Jangan sampai tidak tahu, jual kereta anda dengan Carro dan dapatkan RM1,000 lebih pada sebut harga anda
Menjual kereta anda tidak seharusnya terasa seperti sesuatu yang rumit. Tetapi bagi ramai penjual kereta kali pertama, ia seolah-olah mengharungi bilik yang penuh dengan perangkap. Sudahkah anda menonton filem pendek kami? Dalam “A King’s Dilemma” (Dilema Seorang Raja), pendekatan yang salah boleh membuat anda kecewa — atau lebih teruk lagi, membuat anda rugi.
Tetapi, jangan risau. Kami telah melihat semuanya sebelum ini. Sebagai platform kereta terpakai yang diyakini ramai, kami di sini untuk pastikan anda dapatkan harga terbaik yang dijamin untuk kereta anda. Mulai sekarang hingga 13 Jun, jual kereta anda dengan Carro dan dapatkan RM1,000 ekstra sebagai tambahan pada sebut harga kami. Dan jika anda mahu trade in, kami akan berikan diskaun RM1,000 untuk kereta kami!
Di Carro, kami telah menyaksikan dan mendengar pelbagai cerita kecewa dalam penjualan kereta – pemilik kereta yang diberi harga rendah atau tidak dilayani serta penjual kereta bijak yang berusaha untuk mendapatkan harga terbaik. Kami telah menyimpulkannya kepada 5 jenis penjual – yang mana satukah anda?
5 jenis penjual kereta
Yang Tidak Tahu-Menahu
Menghargai kereta mereka berdasarkan khabar angin, mengikut perasaan atau apa sahaja yang pernah dikatakan oleh ahli keluarga mereka. Tiada penyelidikan atau perbandingan dilakukan, hanya keyakinan sahaja… atau kenaifan?
Jangan jadi seperti Raja dalam filem kami. Dapatkan penilaian yang tepat berdasarkan data dari Carro. Kami juga akan menunjukkan anggaran harga untuk kereta serupa ketika ini. Tidak perlu membuat tekaan.
Yang Sentimental
Berpendapat bahawa Toyota tahun 2005 mereka bernilai RM40,000 kerana “Sebelum ini tak pernah ada masalah” dan “Saya baru tukar tayar tahun lepas”. Kami faham—kereta anda telah menemani anda dalam masa susah dan senang. Tetapi nilai emosi tidak selalu berubah menjadi nilai pasaran. Pembeli mementingkan umur, jarak perjalanan dan keadaan kereta, dan bukannya kenangan. Peringatan realiti daripada Carro boleh membantu anda menentukan harga yang tepat – tanpa rasa sakit hati.
Yang Menghilangkan Diri
Menyenaraikan kereta dalam talian..lalu menghilang. Tiada jawapan, tiada tindakan, tiada rancangan. Sering kali tidak bersedia secara mental (atau emosi) untuk melepaskan kereta, atau tidak mempertimbangkan langkah seterusnya. Jika anda benar-benar mahu menjual, pastikan anda sudah bersedia – dengan semua dokumen siap dan menggunakan platform seperti Carro untuk membantu anda melalui proses itu.
Yang Menggesa
Menawarkan promosi di semua platform yang ada, mendekati semua orang untuk mendapatkan tawaran, dan berunding dengan cara yang mahir. Meskipun pendekatan yang menggesa mungkin memberikan harga yang bagus, ia juga akan menghabiskan waktu dan tenaga anda. Perlu ada keseimbangan.
Yang Bersedia
Yang paling kami suka! Semua dokumen mereka disusun, disertai dengan rekod servis yang berlamina dan mungkin juga kereta telah digilap sehari sebelum pemeriksaan. Kami tabik hormat. Ikutilah teladan orang ini.
Kesilapan biasa (yang kami hadapi) ketika menjual kereta anda serta langkah-langkah untuk menghindarinya
Mengambil gambar yang kurang baik
Kami telah melihat beberapa gambar kereta yang seolah-olah diambil pada pukul 11 malam di bawah lampu jalan yang berkelip-kelip – kabur, gelap, dan berkualiti terlalu rendah. Gambar yang bagus memberikan impak yang besar, jadi ambillah masa untuk mengambil gambar kereta anda pada siang hari, dari pelbagai sudut, dan jangan sesekali lupa untuk mengambil gambar dalaman juga.
Jangan sekali-kali menerima tawaran pertama
Menerima tawaran pertama mungkin terlihat sebagai suatu pencapaian, namun itu boleh bermakna anda hilang kesempatan untuk mendapatkan duit lebih. Luangkan masa untuk membuat membandingkan, menyelidik dan memahami nilai kereta anda yang sebenar sebelum menandatangani perjanjian.
Terlupa untuk mengeluarkan barangan peribadi (hello, seluar pendek di dalam but)
Selalu juga ada barangan misteri yang ditinggalkan—seperti seluar pendek di dalam but, resit dari 2017 atau benda yang secara jujurnya sukar untuk dilupakan. Sebelum kereta anda diperiksaatau diserahkan, pastikan pembersihan yang menyeluruh telah dilakukan. Tiada pihak yang ingin mewarisi sisa-sisa makanan yang tertinggal, dan ini akan memberikan pandangan awal yang buruk kepada pembeli yang berpotensi.
Mengubah fikiran anda selepas pemeriksaan
Mengubah keputusan anda setelah menetapkan harga—terutamanya selepas pemeriksaan—akan menyebabkan pembaziran masa untuk semua orang. Teruskan hanya apabila anda sudah bersedia dan pasti. Proses penjualan yang lancar memerlukan komitmen daripada kedua-dua belah pihak.
Bagaimana untuk menjadi Penjual Yang Bersedia
Lakukan penyelidikan anda
Mulakan dengan pemeriksaan percuma daripada Carro. Kami juga akan memberi anda tawaran segera selepas itu. Tiada komitmen, ketelusan penuh.
Sediakan dokumen anda
- Kad pendaftaran kereta (geran)
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat penyelesaian pinjaman (jika sudah)
- Bukti insurans
- Rekod perkhidmatan (tidak wajib tapi bagus kalau ada)
- Resit cukai jalan
Fahami langkah-langkah
- Pemeriksaan percuma
- Dapatkan tawaran
- Selesaikan pinjaman (kami membantu!)
- Puspakom + pemindahan pemilikan
- Dapatkan bayaran segera
Bagaimana Carro menjadikannya mudah
Pemeriksaan percuma
Kami menawarkan pemeriksaan percuma — tiada paksaan. Pihak kami akan menilai kereta anda dan memberikan anda gambaran yang jelas berdasarkan data tentang keadaan dan nilai pasarannya.
Tawaran yang telus dan adil
Anda akan mendapatkan tawaran yang adil dan telus — berdasarkan data pasaran sebenar, bukan tekaan atau “harga kawan-kawan”. Tiada tawar-menawar, tiada kejutan tersembunyi—hanya tawaran yang boleh anda percayai.
Kami akan membantu anda dengan urusan dokumen
Kami akan membimbing anda sepanjang proses penjualan — supaya anda tidak bingung dengan borang-borang dan istilah khusus. Dari awal hingga akhir, kami akan memastikan anda tahu dengan jelas apa yang perlu disediakan dan ditandatangani.
Kami mengendalikan penyelesaian pinjaman (jika perlu)
Kami mengendalikan penyelesaian pinjaman jika perlu —tak perlu menghubungi bankatau kekeliruan mengenai baki tertunggak. Anda hanya perlu berikan butiran kepada kami, dan kami akan menyelesaikannya.
Kami juga membantu dengan pemindahan pemilikan dan pemeriksaan Puspakom
Kami juga membantu dengan pemindahan pemilikan dan pemeriksaan Puspakom — tidak perlu beratur atau memikirkan prosesnya sendiri. Kami akan menyelaraskan segala-galanya supaya anda tidak perlu mengangkat jari.
Pembayaran pantas sebaik sahaja semuanya diluluskan
Dan setelah semuanya diluluskan, anda akan mendapat bayaran anda dengan cepat — tidak perlu menunggu lama, tiada ketidakpastian. Hanya proses yang lancar daripada pemeriksaan kepada pembayaran segera.
Bagaimana sekarang, Tuanku?
Apa pun pilihan anda, elakkan mengikuti cara Raja itu—mendengar desas-desus, mengabaikan amaran, dan menerima tawaran “mesra” yang pertama.
Dapatkan fakta. Lakukan persediaan. Elakkan drama.
Dan jika anda sedang mahukan layanan diraja? Carro ada di sini untuk anda.
Pemeriksaan percuma. Tawaran yang adil. Pembayaran yang pantas. Jual kereta anda dengan Carro hari ini.