{"id":10001,"date":"2025-12-15T16:40:03","date_gmt":"2025-12-15T08:40:03","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=10001"},"modified":"2025-12-15T16:40:03","modified_gmt":"2025-12-15T08:40:03","slug":"7-bunyi-kereta-dan-maksudnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/7-bunyi-kereta-dan-maksudnya\/","title":{"rendered":"7 bunyi kereta dan maksudnya"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hmm. Purr. Vroom. Teknologi moden menjadikan bunyi kereta lebih sedap didengar. Tetapi apa yang perlu anda buat bila terdengar bunyi luar biasa daripada kereta? Perlukah anda risau?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut adalah beberapa bunyi kereta yang tidak sedap didengar, kerana bunyi-bunyi ini boleh menandakan masalah pada kereta.<\/span><\/p>\n<h2><b>Bunyi berdetar seperti syiling dalam mesin basuh<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda pernah terlupa mengeluarkan duit syiling dari poket sebelum membasuh baju, anda pasti kenal bunyi ini. Bunyi yang sama boleh datang daripada kereta anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Antara punca yang biasa ialah:<\/span><\/p>\n<h3><b>Nat roda longgar<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bunyi berdetar itu hilang apabila anda memandu lebih laju, ia mungkin berpunca daripada nat roda atau penutup rim yang longgar. Ini biasanya berlaku selepas roda ditanggalkan dan tidak diketatkan semula dengan betul. Segera bawa kereta ke bengkel, atau ketatkan sendiri jika anda tahu caranya.<\/span><\/p>\n<h3><b>Masalah penukar bermangkin (catalytic converter)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penukar bermangkin menapis gas berbahaya daripada ekzos. Ia perlu berada dalam keadaan baik untuk berfungsi dengan betul.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bunyi hanya muncul ketika enjin dihidupkan dan kemudian hilang, puncanya mungkin pelindung haba yang longgar. Namun, jika bunyi berlaku dengan kerap, struktur seramik di dalam penukar bermangkin mungkin sudah rosak atau pecah.<\/span><\/p>\n<h2><b><\/b><b>Bunyi nyaring atau geseran<\/b><\/h2>\n<h3><b>Pad brek haus atau rosak<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-4473\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/Brake-Warning.jpg\" alt=\"brake warning\" width=\"964\" height=\"964\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pad brek moden memang direka untuk mengeluarkan bunyi apabila sudah haus. Ia berfungsi sebagai amaran supaya pad brek diganti. Jika dibiarkan, cakera brek boleh rosak dan kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi berdecit juga boleh berlaku apabila serpihan kecil seperti batu tersepit di antara pad dan cakera brek. Kadangkala bunyi ini akan hilang selepas pemanduan singkat. Jika bunyi berterusan, pemeriksaan di bengkel diperlukan.<\/span><\/p>\n<h3><b>Pad brek tidak dilincirkan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bunyi yang didengar lebih kepada geseran kasar, kemungkinan bolt angkup brek telah berkarat atau tidak bergerak dengan lancar. Pelinciran berkala, mengikut saranan mekanik, boleh membantu mengelakkan masalah ini.<\/span><\/p>\n<h2><b><\/b><b>Bunyi letupan kecil, seperti jari dipetik atau bunyi klik-klik.<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bermain mercun memang menyeronokkan. Tetapi anda tentu tidak mahu kereta berbunyi seolah-olah sedang menyambut Tahun Baru Cina lebih awal.<\/span><\/p>\n<h3><b>Masalah sendi kelajuan malar (CV joint)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mendengar bunyi \u2018pop\u2019 ketika memecut atau membelok, terutamanya pada kereta pacuan hadapan atau pacuan semua roda, besar kemungkinan<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> CV joint<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> di gandar hadapan sudah haus dan perlu diganti. <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">CV joint<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> berfungsi memindahkan kuasa putaran daripada transmisi ke roda. Jika dibiarkan, masalah lain boleh timbul.<\/span><\/p>\n<h3><b>Bateri lemah atau rosak<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-2294\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery-300x244.jpg\" alt=\"changing car battery\" width=\"1215\" height=\"988\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery-300x244.jpg 300w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery-1024x833.jpg 1024w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery-768x625.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery-1536x1250.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Remove-battery.jpg 1605w\" sizes=\"auto, (max-width: 1215px) 100vw, 1215px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mendengar bunyi klik-klik ketika menghidupkan kereta tetapi enjin tidak menyala, ini biasanya tanda bateri sudah lemah. Bunyi tersebut datang daripada motor penghidup yang cuba berfungsi tanpa bekalan kuasa mencukupi. Walaupun kelihatan seperti masalah elektrik, selalunya puncanya hanya bateri yang sudah \u2018kong\u2019. Periksa dahulu sebelum memanggil mekanik.<\/span><\/p>\n<h2><b>Bunyi berdecit berirama seperti troli pasar raya rosak<\/b><\/h2>\n<h3><b>Alternator semakin uzur<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi berdecit dari ruang enjin boleh menandakan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">alternator <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">hampir rosak. Kadangkala ia disertai bau hangit atau lampu amaran yang menyala di papan pemuka. Jangan tunggu sehingga tanda-tanda ini muncul.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Alternator berfungsi mengecas bateri dan mengawal bekalan elektrik kereta. Jika ia gagal berfungsi, banyak sistem lain akan terjejas.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Baca lebih lanjut: <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/maksud-simbol-simbol-penting-pada-papan-pemuka-dashboard-kereta\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Maksud simbol-simbol penting pada papan pemuka (dashboard) kereta<\/span><\/a><\/p>\n<h3><b>Paras minyak <\/b><b><i>power steering<\/i><\/b><b> rendah<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika bunyi berdecit hanya muncul ketika membelok, kemungkinan minyak paras\u00a0 stereng kuasa sudah rendah atau terdapat kebocoran. Bunyi ini berpunca daripada geseran logam tanpa pelinciran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Periksa takungan minyak stereng. Tambah minyak jika perlu dan pastikan tiada kebocoran. Selepas itu, bunyi biasanya akan hilang.<\/span><\/p>\n<h2><b>Bunyi melolong, mengaum atau seakan \u201cmenyanyi\u201d<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini bukanlah bunyi yang merdu.<\/span><\/p>\n<h3><b>Bearing roda rosak<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi ini selalunya berpunca daripada bearing roda yang sudah rosak. Jika bunyi datang dari bahagian hadapan pada kereta pacuan hadapan, kemungkinan bearing roda depan bermasalah. Jika bunyi melolong semakin kuat dari masa ke masa, bearing roda belakang pula mungkin rosak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi kereta pacuan roda belakang, bunyi mengaum yang meningkat mengikut kelajuan kenderaan boleh menandakan kebocoran bendalir diferensial. Bendalir ini membolehkan roda kiri dan kanan berputar pada kelajuan yang berbeza.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara ringkas, jika kereta anda berbunyi seolah-olah sedang \u201cmenjerit\u201d, itu sudah cukup alasan untuk membawanya ke bengkel.<\/span><\/p>\n<h2><b><\/b><b>Bunyi ketukan, hentakan atau ketukan berirama dari ruang enjin<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyinya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di dalam bonet. Ini memang perlu diberi perhatian.<\/span><\/p>\n<h3><b>Injap EGR rosak<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Injap kitar semula gas ekzos (EGR) mengalirkan semula sebahagian gas ekzos ke dalam enjin. Tujuannya untuk meningkatkan kecekapan enjin, mengurangkan penggunaan bahan api, dan menurunkan pelepasan nitrogen oksida.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila injap ini haus, ia boleh tersekat dalam keadaan terbuka atau tertutup. Keadaan ini boleh menyebabkan bunyi ketukan, yang juga dikenali sebagai engine knock. Lampu amaran check engine mungkin turut menyala. Jika ini berlaku, segera bawa kereta untuk pemeriksaan.<\/span><\/p>\n<h3><b>Batang penyambung rosak<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi engine <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">knock <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">juga boleh berpunca daripada jurang yang tidak normal antara galas batang penyambung (connecting rod) dan aci engkol (crankshaft). Masalah ini biasanya disebabkan oleh pelinciran yang tidak mencukupi, selalunya akibat minyak enjin yang kotor atau sudah lama tidak ditukar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Oleh kerana ia melibatkan komponen kritikal enjin, pemeriksaan segera di bengkel sangat penting untuk mengelakkan kerosakan lebih serius. Pembaikannya selalunya mahal. Menukar minyak enjin secara berkala boleh membantu mencegah masalah ini.<\/span><\/p>\n<h2><b>Bunyi memekik dari bawah bonet<\/b><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9409\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service.jpg\" alt=\"Carro Care technician servicing car\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service.jpg 1024w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/p>\n<h3><b>Tali sawat masa (<\/b><b><i>cambelt<\/i><\/b><b>) haus<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bunyi memekik atau berdecit ketika anda menekan pedal minyak boleh menjadi tanda tali sawat masa sudah haus. Tali sawat ini menyelaraskan pergerakan aci engkol dan aci sesondol supaya omboh bergerak pada masa yang tepat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dari masa ke masa, geseran akan menyebabkan tali sawat merosot. Ia perlu diganti sebelum putus. Jika tali sawat masa putus, kerosakan enjin boleh menjadi sangat serius, malah boleh menyebabkan enjin perlu diganti sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<h2>Peka terhadap bunyi-bunyi kereta anda<\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta ialah hasil kejuruteraan yang kompleks. Bunyi yang datang daripadanya boleh memberi petunjuk penting tentang keadaannya. Biasakan diri dengan bunyi kereta anda dan peka terhadap sebarang perubahan. Dalam banyak kes, tindakan awal boleh membezakan antara pembaikan kecil dan kos pembaikan yang tinggi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mendengar mana-mana bunyi luar biasa seperti yang dinyatakan, singgahlah ke bengkel untuk dapatkan pemeriksaan awal. Bengkel kami &#8211; <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/workshop\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro Care<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> boleh membantu mengenal pasti punca masalah dan memberi cadangan seterusnya.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9508\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Carro-Care-Servis.png\" alt=\"Carro Care Servis\" width=\"1208\" height=\"760\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Carro-Care-Servis.png 1208w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Carro-Care-Servis-768x483.png 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1208px) 100vw, 1208px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hmm. Purr. Vroom. Teknologi moden menjadikan bunyi kereta lebih sedap didengar. Tetapi apa yang perlu anda buat bila terdengar bunyi luar biasa daripada kereta? Perlukah anda risau?\u00a0 Berikut adalah beberapa bunyi kereta yang tidak sedap didengar, kerana bunyi-bunyi ini boleh menandakan masalah pada kereta. Bunyi berdetar seperti syiling dalam mesin basuh Jika anda pernah terlupa &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":9409,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[548,549],"class_list":["post-10001","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-car-service-car-maintenance","tag-bunyi-kereta","tag-bunyi-pelik-kereta"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10001","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10001"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10001\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10003,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10001\/revisions\/10003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9409"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10001"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10001"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10001"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}