Buying and Selling Tips/GuidesCar Selling Tips

Trade-in atau jual sendiri: mana lebih untung untuk kereta lama anda?

Selepas dah memandu kereta sama selama beberapa tahun, anda mungkin sudah bersedia untuk menjual kereta lama. Ada yang kata jual sendiri lebih untung sebab boleh letak harga tinggi. Ada pula yang kata trade-in lebih senang sebab tak payah pening kepala. Hakikatnya, kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan yang berbeza dan pilihan yang terbaik bergantung pada situasi anda sendiri.Dalam artikel ini, kita akan merungkai secara mendalam perbezaan antara nilai kereta trade-in berbanding jual sendiri, termasuk faktor psikologi pembeli, kos tersembunyi, dan strategi praktikal supaya anda boleh buat keputusan yang paling bijak untuk poket dan masa anda.

Platform digital sebenarnya membantu pemilik kereta mendapatkan nilai yang lebih kompetitif kerana mereka menghubungkan penjual kepada rangkaian pembeli yang lebih luas. Nak trade-in kereta? Pilihlah Carro.

Photo by Li Yang on Unsplash

Apa itu trade-in kereta?

Secara ringkasnya, trade-in kereta adalah proses di mana anda menyerahkan kereta lama kepada pengedar (dealer) sebagai sebahagian daripada bayaran untuk membeli kereta lain (sama ada baru atau terpakai). Nilai kereta lama anda akan ditolak terus daripada harga kereta yang ingin dibeli.

Contoh mudah:

  • Harga kereta baru: RM100,000
  • Nilai trade-in: RM30,000
  • Baki perlu dibayar: RM70,000

Trade-in adalah sebahagian daripada satu pakej transaksi yang lebih besar. Dealer bukan sahaja membeli kereta anda, tetapi juga menjual kereta kepada anda. Di sinilah mereka bermain dengan margin.

Bagaimana dealer menentukan nilai trade-in?

Sebelum kita melihat perbezaan antara menjual kereta anda sendiri dengan trade-in, mari kita fahami dahulu bagaimana nilai trade-in ditentunkan.

Dealer biasanya akan menilai berdasarkan:

  • Umur kereta
  • Perbatuan
  • Keadaan fizikal dan mekanikal
  • Rekod servis
  • Permintaan pasaran semasa
  • Kos baik pulih yang diperlukan

Selain itu, mereka juga mengambil kira risiko stok. Kereta anda mungkin mengambil masa untuk dijual semula. Semua ini mungkin menyebabkan nilai trade-in kereta anda lebih rendah.

Kelebihan trade-in kereta

  1. Proses sangat pantas

Anda boleh selesaikan seluruh proses jual beli sekaligus. Dalam kebanyakkan situasi, semuanya boleh siap dalam beberapa hari sahaja.

  1. Kurang tekanan mental

Tiada perundingan panjang, pembeli yang cerewet dan risiko “last minute cancel”. Ini sangat penting bagi mereka yang tidak suka berurusan dengan ramai orang.

  1. Semuanya diuruskan

Dealer biasanya akan membantu anda dengan loan settlement, pertukaran nama, dan dokumentasi. Anda hanya perlu sign dan bayar baki.

  1. Lebih sesuai untuk situasi mendesak

Kalau anda perlu tukar kereta dengan cepat atau kereta lama sudah mula bermasalah atau anda tidak mahu downtime tanpa kenderaan, trade-in adalah pilihan paling praktikal.

Kekurangan trade-in kereta: Nilai jualan lebih rendah (faktor utama)

Biasanya harga kereta trade-in akan dinilai 10% – 20% di bawah harga pasaran.

Sebagai contoh:

  • Harga pasaran: RM40,000
  • Trade-in: RM32,000 – RM36,000

Perbezaan ini boleh dianggap harga yang dibayar untuk kesenangan. “Apa itu jual sendiri?

Jual sendiri bermaksud anda menjual kereta terus kepada pembeli akhir tanpa melalui dealer.

Anda mengawal keseluruhan proses menjual kereta daripada:

  • Penentuan harga
  • Iklan
  • Rundingan
  • Urusan dokumen

Secara ringkas, anda mengambil peranan yang biasanya dilakukan oleh dealer.

Kenapa jual sendiri boleh dapat harga lebih tinggi?

Sebab paling penting: Tiada orang tengah.

Pembeli kereta second-hand anda sanggup bayar lebih tinggi kerana:

  • Mereka tidak perlu bayar markup kepada dealer
  • Mereka berurusan terus dengan pemilik
  • Mereka boleh tanya sejarah kereta secara terus

Ini mewujudkan situasi “win-win” dimana anda sebagai penjual boleh mendapat lebih, dan pembeli pula boleh jimat.

Kelebihan jual sendiri

  1. Maksimumkan nilai kereta

Ini sebab utama kenapa ramai orang pilih untuk jual sendiri. Terutamanya untuk kereta yang masih dalam keadaan yang baik, dengan perbatuan rendah dan mempunyai rekod penyelenggaraan yang lengkap.

Perbezaan harga trade-in dan jual sendiri boleh jadi signifikan.

  1. Lebih fleksibiliti dalam rundingan

Anda boleh turunkan harga sedikit untuk close deal, pilih pembeli, atau tunggu untuk mendapat tawaran harga yang sesuai.

  1. Sejarah kereta anda boleh menambah nilai 

Sebagai pemilik, anda boleh terangkan penjagaan kereta, tunjukkan rekod servis, dan bina kepercayaan pembeli kereta anda. Dealer tidak semestinya boleh menerangkan semua selok-belok kereta sebaik pemilik.

Kekurangan jual sendiri

  1. Prosesnya memakan masa

Ini bukan sekadar “post dan tunggu”. Anda perlu:

  • Balas mesej
  • Layan soalan berulang
  • Aturkan viewing

Kadang-kadang proses ini boleh mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

  1. Ramai pembeli tidak serius

Realitinya ramai hanya survey, ada yang cuba lowball, dan ada yang terus senyap selepas test drive.

  1. Urusan teknikal dan dokumen

Anda perlu faham proses-proses dan dokumen penting seperti PUSPAKOM B5, proses, tukar hak milik JPJ, dan proses loan pembeli. Kalau tersilap langkah, anda boleh melambatkan transaksi.

  1. Risiko keselamatan

Anda akan kena berjumpa orang yang tak dikenali. Ini bermakna akan akan berhadapan dengan risiko seperti: 

  • Penipuan bayaran
  • Test drive yang tidak selamat
  • Situasi tidak dijangka
Photo by Shafiq Zxidi on Unsplash

Perbandingan realistik: untung berbanding kos sebenar

Mari kita lihat contoh situasi di bawah:

  • Harga pasaran: RM40,000:
    • Kalau trade-in: RM34,000
    • Kalau jual sendiri: RM39,000

Nampak macam beza trade-in dengan jual sendiri RM5,000. Tetapi tolak:

  • Baiki minor: RM800
  • Iklan: RM150
  • Masa & tenaga: (RM500 – RM1,000 nilai masa anda)

Untung sebenar mungkin tinggal lebih kurang RM3,000 atau kurang.

Soalan penting:
Adakah RM3,000 itu berbaloi dengan masa dan stress?

Jawapan ini tentulah berbeza untuk setiap orang.

Faktor psikologi yang ramai tak sedar

Ini penting tapi jarang dibincangkan.

  1. Pembeli individu lebih cerewet:
  • Mereka bandingkan banyak listing
  • Mahukan harga terbaik
  • Lebih sensitif dengan kerosakan kecil
  1. Dealer lebih rasional. Kurang emosi, lebih cepat buat keputusan:
    • Mereka lihat margin
    • Kos
  • Market demand
  1. Anda sendiri boleh jadi terlalu terikat dengan kereta lama.
  • Sebagai pemilik anda rasa kereta bernilai tinggi
  • Susah terima tawaran rendah dan  boleh melambatkan jualan.

Bila trade-in pilihan lebih bijak?

Pilih trade-in kalau:

  • Anda sibuk dan tiada masa
  • Anda tidak mahu pening urusan
  • Anda perlukan kereta baru segera
  • Kereta lama tidak dalam keadaan terbaik 

Trade-in boleh memberikan penjual seperti anda kemudahan dan kepastian.

Bila jual sendiri lebih berbaloi?

Pilih jual sendiri kalau:

  • Anda mahu maksimumkan nilai
  • Kereta dalam keadaan yang sangat baik
  • Anda ada masa dan kesabaran
  • Anda selesa handle orang

Dengan menjual kereta terpakai anda sendiri, anda boleh mengoptimumkan keuntungan.

Tips dapatkan nilai trade-in lebih tinggi

Walaupun nilai trade-in mungkin biasanya lebih rendah, anda masih boleh meninggikan nilai dengan:

  1. Menyediakan rekod servis yang lengkap. Ini menunjukkan pembeli bahawa kereta anda dijaga dengan baik.
  2. Hantar kereta untuk dicuci sebelum viewing oleh pembeli supaya mereka mendapat first impression yang baik.
  3. Elakkan modifikasi pelik-pelik pada kereta. Dealer lebih suka kereta standard.
  4. Dapatkan beberapa quote harga. Jangan mudah puas hati dengan satu tawaran sahaja.

 

Tips jual sendiri supaya lebih laku

Kalau anda memilih untuk menjual sendiri, pastikan anda menetapkan harga yang realistik berdasarkan pasaran semasa. Gunakan gambar yang berkualiti tinggi untuk menarik perhatian pembeli.

Tulis deskripsi yang jujur dan lengkap supaya pembeli mempunyai gambaran yang jelas tentang keadaan kereta. Selain itu, respon dengan cepat kepada pertanyaan pembeli untuk meningkatkan peluang jualan.

Nak trade-in? Pilihlah Carro.

Salah satu kelebihan utama Carro ialah jaminan harga terbaik kami. Carro menggunakan data dan teknologi untuk memastikan anda mendapat tawaran yang kompetitif. Tiada rundingan panjang. Tiada urusan dokumen rumit.

Dari segi kelajuan, Carro juga menawarkan pembayaran yang cepat selepas transaksi disahkan. Jadi, kalau nak trade-in kereta anda, pilihlah Carro.

Jadi, trade-in atau jual sendiri, mana lebih untung?

 

Kalau Jika anda mengutamakan kemudahan, kepantasan, dan ketenangan fikiran, trade-in adalah pilihan yang sesuai. Namun, kalau jika anda ingin memaksimumkan keuntungan dan sanggup meluangkan masa serta tenaga, jual sendiri adalah pilihan yang lebih baik.

 

Tiada pilihan yang betul atau salah. Yang penting, keputusan tersebut sesuai selaras dengan gaya hidup dan keperluan anda.

Photo by Mark Chan on Unsplash

Trade-in soalan lazim (FAQ)

  1. Bolehkah saya trade-in kereta yang masih mempunyai pinjaman?

Ya, boleh. Pihak dealer biasanya akan membantu menyelesaikan baki pinjaman tersebut.

 

  1. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menjual kereta sendiri?

Tempoh masa bergantung kepada permintaan pasaran dan harga yang ditetapkan. Ia boleh mengambil masa beberapa hari atau beberapa bulan.

 

  1. Adakah pemeriksaan PUSPAKOM wajib untuk jual sendiri?

Ya, pemeriksaan ini adalah wajib sebelum penukaran hak milik dapat dilakukan.

 

  1. Adakah warna kereta mempengaruhi penjualan semula kereta?

Ya, warna neutral seperti putih, hitam, dan silver biasanya lebih mudah dijual.

 

  1. Mana lebih selamat antara trade-in dan jual sendiri?

Trade-in biasanya lebih selamat kerana melibatkan pengedar atau syarikat  yang berpengalaman.

 

  1. Ramai beranggapan bahawa menggunakan platform digital untuk menjual atau trade-in kereta akan menyebabkan mereka mendapat harga yang lebih rendah atau dikenakan caj tambahan. Adakah ini betul?

Tidak semestinya. Harga yang ditawarkan melalui platform digital bergantung kepada beberapa faktor utama seperti keadaan kereta, rekod servis, serta permintaan pasaran semasa.

 

Berbeza dengan kaedah tradisional, platform digital menggunakan data pasaran sebenar untuk menentukan nilai kereta anda. Ini bermaksud harga yang ditawarkan biasanya lebih tepat dan selari dengan trend semasa, bukannya bergantung sepenuhnya kepada rundingan individu atau margin syarikat.

 

 

Dalam banyak situasi, platform digital sebenarnya membantu pemilik kereta mendapatkan nilai yang lebih kompetitif kerana mereka menghubungkan penjual kepada rangkaian pembeli yang lebih luas. Nak trade-in kereta? Pilihlah Carro.

 

Related Articles

Back to top button