LifestylePromotions

5 sebab motor elektrik belum digemari ramai di Malaysia

Di Malaysia, kita boleh melihat pelbagai jenis kereta, termasuk kereta elektrik yang semakin popular. Kita juga boleh melihat begitu banyak motosikal di jalan raya. Tetapi, apakah sebab motor elektrik masih tidak banyak digunakan walaupun ia lebih kecil dan mungkin lebih senang untuk dihasilkan? Ketahui antara sebab-sebab kenapa motor elektrik masih belum digemari rakyat Malaysia di dalam artikel ini.

Sebelum itu, sudahkah anda memperbarui insurans motor? Jika masih belum, sila layari Carro dan nikmati diskaun 10%! Pilih dari senarai rakan penyedia insurans kami dan masukkan kod TENOFF untuk memperbaharui insurans motor dengan diskaun 10%!

Read in English

Motorcycles, KL
Sumber.

Tiada minat dari pengeluar besar

S2 Mulholland, electric motorbike
Sumber.

Walaupun demikian, Harley-Davidson telah menubuhkan syarikat LiveWire yang menghasilkan motosikal elektrik. Antara produknya ialah S2 Mulholland yang berharga $15,999 (RM69,880), atau hampir sama dengan harga sebuah Proton X50 Carro Certified! Harga yang tinggi ini dan kekurangan peminat menyebabkan LiveWire rugi sebanyak $115 – $125 juta (RM502-RM546 juta) pada tahun 2023. Sebaliknya, Ducati berpendapat teknologi untuk bateri motosikal masih belum matang. Memandangkan jenama yang terkenal tidak menghasilkan motor elektrik mampu milik, para pengguna dengan bajet yang kecil hanya boleh memilih antara syarikat ‘startup’ seperti VinFast dari Vietnam atau Niu dan Blueshark dari China.

Had jarak

Jika anda menggunakan motor elektrik, anda pasti akan mengetahui had jaraknya dengan .. Bateri ion litium bukan sahaja berat tapi kepadatan tenaganya juga kurang berbanding petrol. Bateri Blueshark R adalah seberat 12kg tetapi mempunyai had jarak hanya sejauh 110km. Apabila dibandingkan dengan motor Yamaha Lagenda EZ115 dengan tangki 3.9L yang boleh pergi sejauh 248km, jarak motor petrol lebih baik daripada motor elektrik.

Untuk menyelesaikan isu had jarak ini, beberapa syarikat telah menyediakan stesen penukaran bateri supaya di mana penunggang hanya memerlukan 5 minit untuk menukar bateri. Walau bagaimanapun had jarak motor elektrik masih terbatas mengikut stesen penukaran yang kebanyakannya hanya di Lembah Klang.

e-bike, electric motorbike
Seorang pengawal keselamatan dengan sebuah motor elektrik. Sumber.

Namun begitu, beberapa kompleks apartmendan komuniti berpagar telah mula menggunakan motor elektrik dengan had jarak dekat ini. Pengawal keselamatan mereka menggunakan motor elektrik tersebut untuk meronda kawasan kediaman tanpa gangguan bunyi bising dan asap ekzos kepada para penduduk, namun ini tidak memberikan impak besar ke atas industri motor.

Infrastruktur pengecasan terhad

Blueshark, charger
Pengecas batteri Blueshark. Sumber.

Motor elektrik Blueshark R1 datang dengan pengecas bateri yang boleh disambungkan kepada soket dinding. Walaupun ini bermakna bateri motor senang untuk dicas, anda masih perlu membawa pengecas bersama anda apabila anda keluar dari rumah. Tetapi, ruang dalam motor elektrik adalah sangat terhad dan pengecas bateri akan mengambil ruang yang boleh digunakan untuk meletakkan benda lain.

Bateri motor elektrik ini juga boleh ditukar di stesen penukaran bateri Blueshark, tetapi kebanyakan stesen penukaran bateri ini hanya berada di Lembah Klang. Jadi, jika anda tinggal di luar Lembah Klang, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengguna motor elektrik juga mengalami satu lagi kekurangan besar iaitu tidak dapat mengecas bateri motor menggunakan infrastruktur pengecasan kereta elektrik di Malaysia. Walaupun liputan sistem pengecasan kereta elektrik tidak merangkumi seluruh negara, pemilik kereta elektrik masih dapat mengecas kereta mereka di stesen pengecasan sedia ada di hampir seluruh Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Namun begitu, pengguna motor elektrik tidak dapat menggunakan kemudahan ini.

Pilihan penyelenggaraan terhad

Seperti kereta elektrik 2 tahun yang lalu, kepakaran dan alat ganti yang diperlukan untuk membaiki motor elektrik susah untuk dicari. Pemilik motor elektrik hanya boleh menghantar motor mereka ke pusat servis syarikat yang menghasilkan motor elektrik mereka. Maka, pemilik motor elektrik terbatas pada lokasi yang mempunyai pusat servis motor elektrik. Sebaliknya, jika motor petrol anda mempunyai masalah, anda boleh pergi ke pusat servis atau bengkel yang berhampiran untuk membaiki motornya.

Syarikat-syarikat motor elektrik sedar tentang masalah ini. Oleh itu, syarikat-syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang murah atau percuma. Walau bagaimanapun, harga yang rendah ini mungkin tidak berbaloi kerana liputan perkhidmatan yang kurang menyeluruh.

Harga yang tinggi

Sebagai sebuah negara membangun, terdapat ramai pekerja biasa di Malaysia yang menunggang motor ke tempat kerja, di samping mereka yang bekerja sebagai penghantar bungkusan atau makanan. Ini bermaksud kebanyakan pembeli motor mempunyai bajet yang lebih rendah.

Tetapi, motor elektrik dari syarikat ‘startup’ dijual dengan harga yang agak mahal. Memandangkan motor elektrik baru baru di pasaran dan tidak mempunyai banyak pilihan model mampu milik, syarikat motor elektrik tidak mempunyai sebab untuk merendahkan harga mereka.

Sebagai contoh, motor yang paling murah dari Blueshark iaitu R1 lite berharga RM7,190. Ini lebih tinggi daripada harga RM5,598 untuk Yamaha Lagenda EZ115. Pembeli juga mempunyai pilihan motor petrol yang lebih murah, seperti WMoto RTR 50 yang berharga RM2,600.

Motorbike, discussion, insurance
Sumber.

Untuk menyelesaikan masalah perbezaan harga ini kerajaan Malaysia menawarkan rebat sebanyak RM2,400 kepada pembeli motor elektrik. Walau bagaimanapun,rebat ini mempunyai syarat: pendapatan tahunan pembeli mesti kurang daripada RM120,000 (kurang daripada RM10,000 sebulan) untuk layak menerima rebat tersebut. Pembeli layak menerima subsidi tersebut akan membayar RM4,700 untuk sebuah Blueshark R1 lite. Walaupun harga ini adalah lebih rendah daripada sebuah Yamaha Lagenda EZ115, harganya hampir dua kali ganda berbanding sebuah WMoto RTR 50.

Ini sebelum mengambil kira pasaran motor terpakai yang mempunyai motor dengan harga serendah RM30! Di Malaysia, terdapat lebih daripada 17 juta buah motor. Maknanya, pembeli boleh memilih daripada pelbagai jenis motor di pasaran motosikal terpakai, tanpa perlu mempertimbangkan motor elektrik.

Kesimpulannya, motor elektrik mempunyai masalah-masalah yang sama seperti kereta elektrik sebelum diterima oleh orang ramai: kekurangan kemudahan pengecasan, harga yang tinggi, dan jarak yang terhad. Selagi tiada perubahan besar seperti memastikan motor elektrik boleh menggunakan sistem pengecasan kereta elektrik, penggunaan motor elektrik mungkin kekal terhad dan tidak akan digunakan secara meluas.

Sementara itu, anda masih akan memerlukan insurans untuk motor anda yang sedia ada. Jika anda masih belum mempunyainya atau perlu memperbaharui insurans motor anda, sila layari Carro dan nikmati diskaun 10%! Pilih dari senarai rakan penyedia insurans kami dan masukkan kod TENOFF untuk menikmati diskaun 10% apabila anda memperbaharui insurans motor anda!

Insurans motor, motor elektrik

Related Articles

Back to top button