Buying and Selling Tips/Guides

Tempat terbaik untuk menjual kereta anda – cara tanpa drama yang tepat

Menjual kereta anda bukan sekadar tentang mencari pembeli—ia juga tentang mencari pembeli yang tepat

Seperti watak Raja dalam filem terbaru kami A King’s Dilemma, pilihan yang salah boleh mengakibatkan kerugian. Bukan semua orang ada watak Putera yang akan menyelamatkan keadaan dengan tawaran setimpal (seperti dalam filem itu). 

Belum lagi menonton filem kami? Tontoni sekarang! 

 

Sama ada anda melakukan semuanya sendiri atau membiarkan sebuah platform mengendalikannya, setiap cara mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan apabila anda menjual dengan Carro, anda boleh mendapatkan tambahan RM1,000 lebih daripada harga yang ditawarkan untuk kereta anda! Jika anda trade-in dengan kami, anda akan menerima potongan RM1,000 untuk kereta Carro Certified! Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Masih belum yakin? Baiklah, mari kita lihat beberapa cara untuk menjual kereta anda:

1. Jual ke platform kereta dalam talian yang bereputasi seperti Carro

Memang pilihan bijak. Pasaran jual kereta terpakai yang besar seperti Carro dapat memberikan anda harga terbaik mereka yang dijamin.

Kelebihan

  • Proses cepat tanpa kerumitan
  • Dapatkan pemeriksaan percuma dan tawaran dalam sehari.
  • Harga telus (berdasarkan data pasaran, tiada caj tersembunyi).
  • Pembayaran yang sangat cepat apabila perjanjian selesai.
  • Carro juga membantu dengan proses penyelesaian pinjaman dan pemindahan pemilikan.

Kekurangan 

  • Anda mungkin tidak akan sentiasa menerima harga tertinggi—tetapi anda akan mendapat tawaran yang adil dan telus berdasarkan data.

Keputusan:

Carro menawarkan proses pembelian yang cepat, diyakini dan mudah. Tiada drama. Seperti penasihat yang boleh diharap. 

Juga, jual kereta anda ke Carro sekarang dan dapatkan tambahan RM1,000 lebih daripada  harga yang ditawarkan! Jika anda trade-in dengan kami, anda akan menerima potongan RM1,000 dari jumlah bil anda!

2. DIY/Terus kepada pembeli

Anggaplah ini sebagai jalan yang anda perlu lalui sendiri. Sama ada anda mengiklankan untuk menjualnya sendiri atau melalui seorang kawan yang kenal kawan yang kenal kawan yang kenal yang mahu membeli.

Kelebihan

  • Anda mengawal keadaan dan mungkin akan  mendapatkan nilai terbaik kerana tiada orang tengah
  • Pasaran besar
  • Anda menetapkan harga

Kekurangan 

  • Mengambil banyak masa kerana anda mengendalikan semuanya sendiri—menguruskan pembeli yang mahu melihat kereta, tawar-menawar, dll.
  • Inbox anda akan penuh dengan tawaran rendah dan pertanyaan.
  • Kebimbangan tentang keselamatan ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali dan memandu uji kereta anda. Ada ramai penipu yang mungkin perlu dihadapi dengan cara ini. 
  • Anda perlu menguruskan semuanya sendiri—seperti dokumen,penyelesaian pinjaman, dan akhirnya pemeriksaan Puspakom

Keputusan:

Kami percaya bahawa bagi kebanyakan orang, usaha yang dikeluarkan tidak setanding dengan hasilnya. Anda boleh menjimatkan wangtetapi harus berusaha selama beberapa minggu dan menghadapi tekanan. Keadaannya seperti anda bekerja sepenuh masa, tetapi tidak menerima bayaran yang setimpal dengan kerja. . Dan jika anda tidak bersedia untuk mengasak dan menyaring pembeli, cara ini memang sukar. 

3. Jual kepada peniaga kereta terpakai tradisional

Ini cara yang cepat dan mudah, tetapi kadang-kadang tidak SELALU berbaloi. Selain itu, terdapat beberapa peniaga di luar sana yang tidak jujur dan menawarkan harga terlalu rendah.

Kelebihan

  • Urus niaga cepat. Pandu masuk dan dapatkan tawaran.

Kekurangan 

  • Anda mungkin menerima tawaran yang terlalu rendah 
  • Sesetengah peniaga menggunakan taktik tekanan dan mungkin menangguhkan pembayaran
  • Tiada ketelusan dalam cara nilai ditentukan
  • Tidak semua mempunyai lesen atau bereputasi – semak ulasan dalam talian sebelum anda pergi!

Keputusan:

Mudah, namun ada risiko. Tidak sesuai jika anda mahukan harga yang berpatutan atau proses yang lancar. Anda PERLU melakukan pemeriksaan yang lebih teliti daripada biasa.

Satu nasihat besar terakhir daripada kami kepada anda!

Tak kira apa cara yang anda pilih, pastikan anda melalui saluran dan prosedur yang betul sebelum anda menjual:

  • Dapatkan pemeriksaan untuk kereta anda

  • Pastikan semua dokumen diuruskan secara sah
  • Berwaspadalah terhadap pembeli atau tawaran yang mencurigakan 

Seorang putera tidak mungkin hadir menyelamatkan keadaan tetapi mujurlah ada Carro untuk memainkan peranan itu.

Kami menawarkan proses yang jelas dengan harga pasaran yang wajar—tanpa drama, tiada tawaran rendah, dan pastinya tanpa perundingan yang menyusahkan. Hanya pemeriksaan cepat, tawaran kukuh, dan pembayaran penuh segera ke dalam akaun anda.

Sudahkah anda bersedia untuk menjual? Tempah pemeriksaan percuma anda dan jual kereta anda kepada Carro (cara bijak dan bebas tekanan) dan dapatkan tambahan RM1,000 lebih daripada harga tawaran kereta anda! Jika anda trade-in dengan kami, anda akan menerima potongan RM1,000 untuk kereta Carro Certified yang anda mahukan! (sehingga 13 Jun)

Tiada Drama - Dilema seorang raja

Related Articles

Back to top button