Perbaharui insurans motor dengan Carro dan nikmati diskaun 10%!
Jika anda seorang penunggang motor, kami ada berita baik untuk anda! Perbaharui insurans motor anda dengan Carro dan nikmati diskaun 10%. Untuk menikmati diskaun ini, sila pergi ke Carro dan gunakan kod TENOFF ketika pembayaran!
Apakah insurans motor?
Insurans motor adalah polisi yang memberikan pemilik polisi insurans perlindungan kewangan sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau kecurian. Ia juga memberikan perlindungan kewangan daripada sebarang liabiliti yang disebabkan oleh kecederaan, kematian atau kerosakan pada pihak ketiga, termasuk kereta dan motor.
Jenis polisi insurans motor
Di Malaysia, terdapat dua jenis polisi insurans yang boleh dipilih mengikut keperluan dan bajet anda.
Insurans motor pihak ketiga
Insurans motor pihak ketiga adalah insurans motosikal yang paling asas. Polisi ini melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda pihak ketiga sahaja. Oleh itu, kecederaan, kematian atau kerosakan motosikal pihak ketiga akibat kemalangan adalah dilindungi oleh polisi ini. Pihak pemegang polisi tidak akan menerima apa-apa pampasan atau ganti rugi untuk kecederaan, kematian dan kerosakan motosikal pemegang polisi.
Insurans motor komprehensif
Selain daripada memberi semua perlindungan yang sama insurans motor pihak ketiga, insurans motor komprehensif juga melindungi harta benda pemegang polisi. Ini bermakna motosikal pemegang polisi dilindungi sekiranya berlaku kebakaran, kecurian,dan kerosakan pada motor disebabkan kemalangan.
Pekara yang tidak dilindungi insurans motor
Setiap polisi mempunyai syarat dan pengecualian yang tidak boleh dituntut. Sila rujuk kepada polisi insurans anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis tuntutan yang diliputi oleh insurans anda. Berikut adalah antara perkara yang tidak dilindungi oleh perlindungan insurans motor asas:
- Insurans tidak akan memberi pampasan akibat kerosakan atau kecurian motor sekiranya kemalangan berlaku semasa ia ditunggang oleh orang lain.
- Kehilangan aksesori motor tidak layak mendapat pampasan.
- Pampasan kemalangan tidak akan diberikan sekiranya kemalangan berlaku di luar negara.
- Pemandu yang didapati memandu di dawah pengaruh dadah atau alkohol tidak akan dilindungi oleh sebarang polisi insurans.
- Kerugian atau kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, dan kekacauan awam.
Harga insurans motor
Harga insurans motor tidak hanya bergantung kepada jenis polisi insurans yang dipilih dan mungkin dipengaruhi oleh harga cukai jalan motosikal anda.
Jenis motor (cc) | Harga Semenanjung | Harga Sabah/Sarawak |
0 – 150 cc | RM2 | RM2 |
151 – 200 cc | RM30 | RM9 |
201 – 250 cc | RM30 | RM12 |
251 – 500 cc | RM100 | RM30 |
501 – 800 cc | RM250 | RM40 |
Lebih daripada 801 cc | RM350 | RM42 |
Sebab-sebab insurans motor penting untuk anda
Mungkin anda adalah seorang penunggang yang mementingkan keselamatan dan yakin yang anda tidak akan mengalami kemalangan. Jadi, adakah anda memerlukan insurans motor?
Insurans motor adalah wajib
Ya, anda perlu mempunyai insurans motor untuk memandu tanpa menyalahi undang-undang. Mengikuti Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda perlu mempunyai cukai jalan yang sah untuk memandu kereta atau menunggang motosikal di jalan raya. Untuk mendapatkan cukai jalan, anda perlu mendapatkan insurans lebih dahulu.
Jika ditangkap polis, pemandu boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjara selama 3 bulan! Perbaharui insurans motor anda sekarang!
Lebih berisiko terhadap kecurian
Antara kenderaan yang terdapat di Malaysia, motosikal lebih kerap dicuri. Pada tahun 2020, sebanyak 16,057 kes pencurian motosikal atau 75% daripada jumlah 21,578 kes kecurian kenderaan! Dengan insurans yang melindungi anda daripada kecurian, anda boleh menuntut pampasan jika motor anda dicuri.
Pelindungan daripada kemalangan
Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang paling berbahaya untuk pemandu. Pada tahun 2019, terdapat sebanyak 117,786 kemalangan yang melibat motosikal yang dilaporkan! Walaupun anda sangat berhati-hati, anda masih mempunyai risiko untuk terlibat dalam kemalangan kerana kecuaian pengguna jalan raya yang lain.
Oleh itu, insurans motor adalah penting untuk melindungi anda dan kewangan anda daripada kerosakan dan kerugian jika anda terlibat dalam kemalangan.
Pelindungan daripada penuntutan pihak ketiga
Selain daripada melindungi anda daripada kerugian kewangan akibat kerosakan motor yang tidak boleh digunakan lagi, anda juga dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga. Jika anda didapati bersalah dan telah menyebabkan kemalangan, anda bertanggungjawab untuk membayar pihak ketiga pampasan untuk kerosakan, kecederaan dan kematian dalam kemalangan yang berkaitan. Jika anda mempunyai insurans motor, insurans anda akan membayar sebahagian atau keseluruhan pampasan tersebut. Oleh itu, beban kewangan anda tidak akan begitu besar.
Kesimpulannya, insurans motor adalah penting untuk melindungi anda dan kewangan anda. Anda boleh mengurangkan risiko terhadap diri sendiri dengan mendapatkan insurans motor yang sesuai.
Jika anda belum memperbaharui insurans motor anda, anda boleh melakukannya sekarang dengan Carro dan menerima sebut harga percuma serta diskaun 10%! Anda hanya perlu menggunakan kod TENOFF untuk menikmati diskaun kami!