{"id":9888,"date":"2025-11-17T14:09:32","date_gmt":"2025-11-17T06:09:32","guid":{"rendered":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/?p=9888"},"modified":"2025-11-17T14:09:32","modified_gmt":"2025-11-17T06:09:32","slug":"perbezaan-insurans-kereta-terpakai-vs-kereta-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/perbezaan-insurans-kereta-terpakai-vs-kereta-baru\/","title":{"rendered":"Insurans kereta terpakai vs kereta baru: Apa perbezaannya?"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ramai pemilik kereta tak sedar bahawa perlindungan insurans kereta sebenarnya tak sama untuk semua kenderaan. Nilai, umur dan jenis kereta boleh mempengaruhi jenis perlindungan yang anda dapat serta jumlah premium yang anda perlu bayar setiap tahun.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kereta baru biasanya perlukan perlindungan insurans yang lebih menyeluruh sebab nilainya masih tinggi dan kos pembaikan pun lebih mahal. Jadi bila berlaku kemalangan, risiko kewangan jauh lebih besar. Tapi untuk kereta yang sudah berusia, anda mungkin tak perlu lagi bayar premium tinggi. Kadang-kadang perlindungan asas pun sudah memadai, bergantung pada keadaan kereta dan keperluan anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Dalam artikel ini, kami terangkan dengan jelas perbezaan antara perlindungan insurans untuk kereta baru dan kereta terpakai, supaya anda boleh pilih polisi yang paling sesuai dengan bajet dan penggunaan harian anda.<\/span><\/p>\n<h2><b><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-9666\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-scaled.jpg\" alt=\"accident- man trying to fix car engine issue\" width=\"2560\" height=\"1709\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-scaled.jpg 2560w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-768x513.jpg 768w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/man-try-fix-car-engine-problem-local-road-1-2048x1367.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/>Mengapa Umur Kenderaan Penting?<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk kereta bawah lima tahun, nilai pasaran masih tinggi dan biasanya masih ada pinjaman bank yang belum habis dibayar. Dalam kes ini, perlindungan komprehensif (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">first-party<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) paling sesuai kerana ia melindungi kereta anda dan pihak ketiga sekali. Jika berlaku kemalangan, anda tak perlu menanggung kos pembaikan yang besar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bila kereta semakin berusia, nilai pasaran akan menurun dan kos pembaikan kadang-kadang lebih tinggi daripada harga pasaran kereta itu sendiri. Sebab itu, ramai pemilik memilih untuk tukar kepada polisi pihak ketiga atau pihak ketiga, kebakaran &amp; kecurian (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Third Party, Fire &amp; Theft<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Perlindungan asas ini masih penting untuk kereta lama. Ini kerana ia melindungi anda daripada perlu menanggung kos kerosakan kereta pihak lain dalam kemalangan, yang kadang-kadang nilainya jauh lebih tinggi daripada nilai kereta anda sendiri.<\/span><\/p>\n<h2><b>Pilih Jenis Polisi Mengikut Keperluan<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekarang mari mengenali tiga jenis polisi utama yang ditawarkan di Malaysia dan bila ia sesuai digunakan:<\/span><\/p>\n<h3><b>Polisi Pihak Ketiga (Third Party Only)<\/b><\/h3>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-5062\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2022\/07\/car-damage-road-accident-car-insurance.jpg\" alt=\"car accident\" width=\"1772\" height=\"1183\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini perlindungan paling asas dan paling murah. Ia hanya melindungi kerosakan atau kecederaan pihak lain jika anda menyebabkan kemalangan. Kereta anda sendiri tidak dilindungi langsung. Biasanya sesuai untuk kereta yang sangat berusia dan nilai pasaran yang rendah.<\/span><\/p>\n<h3><b>Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran &amp; Kecurian (Third Party, Fire &amp; Theft)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain melindungi pihak ketiga, polisi ini juga melindungi kereta anda jika dicuri atau terbakar. Ia memberi sedikit perlindungan tambahan tanpa premium yang tinggi, dan sesuai untuk kereta lama yang masih ada risiko kecurian.<\/span><\/p>\n<h3><b>Polisi Komprehensif (Comprehensive \/ First-Party)<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ini perlindungan paling lengkap. Ia melindungi kereta anda, pihak ketiga, kemalangan, kecurian, kebakaran, banjir (jika tambah perlindungan Peril Khas), serta kerosakan aksesori. Pilihan terbaik untuk kereta baru atau kereta yang masih bernilai tinggi.<\/span><\/p>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><\/td>\n<td><b>Kereta Baru<\/b><\/td>\n<td><b>Kereta Lama<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Nilai Pasaran \/ Risiko<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Tinggi \u2192 Perlindungan luas disarankan<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Rendah \u2192 Perlindungan asas mungkin memadai<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Jenis Polisi Sesuai<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Komprehensif (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">First-Party<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">)<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Pihak Ketiga \/ Pihak Ketiga, Kebakaran &amp; Kecurian<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Kos Premium<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih tinggi (nilai pasaran tinggi)<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih rendah (kereta susut nilai)<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><b>Faktor Tambahan<\/b><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Pinjaman bank, kekerapan penggunaan, lokasi bandar<\/span><\/td>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Umur kenderaan, kos baiki, risiko kecurian<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk kereta baru, sebaiknya pilih insurans komprehensif kerana nilai kereta masih tinggi dan kebanyakan bank turut mewajibkan perlindungan penuh bagi kenderaan yang masih dalam tempoh pinjaman.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bagi kereta yang sudah berusia dan bebas hutang, anda mempunyai lebih banyak fleksibiliti. Anda boleh pilih polisi yang lebih ringan, asalkan ia sepadan dengan nilai pasaran semasa dan tahap penggunaan harian anda.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda masih ragu-ragu, cuba tanya diri sendiri \u201cKalau esok kereta saya rosak teruk, sanggup tak saya tanggung kos pembaikian sendiri?\u201d Jika jawapannya tidak, polisi komprehensif adalah pilihan yang paling selamat.<\/span><\/p>\n<h2><b>Sebelum Memilih Polisi, Semak Dahulu<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Beberapa perkara mudah yang ramai pemandu terlepas pandang tapi boleh memberi impak yang besar bila tiba masa nak membuat tuntutan:<\/span><\/p>\n<h3><b>Nilai pasaran kereta anda<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan kereta anda diinsuranskan pada nilai pasaran sebenar. Kalau nilai terlalu rendah (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">under-insured<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">), pampasan yang diterima juga akan berkurang.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h3><b>Jenis perlindungan tambahan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pertimbangkan <\/span><a href=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/5-add-on-insurans-kereta-paling-penting-rugi-kalau-tak-ambil\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">insurans <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">add-on<\/span><\/i><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti perlindungan banjir, cermin hadapan, atau pemandu tambahan jika sesuai dengan penggunaan harian anda.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-7108\" src=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg\" alt=\"Flooded car.\" width=\"900\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car.jpg 900w, https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-content\/uploads\/2023\/11\/Flooded-car-768x512.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/p>\n<h3><b>Syarat untuk kereta lama<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sesetengah syarikat insurans meletakkan syarat lebih ketat untuk kereta berusia 10 &#8211; 15 tahun, contohnya ia memerlukan pemeriksaan tambahan sebelum polisi diluluskan.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h3><b>Banding sebelum beli<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun kadar premium dikawal, setiap syarikat ada formula tersendiri. Bandingkan sekurang-kurangnya tiga polisi untuk dapatkan nilai terbaik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh gunakan <\/span><a href=\"https:\/\/coverro.co\/my\/ms\/insurance\/comparison\/AUTO?channelCode=CarroMalaysia070323463673&amp;lang=en_SG&amp;tenant=carro\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk membuat perbandingan antara beberapa pihak insurans.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\"><br \/>\n<\/span><\/p>\n<h3><b>Periksa NCD dan rekod tuntutan<\/b><\/h3>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan rekod NCD (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">No Claim Discount<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">) anda dikemaskini. Walaupun biasanya automatik, kadangkala berlaku ralat sistem bila tukar syarikat insurans atau selepas membuat tuntutan.<\/span><\/p>\n<h2><b>Cari perlindungan insurans yang tepat dengan Coverro<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tiada satu polisi insurans yang sesuai untuk semua. Insurans kereta baru dan kereta terpakai perlu dinilai berdasarkan nilai pasaran, risiko, dan bajet peribadi. Yang penting, pastikan polisi insurans anda sentiasa aktif. Tanpa polisi sah, anda bukan sahaja tak boleh perbaharui cukai jalan, malah menanggung risiko tinggi jika berlaku kemalangan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Masih ragu nak pilih polisi mana yang sesuai?\u00a0<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> oleh Carro boleh bantu. Melalui platform ini, anda boleh:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Membandingkan pelbagai polisi insurans dengan cepat<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lihat pilihan perlindungan mengikut nilai semasa kereta<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dan buat pembaharuan terus dalam talian<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sama ada kereta anda baru keluar showroom atau dah berusia, <\/span><a href=\"https:\/\/coverro.co\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\"><span style=\"font-weight: 400;\">Coverro<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> bantu anda cari perlindungan yang paling masuk akal, supaya anda mendapat perlindungan yang benar-benar sesuai dengan kereta anda.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai pemilik kereta tak sedar bahawa perlindungan insurans kereta sebenarnya tak sama untuk semua kenderaan. Nilai, umur dan jenis kereta boleh mempengaruhi jenis perlindungan yang anda dapat serta jumlah premium yang anda perlu bayar setiap tahun. Kereta baru biasanya perlukan perlindungan insurans yang lebih menyeluruh sebab nilainya masih tinggi dan kos pembaikan pun lebih mahal. &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":20,"featured_media":9666,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[397],"tags":[450,523,522],"class_list":["post-9888","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-car-insurance-car-loans","tag-insurans-kereta","tag-insurans-kereta-baru","tag-insurans-kereta-terpakai"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/20"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9890,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9888\/revisions\/9890"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9666"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/carro.co\/my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}