5 kelebihan menjual kereta anda kepada Carro
Nak jual kereta tapi rasa pening bila fikirkan semua proses yang perlu dilakukan? Kami faham – anda kena cuci kereta, iklankan kereta, layan panggilan bakal pembeli, dan luangkan masa untuk test drive… Siapa ada masa untuk semua itu? Nasib baik, di Carro kami berusaha untuk pastikan pengalaman menjual kereta kesayangan anda adalah mudah dan memuaskan.
Menjual kereta tak semestinya rumit atau ambil masa lama. Di Carro, semuanya lebih mudah daripada yang anda sangka. Ini 5 kelebihan bila anda jual kereta kepada Carro.
1. Pemeriksaan kereta PERCUMA!

Sebelum jual, mestilah nak pastikan kereta dalam keadaan baik. Biasanya bakal pembeli akan bawa mekanik mereka sendiri untuk periksa — tapi dengan Carro, anda tak perlu risau. Tempah saja pemeriksaan kereta PERCUMA di pusat pemeriksaan terdekat. Kalau tak sempat datang, kami boleh hantar pemeriksa ke lokasi anda! Lepas siap pemeriksaan, anda akan terima sebut harga dalam masa 24 jam.
2. Kami bagi tawaran terbaik

Pengetahuan pasaran kami yang komprehensif membolehkan kami menilai kereta anda dengan tepat berdasarkan perbatuan, keadaan dalaman dan luaran, tahun pembuatan dan permintaannya. Dari situ, kami akan tentukan nilai kereta dan buat tawaran yang adil dan kompetitif dalam masa 24 jam.
Jika anda tidak berpuas hati dengan tawaran yang diterima, tiada paksaan untuk anda menerimanya.
3. Bayaran terus masuk akaun
Tak perlu tunggu lama! Lepas cap jari anda diimbas dan semua dokumen diserahkan, wang akan terus dipindahkan ke akaun bank anda. Cepat, selamat, dan tanpa sebarang caj tersembunyi. Anda boleh terus guna wang itu untuk apa saja rancangan seterusnya – sama ada nak beli kereta baru atau tambah simpanan.
4. Tidak perlu pening dengan dokumen

Menjual kereta selalunya leceh sebab banyak dokumen dan urusan dengan pihak berkuasa. Tapi dengan Carro, semua itu kami uruskan untuk anda.
Anda hanya perlu menyediakan:
- Kad pendaftaran kereta asal;
- Permit yang diluluskan;
- Buku waranti/servis;
- Surat penyelesaian pinjaman; dan
- Pengesahan borang penyelesaian pinjaman.
Tak perlu ke JPJ atau Puspakom untuk pindah milik – semua proses kami selesaikan bagi pihak anda.
5. Tingkatkan gaya hidup anda
Dengan Carro, anda bukan saja boleh jual kereta lama, malah boleh terus trade-in kereta lama untuk dapatkan kereta Carro Certified yang Sebaik Yang Baru.
Datang dengan kereta lama, pulang dengan yang lebih sesuai untuk keperluan anda sekarang. Nak upgrade ke sedan mewah? Boleh. Ada keluarga yang makin besar? SUV atau MPV pun ada.
Serahkan kereta lama kepada kami, dan pandu pulang kereta impian anda!
Mudah sahaja menjual kereta dengan Carro

Pendek kata, jual kereta terpakai anda kepada Carro memang langkah mudah dan bijak. Anda bukan saja nikmati proses jual beli tanpa stres, tapi juga bantu beri peluang kedua kepada kereta anda.
Jadi, kalau sedia nak jual, tempah pemeriksaan kereta percuma dengan Carro hari ini!

