Perodua Bezza: Sedan bajet paling laris di Malaysia
Sejak dilancarkan pada tahun 2016, Perodua Bezza cepat menjadi pilihan utama dalam kalangan pembeli kereta pertama, keluarga kecil dan pemandu e-hailing. Gabungan harga mampu milik, penggunaan petrol yang sangat jimat, ruang praktikal dan ciri keselamatan yang melebihi jangkaan untuk segmennya menjadikan Bezza sebuah sedan kompak yang sangat kompetitif.
Kenapa Bezza jadi sedan paling laris di Malaysia

2025 PERODUA BEZZA X 1.3 AT hanya dari RM43,800 dengan Carro.
Harga mampu milik
Bezza menawarkan harga permulaan yang rendah untuk sebuah sedan baharu, bermula sekitar RM36,000 untuk varian 1.0 G manual dan RM50,000 untuk 1.3 AV automatik. Harga ini antara yang paling kompetitif dalam segmennya, menjadikannya pilihan sesuai untuk pelajar, pekerja baharu atau sesiapa yang inginkan sedan praktikal dengan ciri asas dan keselamatan lengkap.
Kos penyelenggaraan rendah
Enjin Bezza terkenal tahan lasak dan mudah diselenggara. Alat ganti mudah didapati dan kos servis Perodua juga berpatutan. Ini menjadikannya pilihan rendah risiko untuk pembeli yang mahu kereta jangka panjang tanpa beban kos penyelenggaraan tinggi.
Rekaan sesuai untuk semua golongan
Reka bentuk Bezza yang ringkas tetapi moden menjadikannya sesuai untuk pelbagai gaya hidup. Sebagai sedan kompak, ruang kabin dan butnya mencukupi untuk penggunaan harian atau perjalanan jarak sederhana. Fleksibiliti ini memberi keyakinan kepada pembeli yang mencari kereta praktikal dan bergaya tanpa perlu berbelanja besar.
Penjimatan bahan api
Bezza menawarkan penjimatan sekitar 22 km/l. Jika anda memandu lebih kurang 600 km sebulan, anda hanya memerlukan kira-kira 27 liter petrol.
Dengan harga RON95 tidak bersubsidi sekitar RM2.65 seliter, kos bulanan lebih kurang RM71.55. Jika layak untuk Budi Madani (RM1.99/liter), kos bulanan jatuh kepada sekitar RM53.73.
Kecekapan ini menjadikan Bezza sangat berbaloi untuk pengguna harian, terutamanya bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk perjalanan harian yang panjang. Ia juga menjadi pilihan utama bagi pemandu e-haiing seperti Grab dan Bolt.
Nilai jualan semula yang kukuh
Permintaan tinggi untuk Bezza terpakai memastikan nilainya kekal stabil. Pembeli kereta terpakai biasanya mencari model yang jimat, mudah dijaga dan tahan lama – semuanya ciri yang sinonim dengan Bezza.
Ciri keselamatan Perodua Bezza
Model Perodua Bezza sebelum ini sudah menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), dan Dual SRS Airbags untuk pemandu dan penumpang hadapan. Varian-varian tertentu juga dilengkapi dengan Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), dan Hill-Start Assist (HSA) serta Seat Belt Reminder.
Untuk Bezza AV terkini, ciri keselamatan dipertingkatkan dengan Advanced Safety Assist (A.S.A) 2.0, termasuk:
- Pre-Collision Warning
- Pre-Collision Braking
- Front Departure Alert
- Pedal Misoperation Control
Ini menjadikan Bezza 2025 lebih selamat dan responsif dalam situasi kecemasan.
Berminat untuk mencari kereta Perodua Bezza terpakai? Jom semak pilihan terbaik di Carro.
Harga Perodua Bezza baru

Sumber: Perodua
Tidak kira anda mencari Bezza baharu atau terpakai, model ini menawarkan nilai untuk wang yang sukar ditandingi dalam segmennya.
Bezza terpakai: Pilihan bijak untuk nilai terbaik

2025 PERODUA BEZZA X 1.3 AT hanya dari RM37,800 dengan Carro.
Jika anda sedang mempertimbangkan Bezza terpakai, ia memang satu pilihan yang sangat praktikal kerana model ini terkenal dengan ketahanan, penjimatan petrol dan kos servis rendah. Namun, untuk memastikan anda mendapat unit terbaik, semak perkara berikut sebelum membeli:
1. Tahun pendaftaran dan jarak perbatuan
Pastikan odometer selari dengan usia kereta. Untuk rujukan, Bezza biasanya mencatat sekitar 15,000 hingga 20,000 km setahun. Jika terlalu rendah atau terlalu tinggi berbanding norma, semak lebih teliti. Lihat buku servis bagi memastikan penyelenggaraan dibuat secara berkala di pusat servis bertauliah. Ini membantu mengelakkan risiko kereta yang pernah mengalami manipulasi perbatuan atau servis yang tidak teratur.
2. Varian dan ciri keselamatan
Setiap varian Bezza datang dengan ciri keselamatan berbeza. Jika anda utamakan keselamatan, pilih unit yang dilengkapi Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control atau Hill-Start Assist. Untuk model lebih baharu, varian dengan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 menawarkan ciri tambahan seperti Pre-Collision Braking dan Pedal Misoperation Control. Ini memberi kelebihan besar terutama bagi pemanduan bandar dan cuaca hujan.
3. Keadaan fizikal dan mekanikal kereta
Periksa komponen asas seperti tayar, brek, absorbers, sistem penghawa dingin, tali sawat dan keadaan bahagian bawah kereta. Bezza terkenal dengan ketahanan, tetapi komponen asas tetap perlu diperiksa untuk mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka.
4. Bandingkan harga pasaran
Harga Bezza terpakai biasanya stabil kerana permintaan tinggi. Bandingkan harga mengikut tahun, varian dan kondisi supaya anda tidak membayar lebih daripada nilai semasa. Unit yang mempunyai rekod servis lengkap dan bebas kemalangan biasanya bernilai lebih tinggi dan lebih berbaloi.
5. Semak laporan pemeriksaan
Jika ada laporan PUSPAKOM, itu satu kelebihan kerana anda dapat melihat keadaan struktur, nombor enjin, casis, serta keseluruhan keadaan kereta. Ini mengurangkan risiko membeli kereta yang pernah kemalangan teruk atau diubahsuai secara tidak sah.
Dengan semakan yang betul, Bezza terpakai boleh menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang mahu sedan jimat minyak, selesa dan mudah dijaga. Jika anda mahu lebih yakin, pilih unit Carro Certified. Setiap kereta Carro certified telah melalui:
- Pemeriksaan 160 poin oleh pakar industri
- Waranti 12 bulan untuk enjin dan gearbox
- Jaminan tiada manipulasi perbatuan
- Jaminan bebas kerosakan serius (kemalangan, banjir atau kebakaran)

Pilihan kini di tangan anda!
Tidak kira baharu atau terpakai, Bezza menawarkan gabungan terbaik antara penjimatan bahan api, keselamatan, keselesaan dan ketahanan. Jika anda berminat mencari Perodua Bezza terpakai, semak pilihan terbaik di Carro dan temui model yang sesuai dengan bajet serta keperluan anda.



