Buying and Selling Tips/Guides

Dapatkan Borang B5 Puspakom

sebelum menjual kereta anda

Apabila ingin menjual kereta, anda perlukan Borang B5 Puspakom untuk proses menjual kereta. Apakah Puspakom dan bagaimanakah anda boleh dapatkan Borang B5 Puspakom?

Puspakom adalah pihak berkuasa memeriksa dan menentukan kualiti kereta perdagangan dan persendirian layak dipandu di jalan raya. Borang B5 Puspakom adalah bukti yang diperolehi dari Puspakom yang menyatakan kereta anda selamat dipandu. Ada beberapa cara untuk mendapatkan Borang B5.

Read in English

Dokumen

Sebelum pergi ke pemeriksaan di Puspakom, anda perlu memastikan beberapa perkara tersenarai dibawah disediakan.

  • Kad Pendaftaran Kenderaan/Sijil Pemilikan Kenderaan
  • Pemilik kenderaan boleh melantik seorang wakil untuk membawa kenderaan yang berkaitan untuk pemeriksaan. Wakil tersebut perlu menyerahkan Surat Pelepasan Tanggungan yang siap diisi dan ditandatangani.
borang b5 puspakom surat pelepasan tanggungan
Surat Pelepasan Tangunggan. Sumber.

Jenis Pemeriksaan Puspakom

Puspakom memberi pilihan perkhidmatan menarik kepada pelanggan, samaada boleh pergi ke pusat pemeriksaan Puspakom atau dapatkan inspektor Puspakom pergi ke tempat pilihan anda. 

Puspakom Mobile Inspection

Walk-in

Dengan kelonggaran peraturan COVID-19, Puspakom telah membenarkan “walk-in” tanpa temujanji. Tetapi jika anda memilih untuk “walk-in”, kemungkinan anda perlu menunggu untuk masa yang lebih lama. Puspakom mengenakan bayaran berjumlah RM30 untuk setiap pemeriksaan.

Temujanji Melalui Laman Web atau App

Anda boleh memilih untuk membuat temujanji melalui laman web atau muat turun aplikasi Puspakom. Anda perlu mendaftar dan masukkan semua informasi kereta dan pemilik kereta. Selepas itu, anda boleh memilih masa dan cawangan Puspakom yang sesuai untuk anda. Anda perlu membayar RM30 secara atas talian untuk pemeriksaan dan RM3.50 untuk temujanji anda.

Puspakom Login Website

Perkhidmatan Bergerak

Terdapat tiga jenis servis yang menawarkan pemeriksaan secara terus kepada anda: Unit Trak Bergerak (untuk kenderaan perdagangan berat), Unit Trak Bergerak Ringan (untuk kenderaan perdagangan ringan), dan Unit Van Bergerak (untuk kenderaan persendirian). Selepas pemeriksaan daripada salah satu unit ini, anda akan mendapat laporan kereta anda. Pemeriksaan perkhidmatan bergerak ini hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia dengan kos sebanyak RM100 tanpa mengira yuran biasa RM30.

Pemeriksaan 

Selepas segala persiapan telah dibuat, anda boleh terus ke Puspakom! 

  • Jika anda telah membuat temujanji dengan MyPuspakom, pergi ke laluan khas dan imbas kod QR di terminal.
  • Dapatkan pengesahan dokumen di kaunter pendaftaran.
  • Inspektor kenderaan Puspakom akan membawa kereta anda ke lorong pemeriksaan dan:
  1. Semak Identifikasi – Pengesahan kereta dengan menyemak pendaftaran, casis, dan nombor enjin. 
  2. Ujian Cermin Gelap – Pemeriksaan Cermin Gelap pada semua cermin kereta anda mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
  3. Pemeriksaan atas dan bawah casis – Casis akan diperiksa untuk memastikan kereta selamat untuk dipandu dan bukan sebuah kereta potong. 
puspakom process flow bm
Peringkat Pemeriksaan Puspakom’s. Sumber.

Pemeriksaan biasanya dijalankan dalam masa satu jam, dan Puspakom akan mengeluarkan laporan pemeriksaan kereta anda (Borang b5 Puspakom). Laporan ini sah untuk selama 60 hari. Selepas 60 hari, anda perlu membuat pemeriksaan sekali lagi untuk mendapatkan laporan sah yang baharu.

Anda boleh menghubungi Puspakom di 1800-88-6927 untuk maklumat lanjut.

Atau anda boleh datang ke Carro dan jual kereta anda kepada kami! Segala bentuk urusan, termasuk Laporan B5 Puspakom akan kami uruskan untuk anda. Kunjungi Pusat Pemeriksaan Carro dan dapatkan tawaran yang terbaik!

*Gambar-gambar adalah hak cipta pemilik.

Carro, Sell Car

Related Articles

Back to top button