{"id":10289,"date":"2026-07-12T12:37:32","date_gmt":"2026-07-12T04:37:32","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=10289"},"modified":"2026-10-12T12:38:17","modified_gmt":"2026-10-12T04:38:17","slug":"sejarah-proton-saga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/sejarah-proton-saga\/","title":{"rendered":"Sejarah Proton Saga dari generasi pertama hingga model terkini"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selama empat dekad, Proton Saga kekal sebagai kereta kebanggaan negara. Ia sentiasa kelihatan di jalan raya seluruh Malaysia, daripada kawasan perumahan kos rendah hingga ke perkarangan rumah banglo. Ia digemari sebagai kereta pertama graduan muda, dan popular sebagai kenderaan harian keluarga kecil. Bila kita bercakap tentang sejarah Proton Saga, kita sebenarnya juga bercakap tentang perjalanan industri automotif negara.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dari 1985 hingga 2026, Proton Saga menjadi simbol kepada impian Malaysia. Artikel ini membawa anda menyusuri evolusi Proton Saga daripada generasi pertama pada tahun 1985 hingga model terkini 2026 yang lebih moden dan selamat.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><b>Daripada idea nasional ke realiti\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semuanya bermula pada penghujung 1970-an apabila Malaysia bercita-cita membangunkan industri automotif sendiri. Idea kereta nasional ini didorong kuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang ketika itu melihat automotif sebagai pemangkin perindustrian berat negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Melalui kerjasama antara HICOM dan Mitsubishi Motors dari Jepun, lahirlah Proton. Dan pada 9 Julai 1985, sejarah tercipta apabila Proton Saga dilancarkan secara rasmi.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Unit pertama kereta Proton Saga dihadiahkan kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali oleh Tun Dr. Mahathir. Pada ketika itu, harga jualan sebuah Proton Saga jatuh sekitar RM21,000 untuk varian 1.3L dan mencecah hingga RM23,000 untuk versi 1.5L (termasuk cukai di atas jalan), harga mampu milik untuk rakyat.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah kereta. Ia membuka ribuan peluang pekerjaan, membangunkan rangkaian vendor tempatan dan meletakkan Malaysia di peta automotif dunia.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><b>Maksud nama Saga\u00a0\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nama \u201cSaga\u201d lahir daripada satu pertandingan terbuka yang mendapat lebih 100,000 penyertaan daripada rakyat Malaysia. Daripada ribuan cadangan itu, nama yang dihantar oleh Staf Sarjan Ismail Jaafar dipilih sebagai pemenang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ringkas, mudah disebut, dan ada maksud. \u201cSaga\u201d ialah akronim kepada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Safety, Achievement, Greatness<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Ability<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Empat nilai yang mencerminkan aspirasi Proton ketika itu: Mahu bina kereta yang selamat, berkualiti, dan mampu bersaing.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam Bahasa Melayu pula, saga ialah biji merah kecil yang keras dan tahan lama. Simboliknya kena dengan karakter kereta ini. Praktikal, tahan lasak, dan dibina untuk jangka panjang. Sejak pelancarannya pada 1985, nama Proton Saga kekal relevan. Pendek. Padat. Mudah diingati.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><b>Generasi pertama 1985 hingga 2008<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proton Saga generasi pertama membina asas dengan era paling panjang dalam sejarah Proton Saga. Lebih dua dekad di pasaran. Lebih 1.2 juta unit terjual.\u00a0<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Proton Saga asal (1985 &#8211; 1987)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10290\" aria-describedby=\"caption-attachment-10290\" style=\"width: 1578px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-10290 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/85_Proton_Saga_in_Kuala_Lumpur.jpg\" alt=\"\" width=\"1578\" height=\"934\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/85_Proton_Saga_in_Kuala_Lumpur.jpg 1578w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/85_Proton_Saga_in_Kuala_Lumpur-768x455.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1578px) 100vw, 1578px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10290\" class=\"wp-caption-text\"><em>1985 Proton Saga in Kuala Lumpur. <a href=\"https:\/\/www.flickr.com\/photos\/77492252@N05\/8562982290\/in\/photostream\/\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo taken circa 1990 by davocano &#8211; Flickr<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Model pertama ini berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dan menggunakan enjin Orion II 8-valve 1.3L serta 1.5L dengan sistem karburator. Spesifikasinya sederhana, malah tiada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">power steering<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> sebagai ciri standard. Tetapi di situlah kekuatannya. Ia mudah diselenggara, tahan lasak dan sesuai dengan realiti kewangan rakyat Malaysia ketika itu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada 1987, versi hatchback Aeroback diperkenalkan, memberi pilihan lebih praktikal dan sedikit berbeza dari segi gaya.<\/span><\/p>\n<p><b>Perkara penting era ini:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Permulaan kereta nasional pertama Malaysia<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin Orion II 8-valve yang ringkas dan tahan lasak<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Aeroback sebagai alternatif <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">hatchback <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">pertama Saga<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Saga Magma (1987 &#8211; 1990)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10291\" aria-describedby=\"caption-attachment-10291\" style=\"width: 960px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-10291 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1989_Proton_Saga_Magma_1.3S_4-door_saloon_19831439991.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"487\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1989_Proton_Saga_Magma_1.3S_4-door_saloon_19831439991.jpg 960w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1989_Proton_Saga_Magma_1.3S_4-door_saloon_19831439991-768x390.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10291\" class=\"wp-caption-text\"><em>\u00a01989 Proton Saga (Magma) 1.3S 4-door saloon. <a href=\"https:\/\/www.flickr.com\/photos\/aero7my\/19831439991\/\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo by Manoj Prasad &#8211; Flickr<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Saga Magma membawa penambahbaikan teknikal pada enjin Orion, dengan peningkatan kuasa yang kecil tetapi boleh dirasakan dengan jelas. Rupa hadapan turut dikemaskini dengan gril baharu dan tambahan pelindung bampar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kemudian, Varian 1.5L Proton Saga mula menawarkan ciri yang ketika itu dianggap premium seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">power steering<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan tingkap elektrik. Aeroback 1.5L juga mendapat sambutan di pasaran eksport, menunjukkan Saga mula diterima di luar Malaysia.<\/span><\/p>\n<p><b>Perkara penting era ini:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin Magma lebih responsif<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tambahan ciri keselesaan seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">power steering<\/span><\/i><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pengukuhan imej untuk pasaran luar<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Saga Megavalve (1990 &#8211; 1992)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10292\" aria-describedby=\"caption-attachment-10292\" style=\"width: 1920px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-10292 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1992_Proton_Saga_Megavalve_Aeroback_1.5S_in_Ipoh_MY_02.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"920\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1992_Proton_Saga_Megavalve_Aeroback_1.5S_in_Ipoh_MY_02.jpg 1920w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/1992_Proton_Saga_Megavalve_Aeroback_1.5S_in_Ipoh_MY_02-768x368.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10292\" class=\"wp-caption-text\"><a href=\"https:\/\/commons.wikimedia.org\/w\/index.php?curid=40766303\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo by Aero7, CC BY-SA 2.5 my<\/a><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada tahun 1990, Proton memperkenalkan enjin 12-valve dengan tiga injap setiap silinder. Enjin Megavalve dilengkapi 12 injap atau tiga injap bagi setiap silinder, merupakan penambahbaikan daripada enjin 8-injap terdahulu. Empat injap tambahan ini meningkatkan kuasa enjin Megavalve sebanyak 11% hingga 15%. Ini antara lonjakan teknikal paling jelas dalam generasi pertama.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rekaan turut diperbaharui dengan gril lebih besar, pilihan warna lebih matang seperti maroon dan hijau serta tambahan lampu brek ketiga dan tali pinggang keledar belakang tiga titik. Ketika itu, harganya berada dalam lingkungan RM28,000 hingga RM36,000.<\/span><\/p>\n<p><b>Apa yang berubah:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin 12-valve lebih berkuasa<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Peningkatan ciri keselamatan asas<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rupa lebih matang dan kemas<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b> Saga Iswara (1992 &#8211; 2003)<\/b><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-10294\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_Iswara_Aeroback_front_Serdang.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"469\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_Iswara_Aeroback_front_Serdang.jpg 960w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_Iswara_Aeroback_front_Serdang-768x375.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><em>Photo by <a class=\"mw-redirect\" title=\"User:Two hundred percent\" href=\"\/\/commons.wikimedia.org\/wiki\/User:Two_hundred_percent\">Two hundred percent<\/a> &#8211; <span class=\"int-own-work\" lang=\"en\">Own work<\/span>, <a title=\"Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0\" href=\"https:\/\/creativecommons.org\/licenses\/by-sa\/3.0\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">CC BY-SA 3.0<\/a>, <a href=\"https:\/\/commons.wikimedia.org\/w\/index.php?curid=2734931\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Link<\/a><\/em><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Saga Iswara ialah <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">facelift <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">yang paling mudah dikenali. Lampu depan lebih nipis, bampar plastik dan lampu belakang bergaris memberi wajah baharu yang lebih moden pada awal 90-an.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun masih menggunakan enjin Megavalve, model eksport untuk pasaran seperti UK dan Singapura menerima sistem suntikan bahan api ECI bagi memenuhi piawaian emisi Euro I. Menariknya, varian eksport UK bagi Proton Saga Iswara pernah muncul dalam sebuah episod siri televisyen popular Mr. Bean.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada 2001, Aeroback Special Edition tampil dengan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">body kit<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, lampu gaya Altezza dan talaan pengendalian dengan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">input <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">Lotus. Iswara inilah yang paling lama menghiasi jalan raya Malaysia. Sebut sahaja Saga lama, ramai yang membayangkan Iswara.<\/span><\/p>\n<p><b>Tiga perkara yang buat Iswara kekal lama:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rekaan berwaja baharu<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Versi eksport dengan suntikan bahan api<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Edisi khas yang lebih <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">sporty<\/span><\/i><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b> Saga LMST (2003 &#8211; 2008)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10295\" aria-describedby=\"caption-attachment-10295\" style=\"width: 960px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-10295 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2007_Proton_Saga_LMST_50th_Merdeka_Anniversary_Edition_in_Cyberjaya_Malaysia_01.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2007_Proton_Saga_LMST_50th_Merdeka_Anniversary_Edition_in_Cyberjaya_Malaysia_01.jpg 960w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2007_Proton_Saga_LMST_50th_Merdeka_Anniversary_Edition_in_Cyberjaya_Malaysia_01-768x426.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10295\" class=\"wp-caption-text\"><em><a class=\"extiw\" title=\"en:User:Aero777\" href=\"https:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/User:Aero777\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo by Aero7<\/a>, <a title=\"Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 my\" href=\"https:\/\/creativecommons.org\/licenses\/by-sa\/2.5\/my\/deed.en\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">CC BY-SA 2.5 my<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">LMST menjadi pengakhiran generasi pertama. Versi hatchback ini tampil lebih agresif dengan gril, lampu dan bampar baharu serta spoiler belakang. Bahagian dalaman menerima papan pemuka digital baharu dan kemasan yang lebih moden.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ia menggunakan enjin 1.3L 4G13 sekitar 83hp, kemudian meningkat ke 90hp pada 2006 dengan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">manifold <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">baharu. <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Facelift <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">2006 turut menambah radio Clarion dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">sensor <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">untuk meletak kereta untuk varian yang lebih tinggi. Malah terdapat edisi khas Merdeka ke-50 yang ditawarkan pada harga RM26,999.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada awal 2008, pengeluaran Proton Saga generasi pertama dihentikan sepenuhnya dan digantikan oleh model baharu iaitu Proton Saga BLM (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Base Line Model<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Ringkasan era ini:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Evolusi berperingkat, bukan revolusi<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Fokus pada ketahanan dan kos rendah<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Model akhir era generasi pertama yang panjang (23 tahun)<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selama lebih 20 tahun, inilah tulang belakang jualan Proton. Saga digunakan sebagai kereta keluarga, teksi, dan juga kereta sekolah memandu. Jadi, jika\u00a0 anda membesar pada era 90-an atau awal 2000-an, besar kemungkinan Saga atau Iswara pernah menjadi sebahagian daripada hidup anda.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Generasi kedua 2008 hingga 2016<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Era ini menandakan perubahan besar untuk kereta nasional. Proton tidak lagi bergantung pada platform lama Mitsubishi. Saga kini dibangunkan sendiri, dengan identiti dan hala tuju yang lebih jelas.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b><\/b><\/p>\n<p><b>Saga BLM (2008 &#8211; 2010)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10297\" aria-describedby=\"caption-attachment-10297\" style=\"width: 1920px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-10297\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_second_generation_front_Serdang.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"927\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_second_generation_front_Serdang.jpg 1920w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_second_generation_front_Serdang-768x371.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10297\" class=\"wp-caption-text\"><a class=\"mw-redirect\" title=\"User:Two hundred percent\" href=\"\/\/commons.wikimedia.org\/wiki\/User:Two_hundred_percent\">Photo by Two hundred percent<\/a>. <a title=\"Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0\" href=\"https:\/\/creativecommons.org\/licenses\/by-sa\/3.0\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">CC BY-SA 3.0<\/a><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dilancarkan pada 18 Januari 2008, Saga BLM (atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Baseline Model<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) ialah Saga generasi kedua yang benar-benar baharu. Ia menggunakan platform yang diadaptasi daripada Savvy, tetapi dipanjangkan untuk menjadi sedan kompak empat pintu yang lebih praktikal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin 1.3L CamPro IAFM menghasilkan sekitar 94PS, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Ruang kabin lebih luas, but lebih besar dan reka bentuk lebih moden berbanding Iswara dan LMST.<\/span><\/p>\n<p><b>Perkara penting tentang Sagaa BLM:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Saga pertama dibangunkan sepenuhnya oleh Proton<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin CamPro IAFM lebih responsif dan efisien<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Harga mampu milik sekitar RM30k ketika pelancaran<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Saga FL (2010 &#8211; 2011)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10298\" aria-describedby=\"caption-attachment-10298\" style=\"width: 1920px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-10298\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_FL_in_Putrajaya.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"1026\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_FL_in_Putrajaya.jpg 1920w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/Proton_Saga_FL_in_Putrajaya-768x410.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10298\" class=\"wp-caption-text\"><a href=\"https:\/\/www.flickr.com\/photos\/51908095@N04\/6021774945\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo by AiF Khairiansyah &#8211; Flickr<\/a><\/figcaption><\/figure>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Facelift <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">pertama generasi ini hadir dengan imej lebih segar. Bampar dan gril diperbaharui, lampu belakang dikemaskini, dan kemasan dalaman dipertingkat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Penambahan sambungan USB dan AUX menjadikan pengalaman hiburan dalam kereta lebih relevan dengan zaman.<\/span><\/p>\n<p><b>Perkara penting tentang Saga\u00a0 FL:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rekaan luaran lebih kemas dan moden<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penambahbaikan praktikal dalam kabin<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kekal sebagai sedan bajet paling mampu milik di pasaran<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b> Saga FLX (2011\u20132016)<\/b><\/p>\n<figure id=\"attachment_10296\" aria-describedby=\"caption-attachment-10296\" style=\"width: 1920px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-10296\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2013_Proton_Saga_FLX_Executive_in_Cyberjaya_Malaysia_03.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"914\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2013_Proton_Saga_FLX_Executive_in_Cyberjaya_Malaysia_03.jpg 1920w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2013_Proton_Saga_FLX_Executive_in_Cyberjaya_Malaysia_03-768x366.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10296\" class=\"wp-caption-text\"><a href=\"https:\/\/www.flickr.com\/photos\/60373961@N04\/11305800023\/\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Photo by Aero777 &#8211; Flickr\u00a0<\/a><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">FLX membawa peningkatan paling ketara dalam generasi kedua. Ia menerima enjin CamPro IAFM+ yang ditambah baik serta pilihan transmisi CVT untuk pemanduan lebih lancar dan penjimatan bahan api lebih baik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ciri keselamatan seperti ABS, EBD dan beg udara ditambah pada varian tertentu. Saga mula terasa lebih lengkap, bukan sekadar kereta asas.<\/span><\/p>\n<p><b>Perkara penting tentang Saga FLX:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pengenalan transmisi CVT<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin IAFM+ lebih lancar dan jimat minyak<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ciri keselamatan semakin dipertingkat<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Generasi kedua ini mengubah persepsi ramai. Saga bukan lagi sekadar kereta yang dibeli kerana harga semata-mata, kerana ia mula menawarkan keseimbangan antara harga, keselesaan, dan keselamatan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Generasi ketiga 2016 hingga 2025<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada 28 September 2016, Proton memperkenalkan generasi ketiga Saga. Secara visual, ia tampak lebih matang. Garis badan lebih kemas. Kabin terasa lebih solid.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Enjin 1.3 liter VVT yang dikongsi dengan Iriz memberikan 94PS tetapi dengan kecekapan bahan api lebih baik. Struktur badan dipertingkatkan dengan tahap kekukuhan tork lebih tinggi. NVH (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Noise, Vibration, and Harshness<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) juga jauh lebih rendah berbanding generasi terdahulu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Paling penting, model ini menerima penarafan 4 bintang ASEAN NCAP. ESC menjadi antara ciri penting yang meningkatkan tahap keselamatan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sepanjang tempoh ini, beberapa <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">facelift <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">dilakukan. Gril baharu. Kemasan dalaman dipertingkat. Sistem maklumat hibur lebih moden.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Saga kini jelas berada sebagai sedan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">entry level<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> di bawah Proton Persona. Ia tidak lagi kelihatan seperti kereta asas semata-mata. Ia terasa lebih matang. Lebih yakin.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Model terkini 2026: Lompatan teknologi paling besar<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pada tahun 2026, Proton Saga melangkah ke tahap paling moden dalam sejarahnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Model generasi keempat ini hadir dengan enjin 1.5 liter i-GT yang menghasilkan sekitar 120PS dan 150Nm tork. Peningkatan yang ketara berbanding 1.3 liter sebelumnya. Pilihan transmisi termasuk 4AT dan CVT dengan penggunaan bahan api sekitar 4.9 hingga 5.1 liter per 100 kilometer.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Reka bentuk luaran tampil lebih premium dengan gril Sulaman Songket, lampu LED DRL dan rim dua tona 15 inci. Di bahagian dalaman, paparan 16\u201d <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Integrated Dual Screen <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">mengangkat suasana kabin ke tahap lebih moden dan sofistikated. Gabungan meter digital 7 inci bersama skrin maklumat hiburan pintar 9 inci tampil dalam rekaan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">dual screen<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> yang kemas dan selari, menjadikan segala maklumat pemanduan serta hiburan lebih jelas dan mudah diakses. Android Auto dan Apple CarPlay wayarles turut tersedia.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dari sudut keselamatan, varian Premium menawarkan sehingga 6 beg udara serta sistem Level 1 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Advanced Driver Assistance System<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (ADAS) yang merangkumi <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Autonomous Emergency Braking<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (AEB), <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Forward Collision Warning<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (FCW) dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Lane Departure Warning <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">(LDW). Ini sesuatu yang tidak terbayang pada era Proton Saga generasi pertama.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam tempoh lima hari pertama pelancaran, tempahan mencecah ribuan unit. Itu bukti bahawa walaupun sudah lebih 40 tahun, nama Proton Saga masih relevan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Soalan lazim (FAQ)\u00a0 tentang Proton Saga<\/b><\/p>\n<p><b>Soalan lazim umum<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Bilakah Proton Saga pertama kali dilancarkan?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proton Saga pertama kali dilancarkan pada 9 Julai 1985 sebagai kereta nasional pertama Malaysia. Ia menjadi simbol permulaan industri automotif tempatan dan sehingga hari ini kekal sebagai antara model paling penting dalam sejarah negara.<\/span><\/p>\n<p><b>Apakah beza Proton Saga generasi pertama dengan model terkini 2026?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perbezaannya sangat ketara. Proton Saga generasi pertama menggunakan enjin karburator dan tidak mempunyai ciri keselamatan moden seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Anti-lock Braking System <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">(ABS) atau 6 beg udara. Model terkini 2026 pula hadir dengan enjin 1.5L yang lebih berkuasa, transmisi moden, paparan digital serta sistem ADAS seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Emergency Braking<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (AEB), <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Forward Collision Warning<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (FCW) dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Lane Departure Warning <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">(LDW). Dari segi keselamatan, keselesaan dan teknologi, jurangnya memang besar.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Berapa jumlah jualan Proton Saga setakat ini?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sejak 1985, Proton Saga telah mencatat jualan lebih dua juta unit. Ia merupakan antara model paling laris dalam sejarah Proton dan sering mencatat jualan ribuan unit setiap bulan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Kenapa Proton Saga kekal popular walaupun banyak pesaing?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jawapannya mudah. Harga mampu milik, kos penyelenggaraan rendah, alat ganti mudah didapati dan reputasi sebagai kereta praktikal untuk kegunaan harian.<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah Proton Saga sesuai sebagai kereta pertama?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ya. Sama ada model baharu atau terpakai, Proton Saga sering menjadi pilihan pembeli kereta pertama kerana komitmen bulanan yang rendah dan kos operasi yang berpatutan.<\/span><\/p>\n<p><b>Apakah kedudukan Proton Saga dalam barisan model Proton sekarang?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Saga berada dalam segmen sedan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">entry level<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, di bawah Persona. Ia direka untuk pembeli yang mahukan kenderaan praktikal tanpa perlu membayar harga sedan segmen lebih tinggi.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Soalan lazim mengenai carro<\/b><\/p>\n<p><b>Apa maksud pemeriksaan 160 poin Carro?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap kereta melalui pemeriksaan terperinci meliputi enjin, transmisi, casis, sistem brek, dalaman dan pelbagai komponen penting lain. Pemeriksaan ini turut menggunakan teknologi seperti <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">computer visioning<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">acoustic engineering <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">untuk mengesan isu yang mungkin tidak jelas pada mata kasar.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah kereta <\/b><b><i>second-hand <\/i><\/b><b>di Carro mempunyai waranti?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Model <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/carro-certified\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro Certified<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> datang dengan waranti sehingga 12 bulan untuk enjin dan kotak gear. Ini memberi ketenangan tambahan kepada pembeli, terutamanya jika anda membeli Proton Saga terpakai untuk kegunaan harian.<\/span><\/p>\n<p><b>Bagaimana jika saya berubah fikiran selepas beli?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carro menawarkan jaminan pulangan wang dalam tempoh lima hari tertakluk kepada terma dan syarat. Ini memberi ruang kepada anda untuk menilai semula keputusan tanpa tekanan berlebihan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Bagaimana Carro memastikan tiada manipulasi perbatuan?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carro melakukan pemeriksaan sejarah dan penilaian menyeluruh sebelum menyenaraikan sesuatu kenderaan sebagai <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/carro-certified\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro Certified<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Mereka juga memastikan tiada kerosakan serius akibat kemalangan besar, kebakaran atau banjir sebelum unit tersebut ditawarkan kepada pembeli.<\/span><\/p>\n<p><b>Adakah berbaloi beli Proton Saga terpakai melalui Carro berbanding beli terus dari individu?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mahukan ketelusan, pemeriksaan profesional dan perlindungan tambahan seperti waranti serta tempoh pulangan wang, platform seperti Carro memberi lebih keyakinan berbanding urusan persendirian yang mungkin kurang perlindungan.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Tertarik untuk memiliki kereta Proton Saga?<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda tertarik dengan mana-mana generasi Proton Saga tetapi mahu pilihan lebih mesra bajet, membeli unit terpakai boleh menjadi langkah bijak.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, anda boleh membeli kereta Proton Saga pilihan anda dengan yakin. Ini kerana setiap kereta terpakai di Carro telah melalui pemeriksaan 160 poin menggunakan teknologi seperti<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> computer visioning<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">acoustic engineering<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk memastikan keadaan sebenar kenderaan dinilai secara objektif.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih menarik, anda juga mendapat jaminan pulangan wang dalam tempoh lima hari jika berubah fikiran, dan waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear bagi model tertentu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Carro juga memastikan kereta yang dijual tiada manipulasi perbatuan dan tiada kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran atau banjir sebelum ia ditawarkan kepada pembeli.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda serius mahu memiliki Proton Saga terpakai, <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\"><span style=\"font-weight: 400;\">layari laman web Carro <\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">untuk melihat pilihan yang tersedia. Bandingkan sendiri. Buat keputusan dengan yakin.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-10167\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/EN-Buy-1.png\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"374\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/EN-Buy-1.png 1280w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/EN-Buy-1-768x224.png 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selama empat dekad, Proton Saga kekal sebagai kereta kebanggaan negara. Ia sentiasa kelihatan di jalan raya seluruh Malaysia, daripada kawasan perumahan kos rendah hingga ke perkarangan rumah banglo. Ia digemari sebagai kereta pertama graduan muda, dan popular sebagai kenderaan harian keluarga kecil. Bila kita bercakap tentang sejarah Proton Saga, kita sebenarnya juga bercakap tentang perjalanan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":10290,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[90,3],"tags":[],"class_list":["post-10289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-buying-and-selling","category-car-reviews"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10299,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10289\/revisions\/10299"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10290"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}