6 cara untuk semak dan bayar saman polis dan JPJ online
Dikemas kini pada 4 Julai 2024
Sebelum era digitasi, kita perlu pergi ke pejabat-pejabat atau membuat pangilan telefon untuk mendapatkan informasi, tetapi pada zaman digital ini, kita hanya memerlukan alat elektronik untuk mendapatkan informasi tersebut. Oleh kerana itu, artikel ini akan memberitahu anda cara cek dan bayar saman polis secara atas talian.
Check saman kereta di laman web MyEG
Laman web MyEG memberi pelbagai kemudahan. Antaranya, anda boleh memperbaharui cukai jalan, insurans, lesen menandu, serta memperbaharui MyKad anda. Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh menggunakan laman web ini untuk cek saman PDRM, JPJ, dan AES.
Langkah untuk membayar saman di MyEG:
- Layari laman web MyEG.
- Mendafar dan log masuk.
- Pilih e-Services dan pilih antara saman-saman yang anda ingin ketahui.
- Masukkan semua informasi yang diperlukan dan tekan butang “Semak”.
- Informasi yang berkaitan akan dipaparkan dan anda boleh membayar saman melalui perkhimatan perbankan Internet yang disediakan.
Check saman kereta di JPJ
JPJ adalah Jabatan Perangkutan Jalan. Saman akan dibagi apabila pemandu tidak mematuhi peraturan dan unfdang-undang jalan raya. Demikian, anda boleh semak semua saman trafik, termasuk AES (Automatic Enforcement System) yang memberi saman kepada pemandu yang melebihi had laju.
Langkah untuk membayar saman JPJ online:
- Layari JPJ.
- Masukkan nombor MyKad atau nombor MyKad dan nombor lesen kereta.
- Masukkan semua maklumat yang berkaitan.
- Informasi yang berkaitan akan dipaparkan dan anda boleh membayar saman melalui perkhimatan perbankan Internet yang disediakan.
Check saman kereta di RILEK
RILEK, atau ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’ adalah laman web yang dikendali oleh kerajaan. Laman web ini merupakan sebahagian inisiatif untuk memberi perkhidmatan atas talian untuk rakyat Malaysia.
Seperti laman web lain, anda perlu mendaftar sebelum anda boleh akses semua kemudahannya. Selepas log masuk, anda boleh menyemak saman JPJ atau PDRM, tetapi satu demi satu. Saman anda, jika ada, boleh dibayar dengan solusi perbankan yang disediakan.
Langkah untuk membayar saman di RILEK:
- Layari RILEK.
- Mendafar dan log masuk.
- Pilih antara saman yang ingin disemak.
- Informasi yang berkaitan akan dipaparkan dan anda boleh membayar saman melalui perkhimatan perbankan Internet yang disediakan.
Check saman di MyBayar Saman
MyBayar Saman mempunyai sistem yang senang dan terus terang. Anda boleh mendaftar atas laman web atau aplikasi untuk cek dan membayar saman anda tanpa pergi ke balai polis. Walau bagaimanapun, saman daripada dewan bandaraya tidak berada dalam sistem polis. Oleh itu, anda hanya boleh semak saman polis di MyBayar Saman.
Langkah untuk membayar saman di MyBayar Saman:
- Layari MyBayar Saman.
- Mendafar dan log masuk.
- Saman yang belum dijelaskan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
- Anda boleh membayar saman melalui perkhimatan perbankan Internet yang disediakan.
Check saman kereta di SSO PDRM
SSO PDRM adalah alternatif kepada MyBayar Saman, tetapi ia hanya memaparkan saman PDRM. Jadi jika anda ada saman JPJ, anda tidak boleh lihatnya di laman web SSO. Untuk mendaftar kepada SSO, anda perlu lebih banyak maklumant berbanding denagan laman web yang lain seperti alamat, jantina, dan hari lahir.
Langkah untuk membayar saman di SSO PDRM:
- Layari SSO PDRM.
- Mendafar dan log masuk.
- Tekan “cari” dan pilih “Status saman”.
- Semua maklumat saman yang belum dijelaskan akan dipaparkan.
- Anda boleh membayar saman melalui perkhimatan perbankan Internet yang disediakan.
Check saman kereta dengan SMS
Ya! Anda boleh cek saman melalui SMS! Tetapi anda perlu membayar RM0.15 untuk setiap SMS untuk cek saman polis.
- Untuk cek saman polis, hantar [POLICESAMANID number/car plate number] ke 15888 atau 32728
- Untuk cek saman JPJ, hantar [JPJSAMANID number/car plate number] ke 15888
Sebab anda perlu membayar saman dengan cepat
Jika anda membayar saman dalam 15 hari disaman, anda boleh diskaun sebanyak 50%. Jika anda membayar dalam 31-60 hari, anda perlu membayar jumlah yuran sepenuhnya.
Contohnya, anda disaman sebab tidak bayar yuran parkir dan disaman sebanyak RM300. Anda boleh membayar dalam tempoh 15 hari, anda hanya perlu membayar RM150. Jika anda membayar saman tersebut selepas 15 hari, anda mungkin perlu membayar sebanyak RM200. Tetapi jika anda membayar selepas 30 hari, anda perlu membayar saman RM300 sepenuhnya.
Andaikata anda tidak membayar saman untuk tempoh masa yang panjang, anda mungkin akan menerima surat makamah. Lesen memandu dan cukai kereta juga akan disenaraihitamkan. Jadi sila selalu semak laman web di atas untuk saman yang belum dijejaskan.
Anda juga boleh membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membaharui lesen memandu anda!
Kesimpulannya, anda dicadangkan untuk mencuba semua laman web dan mencari laman web yang paling sesuai untuk anda. Selepas itu, anda tahu cara anda boleh cek saman polis anda dan bayar!
Jika anda sedang mencari kereta, anda boleh semak imbas inventori Carro dan mencari kereta idaman Carro Certified anda! Setiap kereta Carro dijamin tanpa manipulasi meter perbatuan dan datang dengan waranti 12 bulan untuk enjin & kotak gear!