{"id":9878,"date":"2025-11-13T15:19:58","date_gmt":"2025-11-13T07:19:58","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9878"},"modified":"2025-11-13T15:19:58","modified_gmt":"2025-11-13T07:19:58","slug":"kereta-sudah-diisytiharkan-total-loss-selepas-kemalangan-apa-patut-saya-buat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/kereta-sudah-diisytiharkan-total-loss-selepas-kemalangan-apa-patut-saya-buat\/","title":{"rendered":"Kereta sudah diisytiharkan total loss selepas kemalangan. Apa patut saya buat?"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda baru sahaja terlibat dalam kemalangan yang teruk, dan kereta anda kini tidak lagi boleh dipandu. Jadi, apa yang perlu anda lakukan dengan \u201cbesi buruk\u201d ini?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Langkah pertama,hubungi syarikat insurans anda dan minta mereka menilai serta mengisytiharkan kereta anda sebagai <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Tapi apa sebenarnya maksud <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">? Dalam artikel ni, kami terangkan bagaimana status <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> ditentukan, dan langkah seterusnya yang boleh anda ambil selepas itu.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/car-declared-total-loss-what-do\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Read in English<\/a><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-5519\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/car-accident.jpg\" alt=\"car accident - total loss\" width=\"1280\" height=\"720\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/car-accident.jpg 1280w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/car-accident-768x432.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/car-accident-390x220.jpg 390w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<h2><b>Bagaimana<\/b><b><i> total loss<\/i><\/b><b> ditentukan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada dua sebab utama syarikat insurans akan mengisytiharkan kereta anda sebagai total loss atau tidak berhemat dibaiki (Beyond Economic Repair &#8211; BER). Ini sama ada kerana kos pembaikan tidak lagi berbaloi (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">uneconomical to repair<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">), atau kerana kereta itu tidak lagi selamat untuk dibaiki (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">unsafe to repair<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).<\/span><\/p>\n<h3><b>Tidak berbaloi untuk dibaiki (uneconomical to repair)<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-6756\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Car-tree.jpg\" alt=\"car accident under tree\" width=\"1280\" height=\"853\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Car-tree.jpg 1280w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Car-tree-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Seperti namanya, keadaan ini bermakna kos membaiki kereta terlalu tinggi atau kos membaiki sudah melebihi nilai semasa kereta.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Contohnya begini, anda membeli <a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/beli-kereta-terpakai\/honda\/city\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Honda City<\/a> baharu pada harga RM90,000 dan menggunakanya selama lima tahun. Dalam tempoh ini, nilai pasaran jatuh kepada RM40,000. Kemudian anda terlibat dalam kemalanga dan kereta dihantar ke bengkel panel untuk dinilai oleh pelaras insurans. Selepas pemeriksaan, pelaras mendapati kos pembaikan dianggarkan sebanyak RM50,000.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Disebabkan kos pembaikan lebih tinggi daripada nilai semasa kereta (RM40,000), kereta itu akan diisytiharkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan tidak akan dibaiki.<\/span><\/p>\n<h3><b>Tidak selamat untuk dibaiki<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-6751\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Accident-head-on.jpg\" alt=\"car accident\" width=\"860\" height=\"572\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Accident-head-on.jpg 860w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/Accident-head-on-768x511.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 860px) 100vw, 860px\" \/><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.straitstimes.com\/asia\/se-asia\/singaporean-woman-killed-in-car-accident-in-malaysia-0\" target=\"_blank\" rel=\"noopener nofollow\">Sumber<\/a>.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam sesetengah kes, kereta mengalami\u00a0 kerosakan terlalu teruk sehingga walaupun\u00a0 dibaiki, ia tidak lagi selamat untuk dipandu. Ini biasanya berlaku apabila struktur casis atau rangka utama kereta rosak teruk, menyebabkan ia tidak mampu lagi memberikan perlindungan kepada pemandu dan penumpang jika berlaku kemalangan lain.<\/span><\/p>\n<h2><b>Pampasan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, apa yang anda boleh buat kalau kereta anda sudah disahkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">? Pertama sekali, pastikan anda mempunyai polisi insurans komprehensif untuk membuat tuntutan. Jika anda hanya dilindungi di bawah polisi pihak ketiga (atau pihak ketiga, kebakaran &amp; kecurian) kerosakan pada kereta anda tidak akan ditanggung oleh insurans.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-6295\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/03\/Insurance-papers.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"1711\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/03\/Insurance-papers.jpg 1280w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/03\/Insurance-papers-768x1027.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mempunyai perlindungan komprehensif, jumlah pampasan yang diterima bergantung pada nilai yang anda insuranskan semasa memperbaharui polisi. Secara umumnya, terdapat dua jenis nilai yang digunakan: nilai pasaran atau nilai dipersetujui (agreed value).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Di sini kita guna contoh <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms\/beli-kereta-terpakai\/honda\/city\"><span style=\"font-weight: 400;\">Honda City<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan nilai pasaran RM40,000.<\/span><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/carro.co\/_next\/image?url=https%3A%2F%2Fcdn.carro.co%2Ftr%3Aar-16-9%2Cw-2133%2Cpr-true%2Cf-webp%2Cq-50%2F2025%2F02%2FInventory%2F195941177%2F2016-honda-city-v-i-vtec-1.5l-29N5XKNJ41-mytukar-022.jpeg&amp;w=3840&amp;q=75\" alt=\"Car Media Image\" \/><\/p>\n<h3><b>Nilai pasaran<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika polisi anda berdasarkan nilai pasaran, pampasan akan dibayar mengikut nilai semasa kereta atau jumlah yang diinsuranskan, mana yang lebih rendah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Contohnya anda insuranskan kereta pada RM30,000, tapi nilai pasaran Honda City anda adalah RM40,000. Dalam kes ni, anda tetap akan terima RM30,000 kerana itu jumlah yang anda insuranskan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya anda masih mempunyai baki pinjaman RM35,000, pihak insurans akan bayar RM30,000 terus kepada pihak bank, dan anda perlu tanggung sendiri baki RM5,000. Namun, kalau baki pinjaman hanyalah RM20,000, lebihan RM10,000 akan dibayar kepada anda.<\/span><\/p>\n<h3><b>Nilai dipersetujui (Agreed value)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda memilih <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">agreed value<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, anda akan dibayar jumlah yang telah dipersetujui bersama pihak insurans, tanpa mengira nilai pasaran semasa.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh, jika Honda City anda bernilai RM40,000 tetapi anda menginsuranskannya pada RM50,000, anda tetap akan menerima RM50,000 sekiranya kereta diisytiharkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">. Namun, tidak semua syarikat insurans menawarkan pilihan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">agreed value<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, dan premium bagi perlindungan jenis ini biasanya lebih tinggi.<\/span><\/p>\n<h2><b>Cara buat tuntutan <\/b><b><i>total loss<\/i><\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Langkah pertama sama seperti tuntutan kemalangan biasa. Buat laporan polis dan serahkan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Laporan polis<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Polisi insurans<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sijil pemilikan kenderaan (geran kereta)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan IC &amp; lesen memandu<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Surat pengesahan laporan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gambar tempat kejadian<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Baca juga: <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/5-perkara-yang-anda-perlu-lakukan-jika-kereta-dilanggar\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Apa perlu buat bila kemalangan?<\/span><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas pelaras insurans mengesahkan kereta anda sebagai kes <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">total loss<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, anda perlu buat tuntutan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Own Damage<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (OD). Jika anda bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditawarkan, sediakan dokumen berikut untuk proses bayaran:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dua salinan borang pindah milik JPJ K3A<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Borang pembatalan kenderaan JPJ K1C (jika perlu)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Polisi insurans asal<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Geran kenderaan asal<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Surat pelepasan daripada syarikat pinjaman (jika ada)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan IC disahkan Pesuruhjaya Sumpah<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Semua set kunci asal kereta<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selepas semua dokumen lengkap, pihak insurans akan memproses bayaran pampasan kepada anda, atau terus kepada pihak bank sekiranya masih ada pinjaman yang belum selesai.<\/span><\/p>\n<h2><b>Perhatian sebelum hantar tuntutan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiap syarikat insurans mungkin memerlukan dokumen tambahan atau prosedur berbeza. Pastikan anda semak terus dengan penyedia insurans anda untuk senarai lengkap dokumen yang diperlukan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, itulah langkah-langkah yang perlu anda ambil apabila kereta diisytiharkan sebagai total loss. Untuk memastikan anda dapat perlindungan terbaik, perbaharui insurans kereta anda dengan <\/span><a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Masukkan butiran anda dan bandingkan sebut harga syarikat-syarikat insurans dengan serta-merta!<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anda baru sahaja terlibat dalam kemalangan yang teruk, dan kereta anda kini tidak lagi boleh dipandu. Jadi, apa yang perlu anda lakukan dengan \u201cbesi buruk\u201d ini?\u00a0 Langkah pertama,hubungi syarikat insurans anda dan minta mereka menilai serta mengisytiharkan kereta anda sebagai total loss. Tapi apa sebenarnya maksud total loss? Dalam artikel ni, kami terangkan bagaimana status &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":5519,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[397],"tags":[450,518,383],"class_list":["post-9878","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-car-insurance-car-loans","tag-insurans-kereta","tag-pampasan-insurans","tag-total-loss"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9880,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9878\/revisions\/9880"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}