{"id":9680,"date":"2025-09-08T15:26:03","date_gmt":"2025-09-08T07:26:03","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9680"},"modified":"2025-09-08T15:26:03","modified_gmt":"2025-09-08T07:26:03","slug":"5-add-on-insurans-kereta-paling-penting-rugi-kalau-tak-ambil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/5-add-on-insurans-kereta-paling-penting-rugi-kalau-tak-ambil\/","title":{"rendered":"5 add-on insurans kereta paling penting. Rugi kalau tak ambil!"},"content":{"rendered":"<p data-start=\"151\" data-end=\"406\">Insurans asas yang wajib dimiliki setiap pemilik kereta ialah <strong data-start=\"213\" data-end=\"238\">insurans pihak ketiga<\/strong>. Kalau anda terlanggar kenderaan lain, insurans ini akan menanggung kerosakan, kecederaan, atau kematian pihak ketiga &#8211; <strong data-start=\"359\" data-end=\"403\">tapi kereta anda langsung tak dilindungi<\/strong>.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Insurans komprehensif (juga dikenali sebagai insurans pihak pertama) pula lebih menyeluruh. Ia bukan saja lindungi pihak ketiga, tapi juga memberi perlindungan kepada<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">kereta anda sendiri daripada kemalangan, kecurian dan kebakaran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekali imbas, memang nampak macam dah cukup. Tapi sebenarnya, masih ada banyak situasi yang tidak termasuk dalam pelan komprehensif. Contohnya kerosakan akibat banjir, kemalangan bila orang lain memandu kereta anda, atau yang melibatkan penumpang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">add-on<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> insurans penting yang patut anda pertimbangkan sebelum memperbaharui insurans kereta nanti.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2>1. Perlindungan Cermin (Windscreen Coverage)<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9683\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/glass-broken-cracks-splinters-front-car-filtered-image.jpg\" alt=\"Car Windscreen broken accident\" width=\"2560\" height=\"1708\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/glass-broken-cracks-splinters-front-car-filtered-image.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/glass-broken-cracks-splinters-front-car-filtered-image-768x512.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/glass-broken-cracks-splinters-front-car-filtered-image-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/glass-broken-cracks-splinters-front-car-filtered-image-2048x1366.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cermin kereta, terutamanya cermin depan, memang mudah retak. Lagi-lagi kalau anda kerap memandu di jalan raya sibuk, lebuh raya, atau kawasan yang banyak lori berat. Kadang-kadang batu kecil yang terpelanting dari belakang lori pun cukup untuk buat retakan halus yang lama-kelamaan boleh jadi lebih teruk.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebab itulah perlindungan cermin sangat penting.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda ada insurans komprehensif, memang anda boleh buat tuntutan untuk baiki cermin kalau retak. Tapi kesannya besar, anda akan hilang diskaun NCD (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">No Claim Discount<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) untuk tahun berikutnya. Rugi, sebab diskaun NCD boleh mencecah 55%, dan tanpa diskaun ini, premium insurans tahun depan boleh jadi jauh lebih mahal.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\"> add-on<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> perlindungan cermin, anda boleh baiki atau tukar cermin kereta tanpa menjejaskan NCD. Perlindungan ini bukan hanya untuk cermin depan, ia juga termasuk:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Cermin belakang<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Semua tingkap sisi kereta<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Sunroof<\/span><\/i><\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">(Nota: Tak termasuk cermin sisi \/ <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">side mirror<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">)<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kos yang dilindungi pula biasanya termasuk:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Harga cermin\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Caj pemasangan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kos cermin gelap atau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">tinted film<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (jika ada)<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Harga <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">add-on<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> ini biasanya sekitar 15% daripada harga cermin. Contoh, kalau kos ganti cermin depan kereta anda adalah RM1,000, harga add-on perlindungan cermin hanya lebih kurang RM150 setahun.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda selalu memandu di kawasan yang meningkatkan risiko cermin retak, perlindungan ini amat wajar dipertimbangkan. Jika anda hanya membuat satu tuntutan dalam tempoh enam tahun, anda sudah pun mendapat semula nilai yang dibayar.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><b>Tip Tambahan: Anda sudah membuat <\/b><b><i>claim windscreen coverage <\/i><\/b><b>tahun ini?\u00a0<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh hubungi syarikat insurans untuk membeli semula perlindungan ini supaya cermin kereta anda terus dilindungi sehingga tempoh polisi sedia ada tamat. Bandingkan harga insurans dengan senang di <\/span><a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<h2>2. Perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-7108\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg\" alt=\"Flooded car.\" width=\"900\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg 900w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Cuaca sekarang semakin tidak menentu \u2014 hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat dalam sekelip mata. Kalau anda tinggal di kawasan yang kerap banjir, anda perlukan perlindungan peril khas. Terutamanya kalau kereta anda biasanya diletak di kawasan rendah, di <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">basement<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, atau di bawah pokok.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perlindungan peril khas (bencana alam) melindungi anda daripada kerosakan akibat:\u00a0<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Banjir<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tanah runtuh<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gempa bumi<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Letusan gunung berapi<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Angin kencang, ribut, dan bencana alam lain<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan kos 0.3% &#8211; 0.5% daripada nilai kereta anda, ini adalah pelaburan kecil yang boleh selamatkan anda daripada kerugian besar. Sebagai contoh, jika <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">sum insured <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">untuk kereta anda adalah RM50,000, anda hanya bayar RM100 &#8211; RM250 setahun. Sangat berbaloi untuk mengelakkan kos pembaikan disebabkan banjir yang boleh mencecah ribuan ringgit.<\/span><\/p>\n<h2>3. Perlindungan Kemalangan Diri (Personal Accident Coverage &#8211; PA Coverage)<\/h2>\n<p>Insurans komprehensif hanya melindungi kereta anda &#8211; ia <strong data-start=\"323\" data-end=\"351\">tidak melindungi pemandu<\/strong> jika cedera atau meninggal dunia akibat kemalangan. Sebab itu perlindungan kemalangan diri (PA Coverage) wajar dipertimbangkan.<\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Add-on <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">ini memastikan jika anda atau penumpang cedera atau terkorban dalam kemalangan jalan raya, tak kira siapa yang salah, kos rawatan adan pampasan akan ditanggung. Pampasan ini akan dibayar terus kepada anda atau waris, membantu meringankan beban kewangan.<\/span><\/p>\n<p data-start=\"753\" data-end=\"848\">Dari segi kos, PA Coverage biasanya berharga <strong data-start=\"798\" data-end=\"828\">RM10 hingga RM100+ setahun<\/strong>, bergantung pada:<\/p>\n<ul data-start=\"849\" data-end=\"1014\">\n<li data-start=\"849\" data-end=\"886\">\n<p data-start=\"851\" data-end=\"886\">Jumlah perlindungan (sum insured)<\/p>\n<\/li>\n<li data-start=\"887\" data-end=\"953\">\n<p data-start=\"889\" data-end=\"953\">Siapa yang dilindungi (pemandu sahaja atau termasuk penumpang)<\/p>\n<\/li>\n<li data-start=\"954\" data-end=\"1014\">\n<p data-start=\"956\" data-end=\"1014\">Skop perlindungan (kematian, hilang upaya, bil hospital)<\/p>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p>Tambahan ini dibayar sekali setahun ketika anda memperbaharui insurans kereta.<\/p>\n<p data-start=\"1098\" data-end=\"1268\">Ramai tak sedar insurans kereta biasa tidak lindungi nyawa pemandu. Dengan add-on ini, anda sekurang-kurangnya ada lapisan perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga.<\/p>\n<p data-start=\"1270\" data-end=\"1389\">Kalau anda kerap memandu jauh, selalu membawa keluarga, atau mahu ketenangan minda, perlindungan ini sangat berbaloi.<\/p>\n<h2>4. Perlindungan Liabiliti Undang-Undang terhadap\/untuk Penumpang<\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9667\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-scaled.jpg\" alt=\"insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim\" width=\"2560\" height=\"1709\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-scaled.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-768x513.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/insurance-agent-working-site-car-accident-claim-process-people-car-insurance-claim-1-2048x1367.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda selalu membawa penumpang atau ada rancangan untuk memandu ke luar negara, anda patut tahu tentang dua add-on ini. Ramai yang keliru antara Perlindungan Liabiliti Undang-Undang <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">terhadap <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">Penumpang (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Legal Liability of Passengers<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; LLOP) dan Liabiliti Undang-Undang <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">untuk <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">Penumpang (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Legal Liability to Passengers<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; LLP) sebab nama mereka hampir sama. Tapi sebenarnya fungsinya sangat berbeza. <\/span><\/p>\n<h3><b>4.1 Liabiliti Undang-Undang <\/b><b><i>terhadap <\/i><\/b><b>Penumpang (LLOP)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">LLOP melindungi anda jika penumpang anda menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada pihak ketiga.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh, penumpang baling botol keluar tingkap dan terkena kereta lain atau mereka mengacau <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">steering <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">hingga<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"> menyebabkan kemalangan. Walaupun anda tidak bersalah, pihak ketiga tetap boleh menuntut ganti rugi terhadap anda sebagai pemilik kereta<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">. Dengan LLOP, anda ada perlindungan untuk kes-kes begini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Harga premium LLOP adalah hanya sekitar RM7.50 setahun. <\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<b><\/b><\/span><\/p>\n<h3><span style=\"font-weight: 400;\"><b>4.2 Liabiliti Undang-Undang <\/b><b><i>untuk <\/i><\/b><b>Penumpang (LLP)<\/b><\/span><\/h3>\n<p>LLP pula melindungi anda jika <strong data-start=\"1067\" data-end=\"1135\">penumpang sendiri mengambil tindakan undang-undang terhadap anda<\/strong>. Contohnya, jika mereka cedera atau meninggal dunia dalam kemalangan, dan mereka (atau waris mereka) saman anda sebagai pemandu.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Harga premium LLP pula adalah sekitar sekitar 25% daripada harga premium pihak ketiga yang anda bayar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau memandu di Malaysia, kedua-dua perlindungan ni tak wajib dan anda boleh pilih untuk ambil salah satu sahaja kalau mahu. Tapi kalau anda nak <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">drive <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">masuk Singapura, anda kena mengambil kedua-duanya. Undang-undang di Singapura memang mewajibkan LLP dan LLOP untuk semua kenderaan asing yang masuk ke negara itu.<\/span><\/p>\n<h2>5. Perlindungan Pemandu Tambahan (Named Driver) dan Semua Pemandu (All Drivers)<\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau kereta anda selalu dipandu oleh orang lain, jangan abaikan perlindungan ini. Jika pemandu yang terlibat dalam kemalangan <strong data-start=\"327\" data-end=\"359\">tidak dinamakan dalam polisi<\/strong>, anda perlu membayar <strong data-start=\"381\" data-end=\"424\">ekses insurans mandatori sebanyak RM400<\/strong> sebelum perlindungan boleh digunakan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bergantung kepada berapa ramai orang yang menggunakan kereta anda, anda akan memerlukan salah satu daripada dua add-on insurans ini:<\/span><\/p>\n<h3><b>5.1 Perlindungan Pemandu Tambahan (<\/b><b><i>Named Driver<\/i><\/b><b>)\u00a0<\/b><\/h3>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><i><span style=\"font-weight: 400;\">Add-on<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> insurans ini membolehkan anda menamakan 2 &#8211; 3 orang pemandu secara percuma<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau nak tambah pemandu lebih daripada 2 atau 3 orang pemandu, anda akan dicaj sekitar RM10 untuk setiap nama tambahan.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\">Sesuai jika hanya ada 2 &#8211; 3 pemandu tetap seperti pasangan atau anak.<\/li>\n<\/ul>\n<h3><b><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"><b>5.2 <\/b><\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><b>Perlindungan Semua Pemandu (<\/b><b><i>All Drivers<\/i><\/b><b>)<\/b><br \/>\n<\/span><\/h3>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Add on ini akan melindungi sesiapa sahaja yang memandu kereta anda<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Semua pemandu yang sah (berlesen penuh) akan dilindungi, anda tak perlu namakan mereka satu-satu.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Caj <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">add-on insurans<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> ini biasanya sekitar RM20 hingga RM50 setahun, bergantung pada syarikat insurans.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sesuai untuk kereta keluarga atau syarikat.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h2><b>Pilih perlindungan terbaik untuk kereta anda dengan Coverro<\/b><\/h2>\n<p>Lebih banyak perlindungan memang lebih baik, tapi yang paling penting adalah pilih ikut keperluan anda. Sekarang anda sudah tahu 5 add-on insurans kereta paling penting, anda boleh tentukan mana yang benar-benar sesuai untuk situasi anda.<\/p>\n<p>Dengan <a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a>, anda boleh <strong data-start=\"442\" data-end=\"500\">banding harga premium dan add-on insurans dengan mudah<\/strong>. Pilih add-on yang anda mahu, lihat terus perubahan premium, dan buat keputusan dengan lebih yakin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Insurans asas yang wajib dimiliki setiap pemilik kereta ialah insurans pihak ketiga. Kalau anda terlanggar kenderaan lain, insurans ini akan menanggung kerosakan, kecederaan, atau kematian pihak ketiga &#8211; tapi kereta anda langsung tak dilindungi. Insurans komprehensif (juga dikenali sebagai insurans pihak pertama) pula lebih menyeluruh. Ia bukan saja lindungi pihak ketiga, tapi juga memberi perlindungan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":9666,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[397],"tags":[460,450,459],"class_list":["post-9680","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-car-insurance-car-loans","tag-add-on-insurance","tag-insurans-kereta","tag-insurans-tambahan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9680","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9680"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9680\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9684,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9680\/revisions\/9684"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9666"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9680"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9680"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9680"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}