{"id":9884,"date":"2025-11-15T14:59:00","date_gmt":"2025-11-15T06:59:00","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9884"},"modified":"2025-11-14T15:03:40","modified_gmt":"2025-11-14T07:03:40","slug":"cara-claim-insurans-kereta-jika-rosak-akibat-banjir-atau-bencana-alam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/cara-claim-insurans-kereta-jika-rosak-akibat-banjir-atau-bencana-alam\/","title":{"rendered":"Cara claim insurans kereta jika rosak akibat banjir atau bencana alam"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Banjir dan bencana alam boleh berlaku tanpa amaran, dan kereta yang sering jadi mangsa. Enjin boleh tenggelam, sistem elektrik rosak, dan kos baik pulih boleh mencecah ribuan ringgit. Namun, jika anda dilindungi insurans yang betul, situasi ini tidak semestinya menjadi mimpi ngeri.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sama ada kereta anda rosak akibat banjir, ribut, pokok tumbang atau tanah runtuh, proses tuntutan insurans adalah sama. Semua kerosakan ini biasanya dilindungi di bawah tambahan perlindungan yang dikenali sebagai <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/5-add-on-insurans-kereta-paling-penting-rugi-kalau-tak-ambil\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Perlindungan Peril Khas<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> (Special Perils). Mari kita lihat langkah-langkah yang betul untuk membuat tuntutan insurans sekiranya kereta anda rosak akibat banjir atau bencana alam.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-7108\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg\" alt=\"Flooded car.\" width=\"1355\" height=\"903\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg 900w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1355px) 100vw, 1355px\" \/><\/p>\n<h2><b>Semak dulu sama ada kereta anda dilindungi<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ramai pemandu menganggap insurans komprehensif sudah mencukupi untuk semua jenis kerosakan. Sebenarnya, kerosakan akibat banjir dan bencana alam<\/span><b> tidak termasuk<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dalam perlidungan insurans standard ini.<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Untuk dapatkan pampasan, anda perlu ada perlindungan Peril Khas yang melindungi kerosakan akibat banjir, ribut, pokok tumbang, tanah runtuh, dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-6910\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Car-insurance-confused.jpg\" alt=\"Documents, confused man\" width=\"1280\" height=\"853\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Car-insurance-confused.jpg 1280w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/10\/Car-insurance-confused-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/p>\n<p><b>Caj tambahan untuk perlindungan Peril Khas<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Caj tambahan untuk perlindungan ini biasanya hanya sekitar 0.2% hingga 0.5% daripada nilai diinsuranskan. Contohnya, jika nilai kereta anda RM50,000, tambahan perlindungan ini cuma RM100 &#8211; RM250 setahun.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kos membaiki enjin yang rosak akibat banjir boleh mencecah RM5,000 hingga RM20,000, bergantung pada model kereta. Jadi tambahan kecil ini memang berbaloi, terutamanya jika anda tinggal di kawasan rendah atau pernah mengalami banjir. Memang wajib pertimbangkan perlindungan ini apabila memperbaharui insurans tahun depan.<\/span><\/p>\n<h2><b>Apa nak buat bila kereta masuk banjir<\/b><\/h2>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-2498\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/flood-300x191.jpeg\" alt=\"survive a car flood\" width=\"1429\" height=\"910\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/flood-300x191.jpeg 300w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/flood-768x489.jpeg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/flood.jpeg 910w\" sizes=\"auto, (max-width: 1429px) 100vw, 1429px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika banjir melanda dan anda tak sempat nak pindahkan kereta ke kawasan selamat, utamakan keselamatan diri dahulu. Tunggu sehingga air surut sebelum memeriksa kereta.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Jangan cuba hidupkan enjin! <\/b><b><br \/>\n<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Bila air masuk ke sistem elektrik atau ruang pembakaran, cuba hidupkan enjin boleh menyebabkan kerosakan total. Sesetengah syarikat insurans boleh menoolak tuntutan jika dianggap akibat \u201cnegligence\u201d.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ikuti langkah-langkah ini supaya proses tuntutan berjalan lancar:<\/span><\/p>\n<h3><b>Langkah 1: Hubungi syarikat insurans secepat mungkin<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Telefon talian kecemasan atau nombor tuntutan yang tertera pada polisi. Laporkan kejadian, lokasi, dan tahap kerosakan. Kebanyakan syarikat insurans akan menghantar perkhidmatan tunda percuma ke bengkel panel.<\/span><\/p>\n<h3><b>Langkah 2: Ambil gambar dan video sebagai bukti<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tangkap gambar kereta dari pelbagai sudut, termasuk nombor plat, paras air, bahagian dalaman, dan enjin. Kalau boleh, ambil video untuk menunjukkan tahap kerosakan. Semua ini akan membantu proses penilaian insurans nanti.<\/span><\/p>\n<h3><b>Langkah 3: Buat laporan polis<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun ini kes bencana alam, laporan polis tetap diperlukan. Nyatakan dengan jelas bahawa punca kerosakan adalah banjir, sertakan tarikh dan lokasi kejadian. Laporan ini penting sebagai bukti bahawa kerosakan kereta bukan disebabkan oleh kecuaian anda.<\/span><\/p>\n<h3><b>Langkah 4: Hantar kereta ke bengkel panel &amp; serah dokumen lengkap<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone  wp-image-9409\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service.jpg\" alt=\"Carro Care technician servicing car\" width=\"1421\" height=\"948\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service.jpg 1024w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Carro-care-car-service-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1421px) 100vw, 1421px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Lengkapkan borang tuntutan (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">claim form<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) dan sediakan salinan berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Laporan polis<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Salinan lesen memandu &amp; kad pengenalan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sijil insurans (cover note\/polisi)<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gambar dan video kerosakan<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bengkel panel akan buat penilaian awal dan hantar laporan kepada <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">adjuster <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">insurans. Proses ini biasanya mengambil masa <\/span><b>3 &#8211; 7 hari bekerja<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">, bergantung pada tahap kerosakan dan kelulusan pihak insurans.<\/span><\/p>\n<h2><b>Kalau Kereta Ditetapkan Sebagai \u201cTotal Loss\u201d<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika enjin, transmisi, atau sistem elektrik rosak teruk sehingga kos pembaikan melebihi nilai semasa kereta, syarikat insurans boleh isytihar kereta anda sebagai <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/kereta-sudah-diisytiharkan-total-loss-selepas-kemalangan-apa-patut-saya-buat\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><b>Total Loss<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Ini bermakna pampasan akan dibayar berdasarkan nilai pasaran semasa kereta, bukan kos pembaikan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai contoh:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Nilai pasaran kereta: RM45,000<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kos baik pulih: RM48,000<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta akan diisytihar sebagai total loss, dan anda akan dibayar RM45,000<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Proses ini boleh mengambil masa 2 hingga 4 minggu bergantung pada syarikat insurans dan kelangkapan dokumen yang anda serahkan.<\/span><\/p>\n<h2><b>Tip tambahan supaya tuntutan anda tak ditolak<\/b><\/h2>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pastikan semua maklumat tepat dan jujur<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; Masa, lokasi, dan punca kerosakan mesti betul.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Jangan baiki kereta sebelum <\/b><b><i>adjuster <\/i><\/b><b>datang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; Biarkan pihak insurans menilai dulu.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Simpan semua resit &amp; bukti<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; Jika ada perbelanjaan kecil seperti tunda kereta, simpan resit, kadang-kadang ia boleh dituntut balik.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Perbaharui insurans lebih awal<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> &#8211; Musim hujan biasanya antara November hingga Januari. Pastikan perlindungan tambahan anda aktif sebelum tu.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bila kereta rosak akibat banjir, emosi dan kerugian kewangan boleh jadi besar. Tapi dengan perlindungan yang betul dan tindakan segera, anda boleh elak stres yang tidak perlu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, sediakan payung sebelum hujan! Sebelum hujan lebat seterusnya datang:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Semak polisi anda ada tak perlindungan Peril Khas?<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tambahkan perlindungan jika belum ada.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Simpan nombor hotline insurans di telefon anda.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila bencana melanda, anda akan tahu apa yang perlu dibuat, siapa yang patut dihubungi, dan dokumen apa yang diperlukan. Itu beza antara panik dan bersedia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-7974\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Carro-Flagship-REC.jpg\" alt=\"Carro retail store\" width=\"1791\" height=\"1079\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Carro-Flagship-REC.jpg 1791w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Carro-Flagship-REC-768x463.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/Carro-Flagship-REC-780x470.jpg 780w\" sizes=\"auto, (max-width: 1791px) 100vw, 1791px\" \/><\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda sedang mempertimbangkan untuk ganti kereta selepas banjir, atau nak cari model yang lebih tahan lasak untuk cuaca Malaysia, jom lihat pilihan kereta terpakai di <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/ms?utm_source=google&amp;utm_medium=sem&amp;utm_campaign=2024_PM_GG_MY_WEB_BUY_SEM_Sales_PTG_AlwaysOn_Brand&amp;utm_content=Buy_Sem_Brand_Carro_Exact_Carro_758808530828&amp;utm_term=carro%20car&amp;gad_source=1&amp;gad_campaignid=18279705573&amp;gbraid=0AAAAADof7gj5RreLnsZ3KNWWgPjetAH89&amp;gclid=CjwKCAiAwqHIBhAEEiwAx9cTeRILMlAvw5zHip9hD_cGXiE6kPVzbpzQGO6zsf8ojV3GmRUNTC-qQBoCX1kQAvD_BwE\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Carro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">. Semua dijamin diperiksa rapi dan bebas banjir!<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Banjir dan bencana alam boleh berlaku tanpa amaran, dan kereta yang sering jadi mangsa. Enjin boleh tenggelam, sistem elektrik rosak, dan kos baik pulih boleh mencecah ribuan ringgit. Namun, jika anda dilindungi insurans yang betul, situasi ini tidak semestinya menjadi mimpi ngeri.\u00a0 Sama ada kereta anda rosak akibat banjir, ribut, pokok tumbang atau tanah runtuh, &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":7108,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[397],"tags":[520,521,519],"class_list":["post-9884","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-car-insurance-car-loans","tag-banjir","tag-claim-insurans","tag-insurans-banjir"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9884","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9884"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9884\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9886,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9884\/revisions\/9886"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9884"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9884"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9884"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}