Car Insurance & Loans

Insurans kereta terpakai vs kereta baru: Apa perbezaannya?

Ramai pemilik kereta tak sedar bahawa perlindungan insurans kereta sebenarnya tak sama untuk semua kenderaan. Nilai, umur dan jenis kereta boleh mempengaruhi jenis perlindungan yang anda dapat serta jumlah premium yang anda perlu bayar setiap tahun.

Kereta baru biasanya perlukan perlindungan insurans yang lebih menyeluruh sebab nilainya masih tinggi dan kos pembaikan pun lebih mahal. Jadi bila berlaku kemalangan, risiko kewangan jauh lebih besar. Tapi untuk kereta yang sudah berusia, anda mungkin tak perlu lagi bayar premium tinggi. Kadang-kadang perlindungan asas pun sudah memadai, bergantung pada keadaan kereta dan keperluan anda.

Dalam artikel ini, kami terangkan dengan jelas perbezaan antara perlindungan insurans untuk kereta baru dan kereta terpakai, supaya anda boleh pilih polisi yang paling sesuai dengan bajet dan penggunaan harian anda.

accident- man trying to fix car engine issueMengapa Umur Kenderaan Penting?

Untuk kereta bawah lima tahun, nilai pasaran masih tinggi dan biasanya masih ada pinjaman bank yang belum habis dibayar. Dalam kes ini, perlindungan komprehensif (first-party) paling sesuai kerana ia melindungi kereta anda dan pihak ketiga sekali. Jika berlaku kemalangan, anda tak perlu menanggung kos pembaikan yang besar.

Bila kereta semakin berusia, nilai pasaran akan menurun dan kos pembaikan kadang-kadang lebih tinggi daripada harga pasaran kereta itu sendiri. Sebab itu, ramai pemilik memilih untuk tukar kepada polisi pihak ketiga atau pihak ketiga, kebakaran & kecurian (Third Party, Fire & Theft). 

Perlindungan asas ini masih penting untuk kereta lama. Ini kerana ia melindungi anda daripada perlu menanggung kos kerosakan kereta pihak lain dalam kemalangan, yang kadang-kadang nilainya jauh lebih tinggi daripada nilai kereta anda sendiri.

Pilih Jenis Polisi Mengikut Keperluan

Sekarang mari mengenali tiga jenis polisi utama yang ditawarkan di Malaysia dan bila ia sesuai digunakan:

Polisi Pihak Ketiga (Third Party Only)

car accident

Ini perlindungan paling asas dan paling murah. Ia hanya melindungi kerosakan atau kecederaan pihak lain jika anda menyebabkan kemalangan. Kereta anda sendiri tidak dilindungi langsung. Biasanya sesuai untuk kereta yang sangat berusia dan nilai pasaran yang rendah.

Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (Third Party, Fire & Theft)

Selain melindungi pihak ketiga, polisi ini juga melindungi kereta anda jika dicuri atau terbakar. Ia memberi sedikit perlindungan tambahan tanpa premium yang tinggi, dan sesuai untuk kereta lama yang masih ada risiko kecurian.

Polisi Komprehensif (Comprehensive / First-Party)

Ini perlindungan paling lengkap. Ia melindungi kereta anda, pihak ketiga, kemalangan, kecurian, kebakaran, banjir (jika tambah perlindungan Peril Khas), serta kerosakan aksesori. Pilihan terbaik untuk kereta baru atau kereta yang masih bernilai tinggi.

Kereta Baru Kereta Lama
Nilai Pasaran / Risiko Tinggi → Perlindungan luas disarankan Rendah → Perlindungan asas mungkin memadai
Jenis Polisi Sesuai Komprehensif (First-Party) Pihak Ketiga / Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian
Kos Premium Lebih tinggi (nilai pasaran tinggi) Lebih rendah (kereta susut nilai)
Faktor Tambahan Pinjaman bank, kekerapan penggunaan, lokasi bandar Umur kenderaan, kos baiki, risiko kecurian


Untuk kereta baru, sebaiknya pilih insurans komprehensif kerana nilai kereta masih tinggi dan kebanyakan bank turut mewajibkan perlindungan penuh bagi kenderaan yang masih dalam tempoh pinjaman. 

Bagi kereta yang sudah berusia dan bebas hutang, anda mempunyai lebih banyak fleksibiliti. Anda boleh pilih polisi yang lebih ringan, asalkan ia sepadan dengan nilai pasaran semasa dan tahap penggunaan harian anda.

Kalau anda masih ragu-ragu, cuba tanya diri sendiri “Kalau esok kereta saya rosak teruk, sanggup tak saya tanggung kos pembaikian sendiri?” Jika jawapannya tidak, polisi komprehensif adalah pilihan yang paling selamat.

Sebelum Memilih Polisi, Semak Dahulu

Beberapa perkara mudah yang ramai pemandu terlepas pandang tapi boleh memberi impak yang besar bila tiba masa nak membuat tuntutan:

Nilai pasaran kereta anda

Pastikan kereta anda diinsuranskan pada nilai pasaran sebenar. Kalau nilai terlalu rendah (under-insured), pampasan yang diterima juga akan berkurang.

Jenis perlindungan tambahan

Pertimbangkan insurans add-on seperti perlindungan banjir, cermin hadapan, atau pemandu tambahan jika sesuai dengan penggunaan harian anda.

Flooded car.

Syarat untuk kereta lama

Sesetengah syarikat insurans meletakkan syarat lebih ketat untuk kereta berusia 10 – 15 tahun, contohnya ia memerlukan pemeriksaan tambahan sebelum polisi diluluskan.

Banding sebelum beli

Walaupun kadar premium dikawal, setiap syarikat ada formula tersendiri. Bandingkan sekurang-kurangnya tiga polisi untuk dapatkan nilai terbaik.

Anda boleh gunakan Coverro untuk membuat perbandingan antara beberapa pihak insurans.

Periksa NCD dan rekod tuntutan

Pastikan rekod NCD (No Claim Discount) anda dikemaskini. Walaupun biasanya automatik, kadangkala berlaku ralat sistem bila tukar syarikat insurans atau selepas membuat tuntutan.

Cari perlindungan insurans yang tepat dengan Coverro

Tiada satu polisi insurans yang sesuai untuk semua. Insurans kereta baru dan kereta terpakai perlu dinilai berdasarkan nilai pasaran, risiko, dan bajet peribadi. Yang penting, pastikan polisi insurans anda sentiasa aktif. Tanpa polisi sah, anda bukan sahaja tak boleh perbaharui cukai jalan, malah menanggung risiko tinggi jika berlaku kemalangan.

Masih ragu nak pilih polisi mana yang sesuai? 

Coverro oleh Carro boleh bantu. Melalui platform ini, anda boleh:

  • Membandingkan pelbagai polisi insurans dengan cepat
  • Lihat pilihan perlindungan mengikut nilai semasa kereta
  • Dan buat pembaharuan terus dalam talian

Sama ada kereta anda baru keluar showroom atau dah berusia, Coverro bantu anda cari perlindungan yang paling masuk akal, supaya anda mendapat perlindungan yang benar-benar sesuai dengan kereta anda.

 

Related Articles

Back to top button