Panduan lengkap refinance kereta dan bila anda patut mempertimbangkannya
Ramai pemilik kereta di Malaysia tidak sedar bahawa refinance kereta sebenarnya boleh menjadi salah satu cara paling cepat dan praktikal untuk mengurangkan beban komitmen bulanan. Sebelum buat keputusan, penting untuk faham apa maksud refinance kereta, dan bila masa yang sesuai untuk memohon.

Apa itu Refinance kereta?
Secara ringkas, refinance kereta bermaksud anda mengambil pinjaman kereta yang baru untuk membayar baki pinjaman sedia ada. Biasanya, langkah ini diambil untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau melanjutkan tempoh bayaran, bergantung pada keperluan dan matlamat kewangan anda.
Tujuannya mudah:
- Mengurangkan bayaran bulanan
- Mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah
- Memberi lebih ruang dalam bajet bulanan
- Mempercepatkan pelunasan pinjaman jika kadar baharu lebih menguntungkan
Sebab-sebab untuk Refinance kereta
Perubahan kadar faedah bergantung pada keadaan ekonomi. Jika kadar faedah turun walaupun dua hingga tiga peratus, anda boleh jimat banyak melalui pembiayaan semula.
Contoh:
Anda mempunyai pinjaman RM100,000 pada kadar 7% selama 60 bulan. Jumlah bayaran keseluruhan sekitar RM118,650, dengan ansuran lebih kurang RM1,977 sebulan.
Selepas 12 bulan, baki pinjaman kira-kira RM84,000. Jika anda refinance pada kadar 4–5% (penurunan 2–3%) dengan tempoh baharu 48 bulan:
- Ansuran bulanan boleh turun ke sekitar RM1,900 atau lebih rendah
- Jumlah faedah keseluruhan boleh berkurang RM5,000 atau lebih
- Lebih banyak bayaran masuk ke principal, jadi hutang selesai lebih cepat
- Aliran tunai bulanan terasa lebih selesa
Walau bagaimanapun, kelulusan refinance bergantung pada syarat bank dan nilai pasaran semasa kenderaan. Sesetengah bank juga mengenakan penalti jika pinjaman ditamatkan terlalu awal, jadi anda perlu semak terma terlebih dahulu.
B. Kewangan anda sudah lebih kukuh
Jika kewangan anda bertambah stabil berbanding ketika memohon pinjaman asal, anda berpeluang mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Ketika anda mohon refinance, bank akan menilai sama ada anda peminjam berisiko rendah berdasarkan:
Skor kredit
Skor kredit yang baik menunjukkan anda peminjam yang bertanggungjawab. Lebih tinggi skor, lebih tinggi peluang untuk menerima tawaran kadar faedah yang lebih kompetitif.
Debt-to-income ratio (DTI)
DTI mengukur peratus pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar hutang. DTI rendah menandakan kewangan lebih sihat dan risiko lebih rendah untuk bank.
Gabungan skor kredit kukuh dan DTI rendah menjadikan profil kewangan anda lebih meyakinkan. Hasilnya, peluang untuk mendapat kelulusan refinance dengan kadar yang lebih baik adalah lebih tinggi.
C. Kewangan kurang stabil
Jika komitmen bulanan semakin menekan bajet, refinance boleh membantu mengurangkan beban. Biasanya, ada dua cara untuk menurunkan ansuran bulanan:
- Dapatkan kadar faedah lebih rendah
Ini mengurangkan ansuran tanpa memanjangkan tempoh pembiayaan. Tetapi ia bergantung kepada skor kredit, keadaan ekonomi, polisi bank dan baki pinjaman asal. Tidak semua peminjam layak menerima kadar yang lebih rendah.
- Lanjutkan tempoh pinjaman
Ini cara paling biasa untuk merendahkan ansuran bulanan. Namun, tempoh yang lebih panjang biasanya menyebabkan jumlah faedah keseluruhan lebih tinggi. Anda bayar lebih lama, dan jumlah keseluruhan meningkat, walaupun ansuran bulanan lebih ringan.
Cara refinance kereta

1. Sediakan dokumen lengkap
Pastikan semua dokumen penting sudah tersedia sebelum mohon, antaranya:
- Kad pengenalan & lesen memandu
- Bukti pendapatan seperti slip gaji, EA form dan borang cukai
- Geran kereta, insurans, nombor VIN, mileage
- Maklumat pinjaman sedia ada, baki semasa, tempoh, kadar faedah dan ansuran bulanan
Tip Carro: Dokumen yang lengkap mempercepatkan proses semakan dan meningkatkan peluang kelulusan.
2. Semak skor kredit
Semak skor kredit anda melalui Bank Negara Malaysia (BNM), AKPK atau agensi yang diiktiraf. Jika anda sudah membayar hutang secara konsisten selama setahun atau lebih, skor kredit biasanya stabil dan berisiko rendah, sekali gus memudahkan proses kelulusan refinance.
3. Buat perbandingan dari pelbagai bank
Jangan bergantung pada satu bank sahaja. Mohon daripada beberapa bank untuk membandingkan kadar faedah, tempoh bayaran dan sebarang faedah tambahan seperti rebat atau diskaun.
Tip penting: buat semua permohonan dalam tempoh 14 hari supaya semua semakan kredit dikira sebagai satu permohonan dan tidak menjejaskan skor kredit anda.
4. Anggarkan nilai semasa kereta
Nilai kereta akan menyusut mengikut usia dan keadaan. Bank biasanya tidak meluluskan refinance jika nilai pasaran semasa kereta lebih rendah daripada baki pinjaman.
Sebelum memohon, semak nilai pasaran kereta anda melalui kalkulator refinance atau platform penilaian kereta. Jika nilai semasa lebih tinggi daripada baki pinjaman, peluang kelulusan adalah lebih tinggi.
5. Tentukan tempoh pinjaman baru
Tempoh pinjaman lebih pendek
- Habiskan hutang lebih cepat
- Jimat faedah
- Sesuai jika cash flow anda stabil
Tempoh pinjaman lebih panjang
- Kurangkan ansuran bulanan
- Sesuai jika nak kurangkan komitmen
- Tapi jumlah faedah keseluruhan lebih tinggi
Pilih tempoh yang seimbang dengan kemampuan bulanan dan matlamat kewangan anda.
6. Hantar permohonan dan tunggu kelulusan
Serahkan borang dan dokumen lengkap kepada bank. Setelah permohonan diluluskan:
- Bank baharu akan membayar atau menyelesaikan baki pinjaman lama anda
- Anda akan mula membayar ansuran mengikut terma pinjaman baharu
Prosesnya mudah dan lebih cepat jika semua maklumat lengkap serta kondisi kewangan anda kukuh.
Tukar fikiran dan tak mahu refinance? Jual saja kereta anda.

Kalau anda rasa refinance bukan pilihan terbaik, menjual kereta mungkin lebih masuk akal. Dengan Carro, proses jual beli jauh lebih mudah dan telus.
Carro membantu anda mendapatkan harga pasaran yang kompetitif, menguruskan semua dokumen, dan memastikan pembayaran dibuat dengan cepat selepas jualan disahkan. Tiada proses rumit, tiada tunggu lama.
Nak jual kereta? Jual dengan Carro untuk pengalaman yang lebih lancar dan selamat.


