Simbol-simbol tayar yang anda perlu kenali
Setiap tayar kereta ada pelbagai komponen dan tanda penting – termasuk corak bunga tayar, nombor, dan simbol-simbol penting yang membawa makna tersendiri. Memahami simbol-simbol ini boleh membantu anda menjaga tayar dengan lebih baik dan memastikan pemanduan yang lancar.
Kod Tayar

Simbol alfanumerik pertama yang anda lihat pada tayar kereta ialah kod tayar. Gabungan huruf dan nombor ini memberikan maklumat penting tentang saiz dan spesifikasi tayar.
Contohnya, pada tayar di atas, kodnya adalah 195/55R15 85V.
Lebar tayar
195 – Lebar tayar diukur dalam milimeter, dari sisi ke sisi.
Nisbah Aspek
55 – Menunjukkan tinggi dinding sisi tayar adalah 55% daripada kelebarannya. Jadi bagi tayar lebar 195 mm, tinggi dinding sisinya ialah 107 mm.
Jenis Binaan Tayar
Huruf R menunjukkan tayar jenis radial. Ada juga huruf lain seperti B (bias belt) dan D (diagonal), tetapi ia jarang digunakan.
Diameter Rim
15 – Angka ini menunjukkan saiz rim (dalam inci) yang sesuai untuk dipasang dengan tayar tersebut.
Baca lebih lanjut: SUV tyres: a hidden cost?
Indeks Beban Tayar
Setiap tayar direka untuk menampung beban tertentu agar dapat berfungsi dengan selamat dan cekap. Tekanan angin optimum untuk tayar boleh dirujuk dalam manual pemilik kereta atau pada pelekat di bahagian dalam pintu pemandu.
Nombor indeks beban bukanlah dalam unit kilogram, tetapi setiap nombor mewakili had berat tertentu mengikut jadual penukaran standard. Melalui jadual ini, anda boleh mengetahui berat maksimum yang mampu ditampung oleh sesuatu tayar.
Contoh: Indeks beban 85 bersamaan dengan 515 kg.
| INDEKS BEBAN | KAPASITI BEBAN (KG) | INDEKS BEBAN | KAPASITI BEBAN (KG) | INDEKS BEBAN | KAPASITI BEBAN (KG) |
| 70 | 335 | 89 | 580 | 108 | 1000 |
| 71 | 345 | 90 | 600 | 109 | 1030 |
| 72 | 355 | 91 | 615 | 110 | 1060 |
| 73 | 365 | 92 | 630 | 111 | 1090 |
| 74 | 375 | 93 | 650 | 112 | 1120 |
| 75 | 387 | 94 | 670 | 113 | 1150 |
| 76 | 400 | 95 | 690 | 114 | 1180 |
| 77 | 412 | 96 | 710 | 115 | 1215 |
| 78 | 425 | 97 | 730 | 116 | 1250 |
| 79 | 437 | 98 | 750 | 117 | 1285 |
| 80 | 450 | 99 | 775 | 118 | 1320 |
| 81 | 462 | 100 | 800 | 119 | 1360 |
| 82 | 475 | 101 | 825 | 120 | 1400 |
| 83 | 487 | 102 | 850 | 121 | 1450 |
| 84 | 500 | 103 | 875 | 122 | 1500 |
| 85 | 515 | 104 | 900 | 123 | 1550 |
| 86 | 530 | 105 | 925 | 124 | 1600 |
| 87 | 545 | 106 | 950 | 125 | 1650 |
| 88 | 560 | 107 | 975 | 126 | 1700 |
Penarafan Kelajuan
Setiap tayar mempunyai penarafan kelajuan, iaitu had kelajuan maksimum yang boleh ditampung dengan selamat apabila membawa beban maksimum. Penarafan kelajuan tayar ditunjukkan pada huruf terakhir kod tayar.
Contoh: Jika tayar anda berakhir dengan huruf V, ia bermaksud tayar tersebut direka untuk kelajuan maksimum 240 km/j.
| PENARAFAN KELAJUAN | KELAJUAN MAKSIMUM (km/h) | JENIS KENDERAAN |
| T | 190 | Sedan/Minivan |
| H | 210 | Sports sedan/Coupe |
| V | 240 | Sports car |
| W | 270 | Sports car |
| Z | 240+ | Sports car (consult manufacturer) |
Arah Pemasangan Tayar

Terdapat dua jenis corak bunga tayar, simetri dan asimetri. Tayar simetri boleh dipasang pada rim dalam apa-apa arah, manakala tayar asimetri (directional) memerlukan perhatian khas semasa pemasangan kerana mempunyai arah atau sisi tertentu.
Tayar Simetri
Tayar simetri mempunyai corak bunga yang sama di bahagian dalam dan luar. Ia boleh dipasang pada mana-mana kedudukan dan boleh diputar dengan bebas untuk memanjangkan jangka hayat tayar.
Tayar Asimetri
Tayar asimetri direka dengan corak berbeza pada bahagian tayar dalam dan luar untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan jalan. Bahagian luar tayar mempunyai bunga yang lebih besar untuk cengkaman dan ketahanan di jalan kering manakala bahagian dalam mempunyai corak yang lebih halus untuk saliran air dan prestasi lebih baik di jalan basah. Sisi tayar biasanya ditanda dengan perkataan “Outside” dan “Inside” bagi memastikan pemasangan betul.
Tayar yang mempunyai bahagian luar dan dalam biasanya ditanda dengan jelas pada bahagian luar, seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas.
Tayar Directional

Tayar ini mempunyai corak berbentuk “V” yang direka untuk aliran air lebih pantas dan cengkaman optimum. Ia mesti dipasang mengikut arah putaran yang ditunjukkan oleh anak panah pada dinding tayar. Tayar directional hanya boleh ditukar posisi depan-belakang, bukan secara silang kiri-kanan. Jika dipasang terbalik, prestasi bunga tayar akan menurun dan risiko aquaplaning meningkat.
Baca lebih lanjut: 7 tips to drive safely in the rain
Penunjuk Haus Tayar

Tayar akan haus dari masa ke masa akibat penggunaan, hentakan dan cuaca. Apabila bunga tayar semakin nipis, cengkaman berkurang dan jarak membrek akan bertambah. Sebab itu sesetengah tayar dilengkapi penunjuk haus (tread wear indicator) yang menunjukkan bila masa sesuai untuk diganti.
Tarikh Pengeluaran

Tarikh pengeluaran tayar ditunjukkan dalam bentuk gabungan huruf dan nombor. Empat digit terakhir pada kod DOT tayar menunjukkan minggu dan tahun tayar dikeluarkan. Contohnya, nombor “2823” bermaksud tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-28 tahun 2023.
Kelulusan ECE Eropah

Kelulusan ECE Eropah menunjukkan bahawa tayar tersebut telah diuji dan lulus piawaian keselamatan Eropah. Nombor selepas huruf E adalah kod negara di mana tayar itu diluluskan.
Contohnya, E4 bermaksud tayar tersebut diluluskan di Belanda. Tayar di Malaysia hanya memerlukan pensijilan tempatan, jadi kebiasaannya tidak mempunyai kelulusan ECE.
Penjagaan tayar lebih mudah dengan Carro
Dengan memahami simbol dan kod tayar, anda boleh pastikan kereta anda sentiasa selamat dan dalam prestasi terbaik.
Jika anda lebih selesa serahkan pada profesional, pasukan penyelenggaraan Carro yang terlatih sedia membantu. Tempah servis anda hari ini dan biar kami uruskan semuanya untuk anda.
Baca lebih lanjut: 7 bahagian kereta yang wajib diservis setiap kali



