.

Tapi, sebelum anda membuat keputusan, ada beberapa perkara penting yang patut anda semak dulu.

Carro Perodua Axia

Faktor-faktor Penting Sebelum Memilih Kereta Axia Terpakai

1. Tahun Pengeluaran

Semakin baru tahun pengeluaran, semakin moden teknologi dan reka bentuknya. Model facelift selepas 2017 sudah menawarkan ciri asas seperti USB dan Bluetooth, manakala varian AV dilengkapi fungsi tambahan termasuk skrin sentuh. 

Kalau anda mahu Axia dengan paparan digital penuh, ciri keselamatan yang lebih canggih, dan sistem infotainment moden, carilah generasi kedua (2023 ke atas), terutamanya varian AV.

Car Media Image

2024 PERODUA AXIA AV 1.0 AT – Hanya dari RM513 sebulan!

2. Perbatuan

Perbatuan rendah memang lebih menyakinkan, tapi untuk Axia terpakai, perbauan  sekitar 100,000 km jadi titik semakan penting. Selepas jarak ini, komponen seperti engine mounting, minyak gearbox, dan bahagian getah biasanya mula haus dan perlu diganti. 

Kalau anda jumpa unit dengan perbatuan lebih 100,000 km, pastikan ia disertakan dengan rekod servis lengkap atau bukti bahawa bahagian penting sudah diganti.

3. Ciri Keselamatan

Tidak semua varian Axia lama dilengkapi dengan ciri keselamatan yang moden. Untuk model facelift 2017 – 2022, hanya varian Gxtra, SE dan AV mempunyai Anti-lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD). Varian Standard E dan G awal tiada fungsi keselamatan ini yang penting.

Car Media Image

2019 PERODUA AXIA G 1.0 AT – Hanya dari RM305 sebulan!

Namun bermula daripada generasi kedua (2023 ke atas), tahap keselamatan Perodua Axia meningkat dengan ketara. Varian SE sudah dilengkapi dengan Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), Hill-Start Assist (HSA), serta 4 beg udara. Varian AV pula datang dengan pakej penuh termasuk 6 beg udara dan sistem keselamatan aktif Perodua Smart Drive Assist (ASA 3.0), yang menambah fungsi sepeti brek kecemasan automatik.

Kalau bajet anda terhad, pilihlah Axia 2017 – 2022 yang sekurang-kurangnya dilengkapi dengan ABS dan EBD. Tapi jika keselamatan menjadi keutamaan, carilah Axia generasi baru 2023 ke atas, sebaiknya varian AV.

4. Infotainment System

Untuk Axia facelift 2017 – 2022, varian asas biasanya hanya dilengkapi radio dan port USB, manakala varian SE dan AV mendapat skrin sentuh, Bluetooth serta kamera undur. 

Model generasi kedua (2023 ke atas) pula menawarkan sistem lebih moden dengan skrin 9-inci pada varian AV, pengingkatan besar daripada 6.2 inci pada model sebelumnya.

Apa pun pilihan anda, pastikan fungsi asas seperti USB, Bluetooth, dan kamera undur masih berfungsi dengan baik. Jika tidak, anda boleh pertimbangkan untuk pasang sistem aftermarket – cara mudah dan berbaloi untuk menaik taraf Axia terpakai anda.

5. Waranti

Utamakan Axia terpakai yang masih ada waranti pengeluar (sehingga 5 tahun/150,000 km) atau perlindungan lanjutan daripada penjual seperti Carro. Sebagai contoh, Carro menawarkan waranti tambahan untuk enjin dan kotak gear selama 12 bulan – membantu anda elak kos pembaikan besar.

Cari Perodua Axia terpakai di Carro.

6. Kecermatan Pemandu Sebelumnya

Pemandu yang cermat dan rajin servis biasanya tinggalkan kereta dalam keadaan baik. Tapi kalau tabiatnya kasar – suka brek mengejut atau bawa laju – kesannya boleh dinampak pada brek, gearbox, dan engine mounting. Sentiasa semak rekod servis atau resit alat ganti, dan perhatikan dalaman kereta. Kesan haus ketara pada stereng, pedal, atau tempat duduk mungkin petanda kereta tidak dijaga rapi.

7. Kemasan (Dalaman & Luaran)

Kemasan dalaman dan luaran mencerminkan sejauh mana kereta dijaga. Periksa keadaan kerusi, dashboard, cat, dan rim untuk kesan koyakan, calar, atau kelusuhan. Ini mungkin nampaknya remeh tetapi kos baik pulih kemasan boleh jadi tinggi. Pilih kereta yang kemas dan terjaga untuk elak perbelanjaan tambahan selepas membeli.

8. Pastikan Harga Axia yang Sesuai dengan Umur & Keadaan

Harga Axia terpakai sangat bergantung kepada tahun, varian, perbatuan, dan keadaan kenderaan. 

Car Media Image

2018 PERODUA AXIA G 1.0 AT – Hanya dari RM334 sebulan!

Axia Varian Anggaran Harga Catatan
Gen 1 

(2014 – 2022)

1.0 G / E Manual RM15k – RM27k Harganya mengikut tahun & kondisi.
Gen 1 

(2020 – 2022)

SE / AV RM28k – RM40k lebih Lagi baru dan tinggi spesifikasinya, lagi tinggi harganya.
Gen 2 

(2023 – kini)

Model D74A

G (asas) Lebih kurang RM30k Model terbaru, varian asas.
Gen 2 

(2023 – kini)

Model D74A

AV (Advance) Hampir RM50k Spec penuh, biasanya dengan perbatuan/mileage lebih rendah.

Tips Tambahan Untuk Pembeli Axia Terpakai

  1. Buat pemeriksaan menyeluruh: Dengar kalau ada bunyi pelik dari enjin, uji penghawa dingin, dan semak tayar untuk kesan haus yang tidak sekata.
  2. Jangan terpedaya dengan kosmetik: Cat baru atau aksesori tambahan tidak semestinya bermakna enjin dan gearbox dalam keadaan baik.
  3. Sediakan bajet baik pulih kecil: Komponen seperti condenser, cooling coil atau absorber mungkin perlu diganti selepas penggunaan beberapa tahun.

Mana Satu Generasi Axia Sesuai Untuk Anda?

Keutamaan Anda  Generasi / Facelift Julat Tahun Mengapa Pilihan Ini Sesuai
Bajet ketat Generasi Pertama 2014 – 2016 Harga Axia paling rendah di pasaran terpakai (bermula sekitar RM15,000 –  RM20,000). Sangat jimat minyak dan kos penyelenggaraan rendah.
Harga murah & spec tinggi Facelift Pertama 2017 – 2018 Menerima kemas kini visual dan peningkatan kecil pada kualiti tanpa kenaikan harga mendadak. Pilihan berbaloi jika mahu rupa lebih moden dengan bajet sederhana.
Mahu ciri keselamatan tinggi Facelift Kedua 2019 – 2022 Pilihan terbaik dalam generasi pertama untuk ciri keselamatan. Varian AV atau SE sudah ada Vehicle Stability Control (VSC) dan Advanced Safety Assist (ASA).
Mahu rasa seperti baru dengan  teknologi moden Generasi Kedua (D74A) 2023 – kini Walaupun harganya lebih tinggi (sekitar RM50,000 untuk varian AV), anda mendapat platform DNGA baharu, transmisi D-CVT lebih lancar, dan ciri keselamatan penuh (ASA, 6 beg udara) yang setanding dengan kereta segmen-B yang lebih mahal.

Beli Axia terpakai bukan sekadar soal harga, tapi juga soal keselesaan dan ketenangan selepas membeli. Dengan menilai faktor seperti tahun pengeluaran, perbatuan/mileage, ciri keselamatan, kemasan dan harga, anda boleh pilih kereta yang benar-benar sesuai untuk kegunaan harian.

Carro 4S Centre in Seremban

Di Carro, semuanya jadi lebih mudah dengan Carro Certified. Setiap kereta telah melalui pemeriksaan menyeluruh 160 poin, bebas daripada kemalangan besar, banjir, atau kebakaran, dan dijamin tiada manipulasi perbatuan. Anda juga mendapat waranti enjin dan gearbox selama 12 bulan, serta jaminan pulangan wang dalam 5 hari. 

Jom cari Axia Carro Certified terbaik untuk anda!

Related Articles

Back to top button