Buying and Selling Tips/GuidesCar Care TipsInsurance

Insurans kereta di Malaysia: Semua yang anda perlu tahu

Ramai antara kita yang tak begitu teruja apabila sudah sampai untuk memperbaharui insurans kereta. Kami faham. Proses pembaharuan insurans kereta bukan saja menyusahkan, malah juga mahal. Namun semua pemandu kereta memerlukan insurans kereta kerana risiko kemalangan, sama ada kemalangan kecil atau kemalangan serius, dan juga kerosakan akibat banjir. Jika anda pemilik kereta kali pertama, artikel ini akan memberikan anda info penting tentang insurans kereta.

Read in English

Ketahui lanjut: Should you buy a dash cam? (BI)

Apakah insurans kereta?

car insurance

Di Malaysia, setiap pemilik kereta perlu mempunyai insurans kereta yang sah kerana memandu tanpa insurans kereta yang sah adalah menyalahi undang-undang. Mungkin anda rasa proses insurans agak menyusahkan, walau bagaimanapun jika anda terlibat dalam kemalangan, anda tidak akan mengalami kerugian yang terlalu besar. Ini kerana jika anda terlibat dalam kemalangan, sebahagian atau keseluruhan kos pembaikan dan perubatan akan ditampung oleh insurans anda. Walaupun kereta anda tidak boleh dibaiki, syarikat insurans anda mungkin akan memberikan ganti rugi berdasarkan nilai kereta anda pada masa kemalangan.

Namun, terdapat banyak perbezaan di antara perlindungan insurans di luar sana. Ia bergantung kepada anda dan syarikat insurans. Kami akan menerangkan jenis-jenis perlindungan yang ada.

Jenis perlindungan

car accident, car insurance

  1. Perlindungan insurans pihak ketigaIni ialah jenis insurans yang paling asas dan paling murah. Jika anda mendapatkan perlindungan ini dan terbabit dalam kemalangan, hanya kereta bukan milik anda (pihak ketiga) akan dilindungi. Jika anda ingin membaiki kereta anda, anda perlu menanggung sendiri kos tersebut.
  2. Perlindungan kebakaran dan pencurian pihak ketiga Dengan perlindungan ini, anda masih tidak mempunyai perlindungan kewangan untuk kereta anda. Tetapi kereta anda dilindungi terhadap kecurian dan kebakaran.
  3. Perlindungan insurans kereta komprehensif Ini ialah perlindungan yang paling komprehensif. Ia menawarkan perlindungan kemalangan, kecurian dan kebakaran untuk kereta anda dan kereta pihak ketiga.

 

Perlindungan pihak ketiga Perlindungan kecurian pihak ketiga Perlindungan insurans kereta komprehensif
Tuntutan pihak ketiga
Kecederaan & kematian
Kerosakan kepada harta benda
Kerugian/kerosakan kepada kereta anda
Kebakaran X
Kecurian X
Kemalangan X X
Kecederaan & kematian penumpang X X X

Ketahui lanjut: What to do after an accident? (BI)

Insurans tambahan (add-on)

insurans kereta

Insurans kereta tidak menawarkan perlindungan daripada semua risiko yang ada. Perlindungan cermin depan dan banjir biasanya adalah perlindungan tambahan. Bak kata pepatah “sesal kemudian tak berguna”. Di bawah adalah antara insurans tambahan yang selalu menjadi pilihan para pemandu.

Aksesori kereta

Ia menawarkan perlindungan terhadap semua kerosakan atau kecurian pemain video, rim kereta dan lain-lain. Untuk mendapat insurans tambahan ini, tentukan nilai aksesori yang anda ingin melindungi dan letakkan jumlah diinsuranskan. Nilai maksimum yang boleh diinsuranskan tertakluk kepada penyedia insurans anda.

Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)

Ini ialah insurans tambahan yang penting kerana anda boleh dapatkan pampasan sekiranya kereta anda perlu dibaiki. Semasa kereta anda di bengkel, anda perlu menggunakan Grab atau berkongsi kereta. Jadi, jangan lupakan insurans tambahan ini!

Nota: Insurans tambahan ini hanya meliputi masa kereta anda sedang dibaiki dan bukan dari masa kemalangan hingga masa mengambil kereta.

Perlindungan pemandu tambahan

Insurans kereta biasanya terikat dengan pemilik kereta. Walaupun begitu, ahli keluarga akan berkongsi kereta sesama sendiri. Jadi, apakah yang akan berlaku jika orang lain sedang memandu kereta apabila terlibat dalam kemalangan? Jika anda mempunyai insurans tambahan ini, anda boleh memberikan perlindungan insurans anda kepada pemandu lain yang memandu kereta anda.

Perlindungan semua pemandu

Anda boleh dapat perlindungan untuk semua pemandu untuk melindungi setiap pemandu yang dibenarkan, tanpa menamakan pemandu tambahan yang lain satu demi satu.

Perlindungan liabiliti penumpang

Ia melindungi anda dan pemandu yang dinamakan daripada sebarang liabiliti undang-undang atas kematian atau kecederaan penumpang akibat kecuaian pemandu atau pemandu yang dibenarkan. Jika anda seorang pemandu taksi atau Grab, penumpang anda tidak dilindungi oleh insurans tambahan ini. Tambahan lagi perlindungan tambahan ini juga diperlukan jika untuk memandu di Singapura.

survive a car flood

Perlindungan khas untuk bencana alam

Ia memberikan perlindungan terhadap bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya. Jadi, anda tidak perlu risau ketika hujan yang terlalu lebat!

Ketahui lanjut: How to survive a flooded car (BI)

Mogok, rusuhan dan kekacauan awam

Insurans tambahan ini melindungi kereta anda sekiranya kereta anda rosak akibat mogok dan rusuhan. Namun begitu, “add-on” ini biasanya tidak menawarkan perlindungan kepada kerosakan akibat perang, tindakan keganasan, rampasan kuasa dan konflik lain. Walaupun insiden seperti rusuhan atau kekecohan awam jarang berlaku di Malaysia, anda dinasihatkan untuk mengikuti berita supaya anda boleh menjauhi tempat yang dijangka akan berlaku rusuhan.

Cermin depan, tingkap & “sunroof”

Tahukah anda, benda-benda ini biasanya tidak dilindungi insurans? Jika cermin depan atau tingkap anda yang tidak mempunyai perlindungan tambahan mengalami kerosakan, anda perlu menanggung kos untuk membaiki atau menggantikannya sendiri. Memandangkan kerosakan kepada cermin depan dan tingkap sering berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan insurans tambahan ini.

Apakah yang boleh membatalkan insurans?

drunk driving, car insurance

Aktiviti jenayah

Jika anda melakukan jenayah semasa memandu kereta anda dan terlibat dalam kemalangan, penyedia insurans anda tidak akan memberikan sebarang pampasan.

Memandu mabuk (atau dengan apa-apa dadah)

Ketikamabuk, koordinasi mata-tangan merosot kepada kebolehan seorang kanak-kanak berumur 8 tahun. Penyedia insurans anda mungkin akan menanggung kos perubatan akibat kemalangan tetapi mereka tidak akan menanggung kos membaiki kereta anda dan pihak ketiga. Lesen memandu anda juga mungkin dibatalkan.

Penipuan insurans

Penipuan insurans adalah apabila anda menipu penyedia insurans anda untuk mendapatkan faedah. Misalnya, memasukkan kerosakan yang lama ke dalam permohonan tuntutan yang baru dan merosakan kereta anda secara sengaja. Jika anda didapati membuat penipuan insurans, proses untuk mendapatkan insurans yang baru amat menyusahkan dan mahal.

Tidak melaporkan modifikasi

Walaupun modifikasi atau pengubahsuaian anda akan meningkatkan prestasi kereta anda, kereta anda menjadi lebih berisiko untuk dicuri atau terlibat dalam kemalangan.

Jadi anda perlu melaporkan modifikasitersebut supaya penyedia insurans boleh mempertimbangkan risiko baru dan menentukan premium anda. Jika kereta anda dicuri atau terlibat dalam kemalangan akibat pengubahsuaian anda dan anda tidak melaporkan pengubahsuaian anda terlebih dahulu, penyedia insurans anda mungkin akan batalkan insurans anda.

Pekara yang perlu diingati:

“Deductible” atau “excess”

Sebahagian daripada perlindungan insurans terdapat “deductible” . Ia merujuk kepada pembayaran anda sendiri ketika membuat tuntutan sebelum penyedia insurans anda mula membayar untuk perkara yang dilindungi Contohnya, jika “deductible” anda ialah RM50, anda perlu membayar RM50 itu sebelum penyedia insurans anda akan menanggung baki kos.

No Claim Discount (NCD)

Jika anda mempunyai insurans dan tidak membuat tuntutan sepanjang tahun yang lalu, anda akan diberikan diskaun (NCD) untuk premium anda pada tahun depan. Ini akan meningkat hingga anda memohon tuntutan atau hingga diskaun maksima 55% untuk insurans kereta.

Ketahui lanjut: How to transfer NCD (BI)

Itu sahaja! Tak susah kan? Anda masih perlu cari antara penyedia insurans untuk perlindungan yang sesuai untuk anda. Dengan Carro, anda boleh memilih perlindungan yang paling sesuai untuk anda daripada senarai rakan penyedia insurans kami. Jika anda sedang mencari kereta baru, layari laman web kami dan lihat pilihan kereta Carro Certified kami!

Carro, Buy car

Related Articles

Back to top button