{"id":9662,"date":"2025-08-27T16:38:19","date_gmt":"2025-08-27T08:38:19","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9662"},"modified":"2025-11-28T11:56:08","modified_gmt":"2025-11-28T03:56:08","slug":"5-perkara-yang-anda-perlu-lakukan-jika-kereta-dilanggar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/5-perkara-yang-anda-perlu-lakukan-jika-kereta-dilanggar\/","title":{"rendered":"5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Dilanggar"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadang-kadang kita bawa kereta hati-hati pun, kalau orang lain cuai, kereta kita pula dilanggar. Kalau jadi macam ini, jangan panik. Kekal tenang dan berbincang dengan pihak yang melanggar kereta anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-5062\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/car-damage-road-accident-car-insurance.jpg\" alt=\"car accident\" width=\"1150\" height=\"768\" \/><\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Buat 5 perkara ni, dan kalau semua berjalan lancar, insurans pihak yang melanggar kereta anda akan menanggung tuntutan anda. Jadi tak perlu kacau insurans sendiri, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pun kekal selamat.\u00a0<\/span><b><\/b><\/p>\n<h2><b>1. Bawa kereta ke kawasan selamat<\/b><b><\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau kereta masih boleh bergerak, lihat keadaan trafik dan alihkan kereta ke tepi jalan dan nyalakan lampu amaran kecemasan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau kereta rosak teruk dan perlu ditunda, hubungi syarikat insurans atau takaful anda, atau hubungi Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) 24\u2011jam di talian\u202f15500. Anda boleh menuntut kos tunda di bawah tuntutan pihak ketiga, jadi pastikan anda simpan resit.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_9666\" aria-describedby=\"caption-attachment-9666\" style=\"width: 2560px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-9666 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-scaled.jpg\" alt=\"accident- man trying to fix car engine issue\" width=\"2560\" height=\"1709\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-scaled.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-768x513.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-2048x1367.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-9666\" class=\"wp-caption-text\"><em>Image <a href=\"https:\/\/www.freepik.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">source<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<h2><b>2. Ambil gambar bukti<\/b><b><\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk laporan polis dan tuntutan insurans, gambar bukti adalah sangat penting. Bukan sahaja untuk mengukuhkan kes anda, tapi juga untuk memudahkan proses tuntutan.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_9667\" aria-describedby=\"caption-attachment-9667\" style=\"width: 2560px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-9667 size-full\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-scaled.jpg\" alt=\"insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim\" width=\"2560\" height=\"1709\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-scaled.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-768x513.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-2048x1367.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-9667\" class=\"wp-caption-text\"><em>Image <a href=\"https:\/\/www.freepik.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">source<\/a><\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi pastikan anda ambil gambar:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kerosakan pada kereta anda dari pelbagai sudut<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gambar jarak jauh yang menunjukkan situasi pelanggaran antara kedua-dua kereta<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gambar jelas model dan nombor plat kereta yang melanggar<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h2><b>3. Dapatkan maklumat pihak yang melanggar kereta anda<\/b><b><\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas itu, dapatkan maklumat daripada pemandu terbabit supaya senang untuk anda mengenal pasti dan menghubungi mereka nanti:<\/span><b><\/b><\/p>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>Nombor kad pengenalan &amp; lesen memandu<br \/>\n<\/b>Kalau boleh, minta izin untuk tengok kad pengenalan dan lesen mereka, kemudian catatkan maklumat tersebut.<\/li>\n<li aria-level=\"1\"><b>Nombor telefon<br \/>\n<\/b>Minta mereka terus menelefon nombor anda di tempat kejadian. Ini cara paling senang untuk pastikan nombor yang diberi betul.<\/li>\n<li aria-level=\"1\"><b>Cukai jalan<br \/>\n<\/b>Ambil gambar cukai jalan pada kereta yang melanggar kereta anda (jika ada). Kalau tak ada, minta mereka tunjukkan cukai jalan dalam aplikasi MyJPJ dan ambil gambar paparan skrin. Jika rupanya cukai jalan mereka sudah tamat tempoh, ini akan menguatkan kes anda.<\/li>\n<li aria-level=\"1\"><b>Syarikat insurans atau takaful<br \/>\n<\/b>Boleh minta insurans atau takaful pihak pelanggar untuk rujukan awal. Tapi kalau maklumat salah pun, laporan polis dan semakan JPJ atau insurans akan menunjukkan syarikat insurans kereta mereka yang sebenar.<\/li>\n<\/ul>\n<h2>4. Segera buat laporan polis (dalam 24 jam)<\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dah siap ambil gambar dan dapatkan semua maklumat penting? Terus ke balai untuk buat laporan polis dalam masa 24 jam. Kalau lambat, anda boleh disaman!<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas laporan dibuat, pegawai penyiasat (IO) biasanya akan hubungi anda dalam 1 hingga 3 hari untuk ambil kenyataan penuh. Anda boleh serahkan semua gambar dan maklumat yang dikumpul tadi semasa memberi kenyataan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">IO juga akan ambil kenyataan daripada pihak satu lagi, periksa kereta yang terlibat, ambil gambar tambahan, dan hubungi saksi kalau ada. Biasanya keputusan laporan akan siap dalam lebih kurang dua minggu.<\/span><\/p>\n<p><b>Jangan lupa hubungi insurans anda (dalam 7 hari)<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hubungi talian khidmat pelanggan insurans anda dalam masa 7 hari daripada tarikh kemalangan. Anda cuma perlu berikan maklumat ringkas seperti:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tarikh dan lokasi kemalangan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Nombor laporan polis<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Beritahu bahawa anda akan buat tuntutan pihak ketiga<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini penting supaya rekod kemalangan anda ada dalam sistem dan mereka tak boleh tolak tuntutan dengan alasan anda lambat lapor.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h2>5. Cari bengkel panel insurans yang berpengalaman buat tuntutan pihak ketiga<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9318\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Carro-Care-mechanic.webp\" alt=\"Carro Care Car Service Mechanic\" width=\"800\" height=\"533\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Carro-Care-mechanic.webp 800w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Carro-Care-mechanic-768x512.webp 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh hantar kereta terus ke bengkel: kereta anda akan disimpan di bengkel sehinggalah keputusan polis keluar (dalam masa 2 minggu).\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau nak guna kereta dulu sementara menunggu keputusan polis pastikan jangan baiki sebarang kerosakan. Biarkan dalam keadaan asal supaya adjuster boleh menilai dengan tepat. Kalau tak, mungkin tuntutan tak akan meliputi semua kerosakan yang disebabkan kemalangan.<\/span><\/p>\n<p><b>Bila keputusan polis keluar<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau keputusan polis sahkan anda tidak bersalah, anda kena serahkan kereta anda (kalau belum diserahkan) bersama dokumen-dokumen berikut untuk bengkel uruskan tuntutan pihak ketiga:<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan IC<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan geran kereta (Sijil Pemilikan Kenderaan JPJ)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan sijil insurans (atau cover note jika baru dibaharui)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan laporan polis awal<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Keputusan siasatan polis<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam beberapa hari, adjuster insurans akan ke bengkel untuk memeriksa kereta dan menilai kerosakan. Selepas laporan adjuster diluluskan (dalam 1 &#8211; 3 minggu), barulah kerja pembaikan bermula.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Anda juga boleh tuntut Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART) kerana tidak dapat guna kereta semasa ia dibaiki. Tapi CART tak kira masa tunggu keputusan polis atau tunggu kelulusan insurans. Ia hanya dikira dari hari kerja pembaikan bermula sampai kereta siap. Biasanya jumlah hari CART ini akan ditentukan sekali oleh adjuster semasa dia buat taksiran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Siap! Sekarang anda dah tahu lima langkah penting yang patut dibuat bila berdepan situasi ini.<\/span><\/p>\n<h2>Ringkasan 5 langkah penting:<\/h2>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bawa kereta ke kawasan selamat<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ambil gambar bukti<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dapatkan maklumat pihak yang melanggar kereta anda<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Segera buat laporan polis (dalam 24 jam)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Cari bengkel panel insurans yang berpengalaman buat tuntutan pihak ketiga<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<h2><b>Tip Carro: Pasang dashcam<\/b><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-2610\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam-300x300.jpg\" alt=\"car dashcam\" width=\"300\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam-300x300.jpg 300w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam-150x150.jpg 150w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam-80x80.jpg 80w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam-320x320.jpg 320w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/Dashcam.jpg 564w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau belum ada, memang berbaloi pasang dashcam dalam kereta. Video rakaman masa kemalangan boleh jadi bukti yang sangat membantu untuk polis dan insurans.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lepas semua ni, mungkin anda terfikir nak cari insurans yang lebih sesuai. Dengan <\/span><a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">, anda boleh bandingkan pelbagai pilihan insurans kereta dengan mudah, dan terus membaharui insurans, cukai jalan dan lesen dalam satu platform je.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau nak jual kereta lama dan cari kereta baru, jom tengok pilihan kereta <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/carro-certified\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro Certified<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> kami!<\/span><b><br \/>\n<\/b><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadang-kadang kita bawa kereta hati-hati pun, kalau orang lain cuai, kereta kita pula dilanggar. Kalau jadi macam ini, jangan panik. Kekal tenang dan berbincang dengan pihak yang melanggar kereta anda. Buat 5 perkara ni, dan kalau semua berjalan lancar, insurans pihak yang melanggar kereta anda akan menanggung tuntutan anda. Jadi tak perlu kacau insurans sendiri, &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":6422,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[292],"tags":[450,455,456,396],"class_list":["post-9662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-lifestyle-car-tips","tag-insurans-kereta","tag-kemalangan-kenderaan","tag-kereta-dilanggar","tag-ncd"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9662"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9668,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9662\/revisions\/9668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}