{"id":10286,"date":"2026-08-12T12:11:32","date_gmt":"2026-08-12T04:11:32","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=10286"},"modified":"2026-10-12T12:11:41","modified_gmt":"2026-10-12T04:11:41","slug":"nak-jual-kereta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/nak-jual-kereta\/","title":{"rendered":"Nak jual kereta? Ini cara untuk menyemak nilai pasaran kereta anda di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nak jual kereta? Langkah pertama yang paling penting untuk anda lakukan adalah mendapatkan penilaian harga pasaran yang tepat untuk kereta. Di Malaysia, ramai yang salah faham satu perkara penting tentang penilaian harga kereta. Mereka mahu dapatkan anggaran harga\u00a0 dengan cepat, tapi sebenarnya penilaian yang tepat ialah satu proses, bukan sekadar kiraan sekali lalu yang rawak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaannya, penilaian bermula dengan maklumat asas seperti jenama, model, tahun, jarak perbatuan, dan varian enjin. Daripada itu, harga akan dibandingkan dengan senarai kereta terpakai semasa serta data transaksi terkini. Ini akan memberikan anda anggaran julat harga, bukannya satu angka yang tepat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun, nilai pasaran bukan ditentukan oleh spesifikasi semata-mata. Dua kereta yang nampak sama atas kertas boleh mempunyai harga yang sangat berbeza apabila faktor keadaan sebenar dan permintaan pasaran diambil kira. Sebab itulah harga iklan, kalkulator dalam talian, dan anggaran daripada perbualan\u00a0 selalunya tak sama dengan harga yang pembeli sanggup bayar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara praktik, penilaian kereta di Malaysia biasanya ada tiga peringkat: semakan harga awal, penilaian keadaan kereta, dan akhirnya tawaran muktamad selepas kereta diperiksa.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Baca lebih lanjut: <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/panduan-lengkap-cara-menjual-kereta-di-malaysia\"><span style=\"font-weight: 400;\">Panduan lengkap: Cara menjual kereta di Malaysia<\/span><\/a><b><\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10287\" aria-describedby=\"caption-attachment-10287\" style=\"width: 640px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-10287 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/yahdi-yasya-iDSsOlqFa8w-unsplash-e1791778116721.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"502\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10287\" class=\"wp-caption-text\"><em>Photo by <a href=\"https:\/\/unsplash.com\/@yayi1077?utm_source=unsplash&amp;utm_medium=referral&amp;utm_content=creditCopyText\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">yahdi yasya<\/a> on <a href=\"https:\/\/unsplash.com\/photos\/hands-exchanging-a-car-key-against-a-light-background-iDSsOlqFa8w?utm_source=unsplash&amp;utm_medium=referral&amp;utm_content=creditCopyText\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Unsplash<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<h2><b>Cara menganggar nilai pasaran kereta sendiri<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebelum berurusan dengan mana-mana pengedar atau platform, anda boleh mendapatkan anggaran kasar dengan mencari maklumat awal.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mulakan dengan melayari platform kereta terpakai seperti <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Cari kereta dengan tahun model, varian enjin dan jarak perbatuan yang sama atau hampir sama. Fokus pada julat harga keseluruhan dan bukan pada harga paling tinggi, kerana harga yang diiklankan selalunya masih boleh dirunding.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika ada, semak harga transaksi terkini dan bukan sekadar harga yang disenaraikan. Harga transaksi lebih menggambarkan jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli. Anda juga perlu menyesuaikan jangkaan berdasarkan keadaan kereta, rekod servis, sejarah kemalangan serta sebarang pengubahsuaian yang dilakukan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kaedah ini membantu anda memahami keadaan pasaran, namun ia masih sekadar anggaran awal. Penilaian yang benar-benar tepat memerlukan pemeriksaan fizikal.<\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b>Kenapa penilaian harga kereta secara segera selalunya mengelirukan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Alat penilaian harga segera popular kerana ia cepat dan mudah digunakan. Namun, ia selalunya hanya bergantung pada maklumat terhad dan purata yang terlalu umum. Walaupun ia boleh memberi anggaran kasar, banyak faktor penting yang memberi kesan besar kepada nilai sebenar kereta tidak diambil kira, seperti:<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keadaan sebenar kenderaan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sejarah kemalangan atau pembaikan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rekod servis<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tahap kehausan dan kerosakan akibat penggunaan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Permintaan pasaran semasa<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keutamaan dan trend pembeli<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dua kereta dengan model dan tahun yang sama boleh mempunyai nilai yang sangat berbeza bergantung pada faktor-faktor ini. Harga segera yang dipaparkan mungkin nampak menarik, tetapi selalunya ia berada di julat terendah harga model tersebut atau boleh berubah selepas pemeriksaan dibuat.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di sinilah ramai penjual mula berasa kecewa. Harga yang kelihatan menarik dalam talian boleh berubah dengan ketara apabila kereta dinilai secara fizikal. Akibatnya, masa terbuang dan jangkaan tidak sepadan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penilaian yang tepat memerlukan lebih daripada sekadar data. Ia memerlukan pengesahan dan pemeriksaan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><b>Siapa yang patut semak nilai kereta dengan Carro<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proses penilaian Carro sesuai untuk:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pemilik yang bercadang menjual kereta dalam masa terdekat<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pemandu yang merancang untuk naik taraf atau tukar kenderaan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sesiapa yang ingin tahu nilai pasaran semasa kereta mereka<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penjual yang mahukan proses yang mudah dan boleh dipercayai<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sama ada anda terus menjual atau tidak, mengetahui nilai sebenar kereta anda memberi anda kawalan penuh dalam membuat keputusan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Isi borang <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/jual-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk menempah pemeriksaan anda.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><b>Bagaimana Carro menilai kereta dengan pendekatan berbeza<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proses penilaian Carro direka untuk mengutamakan ketepatan, dan bukan sekadar kelajuan. Di Carro, kami tak beri satu harga yang sama untuk semua kereta. Sebaliknya, fokus kami\u00a0 adalah untuk memahami keadaan keseluruhan kereta anda secara terperinci.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proses ini bermula dengan maklumat kenderaan anda, yang kemudiannya disemak berdasarkan data pasaran sebenar, permintaan semasa, dan harga transaksi terkini dalam rangkaian Carro. Dari situ, penilaian harga diperhalusi melalui pemeriksaan fizikal dan bukan sekadar andaian.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendekatan ini memastikan harga yang ditawarkan benar-benar mencerminkan jumlah yang pembeli sanggup bayar pada masa ini, dan bukan hanya mengikut harga kereta lain yang diiklankan di luar sana.<\/span><\/p>\n<h2><b>Kenapa pemeriksaan kereta sangat penting dalam proses penilaian Carro<\/b><b><br \/>\n<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Antara perkara paling penting dalam proses Carro adalah pemeriksaan kenderaan. Di sinilah nilai kereta anda ditentukan secara telus dan tepat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa pemeriksaan, inspektor kami yang terlatih akan menilai kereta anda secara menyeluruh mengikut\u00a0 aspek-aspek seperti:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keadaan enjin dan kotak gear\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Komponen <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">suspension <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">dan sistem brek<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keadaan dan fungsi\/aksesori dalaman<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keadaan luaran dan kualiti cat<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tayar dan penjajaran (alignment)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sistem elektronik dan komputer dalaman<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemeriksaan ini bukannya sengaja dibuat untuk mengurangkan nilai kereta anda. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengesahkan keadaan sebenar kereta dan mengelakkan sebarang masalah tersembunyi. Ini melindungi penjual dan pembeli serta mengelakkan sesi tawar-menawar di saat akhir.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penjual akan mendapat harga yang telus. Penilaian harga yang diterima adalah berdasarkan realiti dan disokong oleh laporan pemeriksaan, bukannya nilai yang boleh berubah-ubah secara mengejut.<\/span><\/p>\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b>Bukan sekadar semak harga kereta sahaja<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun ramai yang menyemak <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/jual-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">nilai pasaran<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> kereta mereka kerana sekadar ingin tahu, proses Carro direka khas untuk menyokong anda selepas langkah pertama ini, walaupun anda tidak bersedia untuk menjual kereta selepas itu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda membuat keputusan untuk menjual kereta anda, Carro akan memberikan tawaran harga yang berpatutan dan telus untuk kereta anda berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan. Laporan pemeriksaan akan memberikan gambaran jelas tentang nilai dan keadaan kereta anda, memastikan yang tawaran yang diberikan adalah realistik dan berasas. Cara ini dapat mengelakkan keraguan serta proses tawar-menawar berulang kali,\u00a0 dan memberikan anda keyakinan bahawa harga tersebut memang mengikut nilai pasaran sebenar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda belum sedia nak jual lagi, jangan risau. Hasil penilaian ini tetap berguna sebagai tanda aras yang jelas. Anda boleh pantau bagaimana nilai kereta anda berubah dari masa ke masa, dan ini\u00a0 memudahkan anda untuk merancang langkah seterusnya dengan lebih bijak.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b><\/b><\/p>\n<h2><b>Kenapa jual kereta kepada Carro lebih berbaloi<\/b><\/h2>\n<p><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/jual-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menjual kereta<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> secara ada sendiri (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">direct owner<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) selalunya penuh dengan ketidakpastian. Anda mungkin terpaksa berhadapan dengan pembeli yang tidak serius, sesi tawar-menawar yang meletihkan, atau rasa risau tentang keselamatan pembayaran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carro memudahkan urusan anda dengan menawarkan:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jaminan harga terbaik kami<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Proses pembayaran yang pantas<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Urusan dokumen minimum dengan proses tukar milik segera<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Daripada pening kepala menguruskan banyak iklan atau melayan sesi pandu uji berulang kali, anda hanya perlu lalui satu proses yang teratur, adil, dan pantas.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Dapatkan penilaian harga kereta yang tepat dan jual kepada Carro<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penilaian harga kereta bukan sekadar untuk mengejar angka yang paling tinggi, tapi untuk memahami nilai sebenar kereta anda dalam pasaran hari ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pendekatan Carro menggabungkan data, pemeriksaan fizikal, dan akses pasaran untuk memberi anda penilaian harga kereta yang boleh dipercayai. Apabila anda sudah bersedia, kami menyediakan jalan paling mudah untuk <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/jual-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">menjual kereta anda<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> tanpa sebarang tekanan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda ingin tahu nilai kereta anda atau sedang bercadang untuk menjualnya, <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/jual-kereta\"><span style=\"font-weight: 400;\">mulakan dengan Carro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Dapatkan harga yang betul-betul\u00a0 tepat sebelum anda membuat\u00a0 langkah seterusnya.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_10252\" aria-describedby=\"caption-attachment-10252\" style=\"width: 1920px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-10252\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/li-yang-26wSsAHja1w-unsplash.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"1280\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/li-yang-26wSsAHja1w-unsplash.jpg 1920w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/li-yang-26wSsAHja1w-unsplash-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10252\" class=\"wp-caption-text\">Photo by <a href=\"https:\/\/unsplash.com\/@ly0ns?utm_source=unsplash&amp;utm_medium=referral&amp;utm_content=creditCopyText\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Li Yang<\/a> on <a href=\"https:\/\/unsplash.com\/photos\/a-man-bending-over-next-to-a-car-on-a-checkered-floor-26wSsAHja1w?utm_source=unsplash&amp;utm_medium=referral&amp;utm_content=creditCopyText\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Unsplash<\/a><\/figcaption><\/figure>\n<h1><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b>Soalan lazim (FAQ) mengenai penilaian kereta di Malaysia<\/b><\/h1>\n<p><b>Soalan Lazim Umum<\/b><\/p>\n<p><b>Apakah yang menentukan nilai pasaran kereta di Malaysia?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nilai sesebuah kereta dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk jenama dan model, tahun buatan, perbatuan, keadaan kereta, rekod servis, sejarah kemalangan, serta permintaan pasaran semasa. Jenis bahan api, transmisi, dan sejarah pemilikan juga boleh mempengaruhi harga kereta.<\/span><\/p>\n<p><b>Kenapa kereta yang serupa mempunyai harga yang berbeza?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dua buah kereta dengan model dan tahun yang sama boleh diletakkan harga yang sangat berbeza bergantung pada keadaan, perbatuan, kualiti penyelenggaraan, dan sejarah kemalangan. Masa jualan dan permintaan pembeli juga memainkan peranan.<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah anggaran harga kereta secara dalam talian boleh dipercayai?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anggaran harga kereta dalam talian sekadar memberikan tanda aras kasar, tetapi selalunya ia berdasarkan data yang terhad. Ia tidak mengambil kira keadaan sebenar kenderaan, yang boleh menyebabkan penilaian harga menjadi tidak tepat.<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah harga iklan mencerminkan nilai pasaran sebenar?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak selalunya. Harga yang diiklankan biasanya masih boleh dirunding. Harga transaksi terakhir selalunya lebih rendah, bergantung pada keadaan kereta dan minat pembeli.<\/span><\/p>\n<p><b>Kenapa pemeriksaan penting untuk penilaian?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemeriksaan fizikal mengesahkan keadaan sebenar kereta tersebut. Ini memastikan penilaian harga mencerminkan realiti dan mengelakkan pertikaian atau perubahan harga di kemudian hari.<\/span><\/p>\n<h2><b>Soalan Lazim Mengenai Carro<\/b><\/h2>\n<p><b>Bagaimanakah Carro menilai kereta saya?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carro menilai kereta anda menggunakan data pasaran dan hasil pemeriksaan. Faktor seperti perbatuan, tahun, keadaan dalaman dan luaran, serta permintaan semasa diambil kira untuk menetapkan nilai yang realistik dan adil.<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah saya wajib menjual kereta saya selepas mendapat penilaian?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak. Tiada sebarang kewajipan untuk menjual selepas anda menyemak nilai kereta anda. Penilaian tersebut membantu anda membuat keputusan seterusnya dengan maklumat yang lebih jelas.<\/span><\/p>\n<p><b>Kenapa Carro tidak menyediakan penilaian harga serta-merta (<\/b><b><i>instant valuation<\/i><\/b><b>)?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penilaian Carro boleh diterima biasanya dalam 24 jam kerana\u00a0 mengutamakan ketepatan berbanding kelajuan. Penilaian serta-merta selalunya terlepas butiran penting yang menjejaskan harga. Proses Carro memastikan tawaran harga mencerminkan keadaan sebenar kereta anda.<\/span><\/p>\n<p><b>Apa yang berlaku semasa pemeriksaan?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemeriksa terlatih kami akan menilai keadaan mekanikal, dalaman, luaran, tayar, dan sistem elektronik kereta anda. Pemeriksaan ini mengesahkan keadaan keseluruhan kereta bagi menyokong penetapan harga yang telus.<\/span><\/p>\n<p><b>Apa yang berlaku jika saya menerima tawaran Carro?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda menerima tawaran tersebut, Carro boleh terus membeli kereta anda. ami akan membantu menguruskan dokumen dan proses tukar milik untuk memastikan semuanya berjalan lancar.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Baca lebih lanjut mengenai cara menjual kereta anda di Malaysia dan bersama Carro <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/panduan-lengkap-cara-menjual-kereta-di-malaysia\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><b>Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan tawaran tersebut?<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda bebas untuk menolak tawaran tersebut tanpa sebarang penalti atau komitmen.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nak jual kereta? Langkah pertama yang paling penting untuk anda lakukan adalah mendapatkan penilaian harga pasaran yang tepat untuk kereta. Di Malaysia, ramai yang salah faham satu perkara penting tentang penilaian harga kereta. Mereka mahu dapatkan anggaran harga\u00a0 dengan cepat, tapi sebenarnya penilaian yang tepat ialah satu proses, bukan sekadar kiraan sekali lalu yang rawak. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":10287,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90,535],"tags":[],"class_list":["post-10286","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-buying-and-selling","category-car-selling-tips"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10286"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10288,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286\/revisions\/10288"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10287"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}