Car Buying TipsCar Selling Tips

Fungsi PUSPAKOM dan jenis pemeriksaan yang wajib sebelum membeli atau menjual kereta

Kalau anda sedang merancang untuk beli atau jual kereta, satu perkara yang memang tak boleh dielakkan adalah pemeriksaan di PUSPAKOM. Ramai orang anggap proses ini leceh, tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk memastikan kereta di atas jalan raya adalah selamat, sah dan bebas daripada unsur penipuan.

PUSPAKOM, atau Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, merupakan badan yang dilantik kerajaan Malaysia untuk menjalankan pemeriksaan wajib bagi pelbagai jenis kenderaan. Mereka bukan sekadar tentukan kereta lulus atau gagal. Tugas mereka termasuk mengesahkan identiti kenderaan, memeriksa keselamatan struktur dan memastikan kereta itu benar-benar seperti yang diiklankan.

Jadi kalau anda mahu elak kerugian, tersangkut dengan kereta yang pernah alami kerosakan teruk, atau berdepan dengan isu undang-undang, pemeriksaan PUSPAKOM adalah langkah paling asas yang tidak patut anda abaikan.

PUSPAKOM vehicles
Source

Fungsi Utama PUSPAKOM

Secara ringkas, inilah peranan PUSPAKOM dalam urusan pemilikan kenderaan:

Mengesahkan identiti kenderaan 

PUSPAKOM memastikan nombor casis dan nombor enjin adalah asli, tidak diubah suai atau diganti tanpa rekod.

Memastikan keselamatan jalan raya

Pemeriksaan struktur, brek, tayar, suspensi dan komponen utama membantu memastikan kenderaan selamat digunakan.

Mengelakkan penipuan jual beli kereta

Ada kereta yang kelihatan dalam keadaan cantik tetapi pernah terlibat dalam kemalangan besar atau rosak akibat banjir. Laporan PUSPAKOM boleh membantu mengesan perkara ini.

Menjaga nilai pasaran kereta terpakai

Pembeli lebih yakin jika kereta disertakan laporan pemeriksaan yang sah dari pihak PUSPAKOM.

Memudahkan pembaharuan insurans dan roadtax

Sesetengah kes memerlukan pemeriksaan sebagai dokumen sokongan, terutamanya untuk kenderaan import atau kenderaan lama.

Kesimpulannya, tanpa PUSPAKOM, proses jual beli kereta terpakai akan menjadi jauh lebih berisiko dan kurang telus.

Jenis pemeriksaan PUSPAKOM yang anda wajib tahu

Puspakom-Mobile-Inspection-Unit

Tidak semua pemeriksaan adalah sama. Berikut ialah jenis pemeriksaan paling penting yang biasanya terlibat dalam urusan jual beli kereta.

Laporan pemeriksaan kenderaan bermotor bagi pertukaran milikan (M.V. 15)

M.V. 15 ialah pemeriksaan paling asas dan wajib untuk semua kenderaan yang hendak dipindah milik. Tujuannya adalah untuk memastikan kenderaan itu asli, selamat dan bebas daripada pengubahsuaian haram yang boleh menjejaskan proses tukar nama.

Pemeriksaan ini merangkumi:

  • Semakan nombor enjin dan nombor casis
  • Pemeriksaan struktur dan kondisi bawah kenderaan
  • Pemeriksaan keselamatan asas
  • Semakan tahap ketelusan cermin (tint) mengikut syarat JPJ

Kos pemeriksaan M.V. 15 ialah sekitar RM30. Tanpa laporan ini, proses tukar nama tidak boleh dilakukan. Untuk makluman, sebelum November 2024, pemeriksaan ini dikenali sebagai Sijil Pemeriksaan Tukar Milik (B5).

Baca lebih lanjut: Dapatkan Borang M.V. 15 Puspakom sebelum menjual kereta anda

Pemeriksaan Sewa Beli (B7)

Jika anda membeli kereta terpakai menggunakan pinjaman bank, pemeriksaan B7 biasanya menjadi syarat. Pemeriksaan ini lebih menyeluruh kerana bank perlu memastikan kenderaan tersebut tidak mempunyai isu tersembunyi.

Pemeriksaan ini merangkumi:

  • Pemeriksaan badan kenderaan, suspensi, dan bahagian bawah
  • Pengesahan nombor pendaftaran, casis, dan nombor enjin
  • Pemeriksaan brek termasuk keseimbangan brek
  • Ujian penjajaran tayar dan pengendalian kenderaan
  • Semakan kadar tint cermin
  • Ujian pelepasan asap enjin
  • Semakan ketepatan meter kelajuan

Kos pemeriksaan ini ialah RM60. Ia dijalankan di PUSPAKOM dan diperlukan oleh bank untuk melindungi pembeli daripada kereta yang tidak sah atau berisiko.

Pemeriksaan berkala

Pemeriksaan ini lebih relevan untuk kenderaan komersial seperti van, lori dan bas. Ia dilakukan setiap 6 bulan untuk memastikan kenderaan berat ini berada dalam keadaan selamat.

Walaupun anda bukan pemilik kenderaan komersial, penting untuk tahu bahawa pemeriksaan berkala membantu menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya – termasuk anda.

Pemeriksaan Khas

Pemeriksaan khas dibuat jika:

  • Kereta pernah terlibat dalam kemalangan besar
  • Kereta diimport dari luar negara (CBU)
  • Kenderaan perlukan pengesahan tertentu sebelum urusan insurans atau pendaftaran

Pemeriksaan ini lebih mendalam, terutama pada struktur casis, rangka, alignment dan integriti keseluruhan kenderaan.

Pemeriksaan Sukarela

Jika anda sebagai pembeli mahukan ketenangan tambahan, anda boleh minta pemilik membuat pemeriksaan sukarela.

Ia tidak wajib tetapi sangat berguna jika:

  • Anda beli kereta terpakai daripada individu
  • Tiada laporan pemeriksaan terkini
  • Anda syak kereta mungkin ada kerosakan yang tidak dinyatakan

Kosnya lebih rendah dan hasilnya sangat berbaloi untuk mengelakkan risiko besar.

Kenapa pemeriksaan PUSPAKOM sangat penting untuk pembeli dan penjual?

Ramai orang buat pemeriksaan PUSPAKOM hanya kerana ia satu keperluan. Tapi hakikatnya, laporan ini adalah dokumen paling penting dalam proses jual beli kereta kerana ia:

Melindungi pembeli

Anda boleh pastikan kereta tidak pernah dipotong dan disambung, bukan kenderaan curi, dan tidak mengalami kerosakan struktur yang teruk.

Melindungi penjual

Tiada risiko pembeli mendakwa anda menyembunyikan kerosakan atau maklumat penting.

Menentukan harga pasaran dengan lebih adil

Kereta dengan laporan yang lengkap lebih mudah dijual dan dapat mengekalkan nilai pasaran.

Elak kos tersembunyi

Jika banyak komponen gagal pemeriksaan, ia biasanya tanda bahawa kenderaan memerlukan pembaikan mahal dalam masa terdekat.

Jadi walaupun pemeriksaaan PUSPAKOM nampak leceh, ia sebenarnya membantu anda mengelakkan kerugian jangka panjang dan memastikan urusan jual beli lebih telus.

Carro 4S Centre in Seremban

Jika anda ingin jual atau beli kereta, Carro memudahkan semuanya. Jika anda mahu menjual, semua urusan termasuk laporan M.V. 15 (dahulu B5) PUSPAKOM akan kami uruskan sepenuhnya untuk anda. 

Jika anda membeli pula, setiap kereta Carro Certified sudah melalui pemeriksaan 160 poin, bebas manipulasi perbatuan, dan bebas kerosakan serius. Pendek kata, anda boleh beli atau jual kereta dengan yakin, cepat dan tanpa stres. Layari Carro hari ini untuk mula proses dengan lebih mudah.

 

Related Articles

Back to top button