Cara memperbaharui insurans kereta secara online melalui MyEG
Tak perlu lagi beratur di pejabat pos atau cari ejen insurans. Kini, anda boleh memperbaharui insurans kereta secara online dalam hanya beberapa minit. Lebih mudah, cepat, dan mengelakkan anda dikenakan saman atau memandu tanpa perlindungan sah jika insurans tamat tempoh.
Terdapat banyak cara untuk renew insurans dalam talian. Salah satu cara yang paling popular adalah dengan melalui MyEG terus dari komputer atau smartphone anda. MyEG ialah platform digital rasmi yang membolehkan rakyat Malaysia menguruskan pelbagai urusan kerajaan seperti:
- Pembaharuan insurans dan cukai jalan
- Semakan saman JPJ dan PDRM
- Pembayaran cukai taksiran dan zakat
- Permohonan lesen memandu, permit, dan perkhidmatan imigresen
Sistem MyEG telah diintegrasikan dengan sistem JPJ, membolehkan anda memperbaharui insurans dan cukai jalan dalam satu sesi. Anda juga boleh:
- Membandingkan harga dan jenis perlindungan insurans
- Menerima polisi digital terus ke e-mel selepas pembayaran
- Mengakses MyEG melalui laman web atau aplikasi dengan mudah
Cara memperbaharui insurans kereta: Langkah demi langkah melalui aplikasi MyEG

Untuk memperbaharui insurans kereta anda melalui aplikasi MyEG, ikuti langkah-langkah ringkas ini:
1. Muat turun aplikasi MyEG dan log masuk
Jika belum ada akaun, anda boleh daftar akaun baru menggunakan e-mel dan nombor IC. Anda juga boleh log masuk sebagai tetamu jika mahu proses cepat.
2. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan
Tekan “Paparkan Sebut Harga Sekarang”. Sistem akan mengesan maklumat asas seperti model, kapasiti enjin, dan status NCD (No Claim Discount) secara automatik.

3. Semak semua maklumat kenderaan
Pastikan semua butiran yang dipaparkan betul, termasuk tahun pembuatan dan NCD. Kesilapan kecil boleh memberi kesan kepada jumlah premium atau melambatkan proses.
4. Pilih jenis polisi
Tentukan sama ada anda mahu polisi Komprehensif, Pihak Ketiga sahaja, atau Pihak Ketiga dengan Kebakaran dan Kecurian.
5. Bandingkan polisi insurans daripada beberapa syarikat insurans
MyEG akan memaparkan senarai polisi daripada beberapa syarikat insurans seperti Allianz, Etiqa dan Zurich. Nilai perbezaan harga, tahap perlindungan dan add-on seperti perlindungan banjir, cermin hadapan atau bantuan tunda.

6. Buat pembayaran secara online
Bayar menggunakan kad kredit atau debit, FPX atau e-wallet. Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima resit digital.

7. Terima polisi insurans digital anda
Polisi lengkap akan dihantar ke e-mel anda dan boleh dimuat turun terus melalui aplikasi.
Semasa berada di halaman “Compare”, anda boleh menilai setiap polisi dengan lebih teliti termasuk had perlindungan, jumlah premium, dan add-on yang ditawarkan.
Carro mengesyorkan pengguna untuk membandingkan sekurang-kurangnya tiga polisi sebelum membuat pembaharuan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja mendapat perlindungan yang sesuai dengan keperluan, malah boleh menjimatkan kos tahunan.
Akhir sekali, pastikan anda menyimpan bukti transaksi dan salinan digital polisi. Simpan dalam e-mel atau muat turun ke peranti anda. Ini penting sekiranya berlaku kemalangan atau jika anda perlu membuat tuntutan pada masa hadapan.
Pilihan lain selain MyEG untuk renew insurans
Walaupun MyEG antara pilihan paling popular dan mudah, anda juga mempunyai beberapa alternatif lain untuk memperbaharui insurans kereta secara online.
Pos Malaysia
Anda boleh memperbaharui insurans kereta melalui laman web rasmi Pos Malaysia. Pos Malaysia turut menawarkan perkhidmatan di kaunter dan melalui ejen insurans berdaftar. Pilihan ini sesuai jika anda mahu penjelasan terus daripada pegawai atau lebih selesa berurusan secara fizikal.
Coverro (oleh Carro)
CoverroWebBanner-01(1).png)
Coverro ialah platform insurans digital Carro yang membantu anda membandingkan dan memperbaharui insurans dengan lebih cepat dan bijak.
Jika sudah membeli kereta dengan Carro, Coverro akan memudahkan pengurusan kenderaan anda secara menyeluruh. Salah satu kelebihan menggunakan Coverro adalah anda boleh menikmati diskaun atau promosi eksklusif.
Selain itu, anda boleh sesuaikan polisi mengikut keperluan sebenar. Contohnya, jika anda tinggal di kawasan mudah banjir, anda boleh tambah perlindungan banjir terus semasa membuat perbandingan.
Sebelum memilih platform pembaharuan insurans
Tidak kira platform mana yang anda pilih, pastikan anda:
- Semak jenis perlindungan yang diperlukan sama ada Komprehensif, Pihak Ketiga, atau lain-lain.
- Periksa add-on penting seperti kos tunda percuma, perlindungan cermin hadapan, atau perlindungan banjir.
- Fahami terma polisi dan simpan salinan digital untuk rujukan tuntutan.
Tips tambahan dari Carro
- Perbaharui insurans lebih awal supaya perlindungan tidak terganggu.
- Semak status NCD anda. Tuntutan tahun sebelumnya boleh mengurangkan jumlah NCD.
- Gabungkan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk jimat masa.
- Sediakan maklumat penting seperti nombor pendaftaran dan polisi semasa sebelum bermula.
- Dan yang paling penting, jangan memandu tanpa insurans atau cukai jalan yang sah.
Pembaharuan insurans kereta kini jauh lebih mudah dan cepat. Dengan platform seperti MyEG, Pos Malaysia, dan Coverro anda boleh renew insurans secara online tanpa perlu beratur atau ke cawangan.
Ikuti langkah-langkah yang di atas, semak pilihan anda, dan gunakan fungsi perbandingan untuk mendapatkan polisi yang paling sesuai dengan keperluan anda.



