{"id":9842,"date":"2025-11-03T13:31:55","date_gmt":"2025-11-03T05:31:55","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9842"},"modified":"2025-11-27T23:54:18","modified_gmt":"2025-11-27T15:54:18","slug":"realiti-nilai-sebenar-membeli-ev-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/realiti-nilai-sebenar-membeli-ev-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Realiti &#038; nilai sebenar membeli EV di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jualan kereta elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat. Pada separuh pertama 2024, hanya 6,651 unit EV dijual. Tapi angka itu melonjak kepada 12,733 unit pada separuh pertama 2025 &#8211; kira-kira 3.4% daripada jumlah jualan kereta baharu negara.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jenama seperti BYD, Tesla, Proton dan <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/zeekr\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Zeekr<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> kini menguasai pasaran dengan model yang semakin kompetitif dari segi harga dan teknologi. Perkembangan ini juga dbantu insentif kerajaan seperti pengecualian cukai jalan, dan anggapan bahawa EV lebih jimat dari segi pengecasan dan penyelenggaraan berbanding kereta petrol atau diesel.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9651\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design.jpg\" alt=\"Zeekr 7X - classic SUV design\" width=\"2560\" height=\"1440\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design-768x432.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design-2048x1152.jpg 2048w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/classic-SUV-design-390x220.jpg 390w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tak hairanlah kini lebih ramai rakyat Malaysia mula mempertimbangkan untuk beralih kepada EV. Tapi soalan utama tetap sama: adakah EV betul-betul praktik untuk kegunaan harian?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam artikel ini, kita akan lihat kos pemilikan, keadaan infrastruktur pengecasan, pilihan model, dan cabaran-cabaran yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan.<\/span><\/p>\n<h2><b>Infrastruktur pengecasan EV di Malaysia<\/b><\/h2>\n<figure id=\"attachment_8600\" aria-describedby=\"caption-attachment-8600\" style=\"width: 1500px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-8600\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/Hand-hold-EV-charger.jpg\" alt=\"EV charger\" width=\"1500\" height=\"844\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/Hand-hold-EV-charger.jpg 1500w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/Hand-hold-EV-charger-768x432.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/Hand-hold-EV-charger-390x220.jpg 390w\" sizes=\"auto, (max-width: 1500px) 100vw, 1500px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-8600\" class=\"wp-caption-text\"><a href=\"https:\/\/www.freepik.com\/free-photo\/man-plugging-charger-into-electric-car-charge-station_14996757.htm#fromView=search&amp;page=8&amp;position=9&amp;uuid=bc942b1b-5255-4660-822f-9af411f0044d\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\">Source<\/a>.<\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setakat Mei 2025, Malaysia sudah mempunyai lebih 4,100 stesen pengecas EV di seluruh negara. Kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar dan lebuh raya. Kerajaan juga menyasarkan 10,000 stesen pengecas menjelang hujung tahun ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">PLUS turut memasang 112 titik pengecas di sepanjang rangkaian lebuh rayanya. Ini langkah penting untuk menyokong perjalanan jarak jauh dan memberi lebih keyakinan kepada pemilik EV.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun cabaran utama masih sama. Pengecas pantas jenis DC masih terhad berbanding pengecas biasa jenis AC, terutama di luar bandar. Ini menjadikan perjalanan jarak jauh lebih sukar bagi sesetengah pemilik EV.<\/span><\/p>\n<h2><b>Beza pengecas EV jenis AC dan DC<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Perbandingan<\/b><\/td>\n<td><b>Pengecas AC\u00a0<\/b><\/p>\n<p><b>(<\/b><b><i>Alternating Current<\/i><\/b><b>)<\/b><\/td>\n<td><b>Pengecas DC\u00a0<\/b><\/p>\n<p><b>(<\/b><b><i>Direct Current<\/i><\/b><b>)<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Lokasi\u00a0<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Rumah (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">wallbox<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">), pusat beli-belah, pejabat<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Lebuh raya, pusat pengecasan, pusat bandar<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kelajuan<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">3.7 kW &#8211; 22 kW<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">50 kW &#8211; 350 kW<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kelajuan Cas<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Semalaman atau beberapa jam<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">10% hingga 80% dalam 20 &#8211; 40 minit<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kegunaan Ideal<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Cas harian, waktu bekerja, membeli-belah<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Perjalanan jauh, cas segera dalam 30 minit<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kos Pemasangan<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih rendah, boleh pasang di rumah <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">landed<\/span><\/i><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Jauh lebih tinggi dan biasanya dipasang di kawasan komersial<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kesan Pada Bateri<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih mesra bateri, caj lebih stabil<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Boleh beri tekanan tambahan jika digunakan terlalu kerap<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara ringkas, pengecas EV jenis AC sesuai untuk pengecasan harian di rumah, pejabat, atau tempat-tempat di mana kenderaan diletak untuk tempoh yang lama. Pengecas jenis DC pula lebih penting bila anda perlu cas kereta dengan pantas. Biasanya ia digunakan ketika perjalanan jauh seperti di lebuh raya atau kawasan pusat bandar.<\/span><\/p>\n<h2><b>Realiti mengecas EV di rumah<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi pemilik rumah teres atau banglo, mengecas kereta EV lebih mudah. Anda boleh memasang pengecas wallbox jenis AC di rumah dengan kos yang berpatutan. Harga pemasangan untuk wallbox AC 7 hingga 11 kW biasanya sekitar RM1,500 hingga RM4,000, tidak termasuk kos pemasangan elektrik yang boleh mencecah RM500 hingga RM2,000.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-3839\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/BMW_Gamuda_Charging_3_1645807435-300x199.webp\" alt=\"BMW EV Charging\" width=\"1281\" height=\"850\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/BMW_Gamuda_Charging_3_1645807435-300x199.webp 300w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/BMW_Gamuda_Charging_3_1645807435-768x510.webp 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/BMW_Gamuda_Charging_3_1645807435.webp 900w\" sizes=\"auto, (max-width: 1281px) 100vw, 1281px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dengan pengecas sendiri di rumah, anda boleh berjimat kerana caj elektrik di rumah jauh lebih rendah berbanding pengecas awam. Selain itu, anda boleh mengecas kereta semalaman tanpa perlu fikirkan tempat letak kereta khas atau masa menunggu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun, bagi penghuni pangsapuri, keadaannya sedikit berbeza. Cabaran utama adalah akses kepada pengecas. Kebanyakan pemilik EV di pangsapuri perlu bergantung pada stesen pengecas awam seperti di pusat beli-belah, pejabat, atau tempat letak kereta komersial. Ini memerlukan perancangan lebih teliti jika anda ingin memiliki EV tetapi tinggal di kediaman bertingkat.<\/span><\/p>\n<h2><b>Balik kampung &amp; perjalanan jauh dengan EV<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda bercadang balik kampung dengan kereta EV, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Kebanyakan EV dengan bateri besar boleh bergerak antara 300 hingga 400 km dengan satu cas. Namun faktor seperti kesesakan jalan raya atau laluan berbukit boleh menyebabkan bateri habis lebih cepat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tempat pengecas di bandar besar biasanya mudah dicari, tetapi di kawasan luar bandar jumlahnya masih terhad. Jadi, anda perlu rancang laluan lebih awal. Semak lokasi pengecas sebelum memulakan perjalanan dan ambil kira masa tambahan untuk berhenti mengecas.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Secara ringkas, balik kampung dengan EV memang boleh, cuma pada masa sekarang ia memerlukan perancangan yang lebih teliti berbanding kereta biasa.<\/span><\/p>\n<h2><b>Realiti kos pemilikan EV<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun harga beli awal EV masih lebih tinggi, terutama untuk model premium, EV kini semakin berbaloi dalam jangka panjang. Ini kerana beberapa faktor utama:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kos caj di rumah untuk pemilik rumah landed jauh lebih murah, sekitar RM100 hingga RM150 sebulan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kos servis lebih rendah kerana tiada minyak enjin atau sistem ekzos<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pilihan model mampu milik semakin banyak di pasaran<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Insentif kerajaan seperti pengecualian cukai jalan dan rebat membantu mengurangkan kos awal<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">EV lebih mesra alam, tanpa asap ekzos dan dengan jejak karbon yang lebih rendah<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Namun, satu perkara yang perlu diambil kira ialah kos bateri. Bateri kekal sebagai komponen paling mahal untuk EV, dan penggantian boleh menelan belanja besar. Walaupun begitu, teknologi bateri semakin maju dan harga semakin menurun, jadi isu ini dijangka kurang membebankan pada masa depan.<\/span><\/p>\n<h2><b>Pilihan kereta EV terbaru di Malaysia<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Model Antarabangsa<\/b><\/td>\n<td><b>Ciri-ciri Utama<\/b><\/td>\n<td><b>Julat Harga (MYR)<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Tesla Model 3 &amp; Model Y<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Prestasi tinggi, rangkaian pengecas <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Supercharger <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">meluas<\/span><\/td>\n<td><b>Tesla Model 3:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 169K &#8211; RM 229K<\/span><a href=\"https:\/\/paultan.org\/2025\/10\/03\/tesla-model-3-highland-now-cheaper-by-up-to-rm13k-in-malaysia-updated-with-signal-stalk-front-camera\/?utm_source=chatgpt.com\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\"><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/a><\/p>\n<p><b>Tesla Model Y:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 195K &#8211; RM 242K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>BYD Atto 3 &amp; BYD Sealion 7<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Harga kompetitif, jarak pemanduan jauh, bateri tahan lama<\/span><\/td>\n<td><b>Atto 3<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">: RM123K+<\/span><\/p>\n<p><b>Sealion 7<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">: RM183K &#8211; RM199K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Hyundai Ioniq 5 &amp; Kona EV<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Reka bentuk futuristik, ruang luas<\/span><\/td>\n<td><b>Hyundai Ioniq 5<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">: RM207K -RM270K<\/span><\/p>\n<p><b>Hyundai Kona Elektrik: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">RM156K &#8211; RM208K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>BMW iX1 &amp; i4<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Kemewahan, teknologi pemanduan separa autonomi<\/span><\/td>\n<td><b>BMW iX1:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 249K \u2013 RM 276K<\/span><a href=\"https:\/\/soyacincau.com\/2024\/05\/03\/bmw-ix1-edrive20-m-sport-malaysia-cheapest-fully-electric-bmw-ev\/?utm_source=chatgpt.com\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\"><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/a><\/p>\n<p><b>BMW i4:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 279K \u2013 RM 316K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/zeekr\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><b>Zeekr 7X &amp; 009<\/b><\/a><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">SUV elektrik premium, jarak pemanduan hingga 615 km, kuasa 646 hp, cas 450 kW<\/span><\/td>\n<td><b>Zeekr 7X:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 179K \u2013 RM 227K<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><b>Zeekr 009:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> RM 299K \u2013 RM 360K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>Model Tempatan<\/b><\/td>\n<td><b>Ciri-ciri Utama<\/b><\/td>\n<td><b>Julat Harga (MYR)<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Perodua eMO<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Saiz kompak, <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">hatchback<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">,\u00a0 efisien tenaga, sesuai untuk kawasan bandar (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">masih belum dijual)<\/span><\/i><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">RM50K &#8211; RM90K\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Proton e.Mas 7<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">SUV elektrik moden dengan teknologi terkini, sesuai untuk pemanduan harian<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">RM106K &#8211; RM124K<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2>Adakah EV pilihan tepat untuk anda?<\/h2>\n<figure id=\"attachment_9843\" aria-describedby=\"caption-attachment-9843\" style=\"width: 1500px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-9843\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2149169725.jpg\" alt=\"EV range meter close up\" width=\"1500\" height=\"1000\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2149169725.jpg 1500w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2149169725-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1500px) 100vw, 1500px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-9843\" class=\"wp-caption-text\"><a href=\"https:\/\/www.freepik.com\/free-photo\/close-up-electric-car-france_20254595.htm#fromView=search&amp;page=1&amp;position=0&amp;uuid=77e84702-5c26-446b-90d9-f7df42a78c6f&amp;query=EV+range+meter\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">Source<\/a>.<\/figcaption><\/figure>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika diteliti dari segi realiti dan nilai, membeli EV di Malaysia memerlukan perancangan dan pemahaman jelas tentang infrastruktur pengecasan serta kos-kos pemilikan EV. Namun, jika dilihat dari aspek penjimatan tenaga, kos penyelenggaraan rendah, dan manfaat kepada alam sekitar, EV kini semakin memberi pulangan yang nyata.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tambahan pula, semakin banyak pilihan model antarabangsa dan tempatan memasuki pasaran &#8211; daripada kereta kompak bandar hingga SUV keluarga,\u00a0 menjadikan masa depan EV di Malaysia semakin cerah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda sedang mempertimbangkan SUV elektrik yang praktikal untuk keluarga dan masih menawarkan prestasi mantap, Zeekr patut masuk dalam senarai pilihan anda.\u00a0 Sebagai pengedar rasmi Zeekr di Malaysia, Carro memudahkan anda membeli EV dengan pengalaman yang menyeluruh dan lancar.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9659\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Zeekr-7X-Offer.png\" alt=\"Zeekr 7X Carro Introductory Offer\" width=\"1048\" height=\"322\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Zeekr-7X-Offer.png 1048w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Zeekr-7X-Offer-768x236.png 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1048px) 100vw, 1048px\" \/><\/p>\n<p><b>Berminat nak pandu uji atau nak tahu lebih lanjut?<\/b><b><br \/>\n<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Isi borang di <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/zeekr\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jualan kereta elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat. Pada separuh pertama 2024, hanya 6,651 unit EV dijual. Tapi angka itu melonjak kepada 12,733 unit pada separuh pertama 2025 &#8211; kira-kira 3.4% daripada jumlah jualan kereta baharu negara. Jenama seperti BYD, Tesla, Proton dan Zeekr kini menguasai pasaran dengan model yang semakin kompetitif dari segi harga &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":8600,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[292],"tags":[509,510],"class_list":["post-9842","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-lifestyle-car-tips","tag-ev-malaysia","tag-zeekr-carro"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9842","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9842"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9942,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9842\/revisions\/9942"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8600"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}