Generasi Honda Civic terpakai mana paling berbaloi dibeli di Malaysia?
Honda Civic bukan nama asing di jalan raya Malaysia. Sejak dulu lagi, model Honda ini sinonim dengan gaya sporty, ruang selesa, dan ketahanan yang jarang mengecewakan. Sebab itu, walaupun sudah bertahun dilancarkan, Honda Civic kekal menjadi pilihan ramai dalam pasaran kereta terpakai.
Namun, tidak semua generasi Civic menawarkan pengalaman yang sama. Ada model yang lebih tahan lasak, ada yang kos selenggaranya lebih rendah, dan ada juga yang mempunyai cult following hingga nilai pasaran terpakainya kekal tinggi. Sebelum anda buat keputusan, mari kita lihat generasi Honda Civic mana yang paling berbaloi dimiliki.
Apa perlu dititikberatkan ketika membeli Honda Civic terpakai
Sebelum kita bincang tentang generasi Honda Civic yang paling popular, ini beberapa perkara penting yang perlu anda semak sebelum membeli:
- Pastikan perbatuan sesuai dengan usia kereta. Jika terlalu rendah untuk model lama, berwaspadalah – mungkin odometer sudah dimanipulasi.
- Minta rekod servis lengkap. Pastikan penyelenggaraan dibuat mengikut jadual dan komponen penting seperti timing belt, absorber atau sistem brek sudah diganti bila perlu.
- Buat kajian tentang masalah umum bagi generasi Civic yang anda minati – setiap model dan generasinya ada isu tersendiri.
- Semak kos alat ganti dan penyelenggaraan. Model dengan teknologi tinggi atau diimport biasanya lebih mahal untuk diselenggara.
- Nilai jual semula juga penting. Honda Civic terkenal mudah dijual semula kerana populariti dan permintaannya yang tinggi, menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk pelaburan jangka panjang.
Perbandingan generasi Honda Civic terpakai di Malaysia
Setiap generasi Civic ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Dalam artikel ini, tumpuan utama kita padamodel yang masih relevan dari segi usia, teknologi, dan kos penyelenggaraan.
Model lama seperti Honda Civic EG dan EK (tahun 1990-an hingga awal 2000-an) memang ikonik – terutama di kalangan peminat modifikasi dan pengumpul. Namun, bagi pembeli biasa, ia bukan pilihan praktikal. Usia kereta yang sudah melebihi 20 tahun menjadikan risiko kerosakan besar dan kos baik pulih sangat tinggi. Ia lebih sesuai sebagai kereta projek atau koleksi, bukan untuk kegunaan harian.
Honda Civic ES (2001–2005) pula menawarkan harga mampu milik dan ruang kabin luas. Namun, reka bentuknya sudah ketinggalan, alat gantinya semakin sukar didapati, dan ada risiko masalah wear-and-tear serius. Untuk kebanyakan pembeli, model ini tidak lagi berbaloi kecuali anda menemui unit yang benar-benar dijaga rapi.
Jadi kita akan fokus kepada Honda Civic generasi selepasnya. Berikut adalah beberapa generasi Honda Civic yang sering ditemui di pasaran kereta terpakai Malaysia:
| Generasi | Tahun | Kelebihan | Kelemahan | Sesuai Untuk Siapa? |
| Honda Civic FD (Honda generasi ke-8) |
2007 – 2011 | – Reka bentuk bergaya dan sporty
– Struktur badan kukuh dan stabil – Enjin i-VTEC tahan lasak dan mudah diselenggara – Pengendalian mantap dan selesa hasil sistem suspensi double wishbone – Alat ganti mudah didapati dan kos penyelenggaraan masih berpatutan |
– Komponen mungkin haus atau karat
– Kurang ciri keselamatan moden – Sistem elektronik dan sensor mungkin rosak akibat faktor usia |
– Sesuai untuk pembeli dengan bajet terhad
– Sesuai sebagai kereta harian untuk perjalanan jarak dekat atau dalam bandar Inginkan kereta Honda Civic FD? Boleh dapatkan dengan Carro di sini. |
| Honda Civic FB (Honda generasi ke-9) |
2012 – 2015 | – Ruang kabin luas dan selesa untuk pemandu serta penumpang
– Prestasi enjin seimbang untuk pemanduan harian – Enjin 1.8 / 2.0 NA mudah dijaga berbanding versi turbo – Kos penyelenggaraan rendah kerana komponen enjin lebih ringkas. |
– Rekaan lebih konservatif, kurang premium berbanding model lain – Transmisi automatik 5-kelajuan kurang lancar dan kurang jimat minyak berbanding CVT moden– Ciri keselamatan asas, tidak setanding model baru |
– Sesuai untuk golongan muda yang baru bekerja dan mahukan kereta bergaya
– Sesuai untuk keluarga kecil Inginkan kereta Honda Civic FB? Boleh dapatkan dengan Carro di sini. |
| Honda Civic FC, juga digelar Honda Civic Ketam
(Generasi ke-10) |
2016 – 2022 | – Reka bentuk moden, agresif, dan sporty
– Kabin luas, kapasiti but 497 liter – Lengkap dengan CVT, pemanduan lancar, jimat minyak – Ciri keselamatan terkini – Suspensi direka untuk pemanduan stabil dan selesa – Nilai jual semula lebih tinggi |
– Masalah oil dilution, bila kereta sering dipandu jarak dekat, atau dalam kesesakan jalan – Harga belian lebih tinggi– Kemungkinan isu pada stereng elektronik (EPS)– Tempat duduk rendah– Hanya satu port USB di belakang – Kos baiki untuk bahagian tertentu lebih tinggi |
– Jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi
– Mahukan kereta yang jimat minyak dan sesuai untuk kegunaan harian Inginkan kereta Honda Civic FC? Boleh dapatkan dengan Carro di sini. |
| Honda Civic FE (Generasi terkini) | 2022-sekarang | – Reka bentuk moden dan sporty – Kabin luas dan selesa, dengan bahan binaan berkualiti tinggi– Enjin 1.5L VTEC Turbo, prestasi pemanduan bertenaga– Jimat minyak– Sistem Honda SENSING (pada varian V dan RS): Collision Mitigation Braking System (CMBS), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist System (LKAS) – Teknologi infotainment dengan skrin sentuh besar, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto – Advanced driver assistance system (ADAS) membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh atau dalam trafik sesak – Ciri “Remote Start” – Kos cukai jalan lebih rendah – Nilai jual balik yang tinggi |
– Masalah oil dilution pada model tertentu, terutama jika kereta sering dipandu jarak dekat atau dalam kesesakan
– Kos servis dan pembaikan lebih tinggi disebabkan teknologi yang lebih kompleks – Isu kecil seperti stereng elektronik (EPS) dan sensor – Ruang but tidak sebesar generasi FC – Harga pasaran masih tinggi, walaupun untuk unit terpakai
|
– Untuk golongan muda, profesional
– Keluarga kecil yang mahukan kereta lebih besar – Bajet lebih tinggi – Mahukan kereta yang jimat minyak Inginkan kereta Honda Civic FE? Boleh dapatkan dengan Carro di sini. |
Honda Civic FB
Berdasarkan perbandingan di atas, Honda Civic FB (2012-2015) mungkin boleh jadi pilihan bagus untuk anda. Sebabnya:

- Harga belian masih berpatutan, tapi kualitinya boleh diharap.
- Enjin NA (1.8 / 2.0) mudah dijaga, spare part lebih banyak dan kos penyelenggaraan rendah jika dibandingkan enjin turbo
- Ciri asas dan keselamatan mencukupi untuk kegunaan harian.
- Susut nilai lebih rendah jika anda beli unit yang dijaga baik.
Honda Civic FC & FE

Honda Civic FC 2018 – Hanya dari RM934 sebulan!
Namun, jika anda mempunyai bajet lebih dan mahukan prestasi serta teknologi lebih canggih, Honda Civic generasi FC atau FE ialah pilihan terbaik. Walaupun harganya lebih tinggi dan penjagaannya memerlukan perhatian, pengalaman pemanduan serta ciri moden yang ditawarkan memang berbaloi dengan apa yang anda bayar.

Honda Civic FE 2012– Hanya dari RM1,248 sebulan!
Tips Tambahan Bila Memilih Honda Civic Terpakai
- Semak sama ada varian turbo FC dilengkapi Honda Sensing (ciri keselamatan tambahan).
- Periksa isu khas seperti sistem stereng elektronik (EPS). Model FE pernah mengalami recall.
- Uji pendingin hawa, periksa bunyi suspensi, keadaan tayar dan wheel alignment.
- Bawa mekanik berpengalaman untuk periksa enjin, transmisi, casis/badan dan bahagian bawah kereta bagi mengesan karat atau kebocoran.
Kalau semua ini rasa leceh dan anda mahu beli kereta dengan tenang, pilih sahaja kereta Honda Civic terpakai Carro Certified. Kami berikan 5 jaminan: termasuk proses pemeriksaan 160 pon, jaminan pulangan wang dalam 5 hari, dan waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear!
Kami jamin, anda akan dapat kereta terpakai yang sebaik yang baru.




