Cara dapatkan semula baki (refund) kad TNG tamat tempoh dalam 5 minit
Tahukah anda semua kad Touch ‘n Go (TNG) mempunyai tarikh luput? Setiap kad TNG akan tamat tempoh selepas beberapa tahun. Jadi, apa akan berlaku jika kad anda tamat tempoh tetapi masih ada baki di dalamnya? Adakah duit itu akan hilang begitu sahaja?
Jawapan – tidak. Anda masih boleh dapatkan semula baki tersebut. Dalam artikel ini, kami tunjukkan cara paling mudah untuk mendapatkan semula baki wang daripada kad TNG anda yang telah tamat tempoh – prosesnya hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit.

Tarikh luput kad TNG
Langkah pertama – semak sama ada kad anda hampir tamat tempoh supaya anda boleh gantikan dengan yang baru. Jangan pula sampai di tol atau stesen LRT baru sedar kad anda sudah tamat tempoh. Nanti susah pula nak undur atau keluar barisan semata-mata nak selesaikan masalah kad.
Untuk kad fizikal, anda boleh semak tarikh luput di bahagian belakang kad. Sama saja untuk semua jenis kad, termasuk kad TNG biasa dan kad TNG NFC yang lebih baharu.

Kalau anda menggunakan kad digital dalam MyKad atau kad NFC, anda boleh membuat semakan melalui aplikasi TNG. Sambungkan kad ke akaun anda dan tarikh luput akan dipaparkan bersama nombor siri kad tersebut. Pastikan anda ingat atau catat nombor siri kad tersebut – anda akan perlukan maklumat ini nanti untuk mohon pemulangan baki.


Jika kad anda tidak mempunyai/memaparkan maklumat ini, pergi sahaja ke mana-mana stesen LRT dan buat tambah nilai. Resit tambah nilai akan memaparkan nombor siri dan tarikh luput kad anda.
Cara dapatkan pulangan baki (refund) kad TNG
Sekarang masuk bahagian paling penting: cara buat menuntut semula pulangan baki kad anda. Proses ini boleh dilakukan walaupun kad anda belum tamat tempoh sepenuhnya. Jadi, kalau anda ada kad yang jarang digunakan atau memang telah tamat tempoh, ikuti langkah-langkah berikut.
Daftar akaun Touch ‘n Go

Mula-mula, layari portal rasmi Touch ‘n Go. Jika anda sudah mempunyai akaun, sila teruskan ke langkah seterusnya. Jika belum, anda perlu daftar akaun menggunakan nombor IC dan nombor siri kad TNG anda. Anda juga perlu mengisi alamat serta beberapa maklumat peribadi lain untuk melengkapkan pendaftaran.
Permohonan pulangan baki (refund) TNG
Selepas log masuk menggunakan akaun anda, anda akan nampak menu di bahagian kiri skrin.

Pada menu sebelah kiri, pilih Refunds, kemudian Refund Request. Until langkah 1, pilih Card Termination.

Untuk langkah 2, pilih nombor siri kad yang anda ingiin tuntut balik. Dalam menu dropdown, pilih Expired Cards.
Seterusnya, lengkapkan langkah 3 dengan memilih kaedah bayaran balik. Anda boleh pilih sama ada akaun bank, akaun DuitNow, atau eWallet TNG anda. Jangan risau, tiada tarikh luput untuk baki dalam eWallet, jadi ia pilihan yang selamat.

Selepas hantar permohonan, anda akan menerima emel pengesahan dalam tempoh lebih kurang 14 hari. Selepas permohonan diluluskan, baki pulangan akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dalam masa 3 hari bekerja.
Pendaftaran kad TNG
Jika kad yang hampir tamat tempoh tidak dipaparkan di portal, anda boleh mendaftarkan kad tersebut secara manual. Pada panel kiri, klik dan pilih Cards & Devices, kemudian pilih Register Additional Card/Device. Masukkan nombor siri kad dan terkan Submit. Kad tersebut akan terus muncul dalam senarai kad di laman utama.

Dengan langkah-langkah mudah ini, anda boleh dapatkan semula baki daripada mana-mana kad TNG anda! Senang, kan?
Sama mudahnya seperti menjual kereta dengan Carro!
Tempah pemeriksaan percuma di laman web kami dan dapatkan tawaran terbaik untuk kereta anda dalam masa 24 jam. Tempah sekarang!


