Jenis-jenis insurans kereta di Malaysia: Komprehensif, pihak ketiga, serta pihak ketiga kebakaran dan kecurian
Memilih insurans kereta yang tepat adalah langkah penting untuk memastikan kereta anda mendapat perlindungan maksimum. Di Malaysia, jenis-jenis insurans kereta biasanya terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga.
Selain itu, terdapat juga pilihan pertengahan yang dikenali sebagai Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (Third-Party Fire and Theft – TPFT) yang menawarkan perlindungan lebih luas berbanding insurans pihak ketiga biasa.

Insurans pihak ketiga: Perlindungan asas dan wajib
Insurans Pihak Ketiga ialah pelan insurans paling asas dan wajib dimiliki oleh semua kenderaan berdaftar di Malaysia. Ia melindungi pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang berpunca daripada anda, termasuk kerosakan harta benda atau kecederaan kepada individu lain.
Namun, insurans ini tidak melindungi kereta anda sendiru dan juga tidak kerugian akibat kecurian atau kebakaran. Disebabkan perlindungan yang terhad, ia biasanya menjadi pilihan untuk:
- Kereta lama atau yang mempunyai nilai pasaran rendah
- Pemandu yang hanya ingin memenuhi keperluan undang-undang minimum
- Mereka yang mencari kos premium paling rendah
Kelebihan utama insurans pihak ketiga ialah kosnya yang lebih murah. Tetapi anda perlu ingat, sekiranya kemalangan menyebabkan kerosakan pada kereta anda sendiri, semua kos pembaikan perlu ditanggung sendiri kerana ia tidak termasuk dalam perlindungan polisi ini.
Insurans komprehensif: Perlindungan menyeluruh

Bagi mereka yang mahukan ketenangan fikiran penuh, Insurans Komprehensif adalah pilihan paling sesuai. Pelan ini bukan sahaja melindungi pihak ketiga, tetapi juga kereta anda sendiri sekiranya berlaku kemalangan, kecurian, dan kebakaran – sama ada anda yang bersalah atau tidak.
Insurans komprehensif juga selalunya menjadi syarat bank untuk kereta yang masih dalam pinjaman, dan merupakan pilihan utama bagi kereta baharu atau bernilai tinggi. Selain perlindungan asas, pelan ini boleh ditambah dengan pelbagai add-on seperti:
- Perlindungan banjir
- Cermin kereta pecah
- Khidmat penundaan kereta
- Perlindungan tambahan untuk pemandu dan penumpang
Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (TPFT): Pilihan pertengahan

Selain dua pilihan utama di atas, terdapat juga insurans TPFT yang menawarkan perlindungan lebih luas berbanding insurans pihak ketiga asas. Pelan ini melindungi:
- Tuntutan pihak ketiga
- Kereta anda sekiranya berlaku kebakaran
- Kereta anda jika dicuri
Namun, TPFT tidak melindungi kerosakan kereta anda sendiri jika berlaku kemalangan. Oleh itu, ia lebih murah daripada insurans komprehensif tetapi lebih menyeluruh berbanding insurans pihak ketiga sahaja.
Insurans TPFT sesuai untuk mereka yang:
- Mahukan perlindungan tambahan tanpa kos premium yang tinggi
- Memiliki kereta yang masih bernilai tetapi tidak memerlukan insurans komprehensif penuh
Perbandingan Insurans Komprehensif vs Pihak Ketiga vs Pihak Ketiga + Add-ons
| Aspek | Insurans Komprehensif | Insurans Pihak Ketiga | Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian (TPFT) |
| Perlindungan pada kereta sendiri | Ya (kerosakan, kecurian, kebakaran) | Tidak | Ya (kebakaran dan kecurian sahaja) |
| Perlindungan pada pihak ketiga | Ya | Ya | Ya |
| Kos premium | Lebih tinggi | Lebih rendah | Sederhana |
| Sesuai untuk | Kereta baru, kereta berpinjaman, perlindungan lengkap | Kereta lama, nilai rendah, bajet terhad | Kereta bernilai yang perlukan perlindungan sederhana |
Secara keseluruhan, pilihan antara insurans komprehensif dan pihak ketiga bergantung pada jenis kereta, bajet, dan tahap perlindungan yang anda perlukan.
Secara ringkasnya:
- Insurans Pihak Ketiga: Melindungi tuntutan pihak ketiga sahaja
- Insurans TPFT: Melindungi tuntutan pihak ketiga serta kereta anda daripada kebakaran dan kecurian
- Insurans Komprehensif: Perlindungan paling lengkap merangkumi kerosakan kemalangan, kecurian, kebakaran, dan pihak ketiga
Pilih insurans kereta mengikut keperluan anda
Pemilihan jenis insurans kereta di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor: nilai kereta, bajet, dan tahap perlindungan yang diingini.
Kereta baru atau bernilai tinggi: Insurans komprehensif adalah pilihan terbaik untuk ketenangan fikiran dan perlindungan menyeluruh
Kereta lama atau nilai rendah: Insurans pihak ketiga sudah memadai untuk keperluan undang-undang dengan kos rendah.
Perlindungan pertengahan: Insurans TPFT sesuai jika anda mahu perlindungan tambahan tanpa premium tinggi.
Mahu bandingkan pelan dengan lebih mudah?

Jika anda ingin membandingkan dan membeli insurans kereta dengan lebih mudah, Carro menawarkan Coverro, platform pembaharuan dan perbandingan insurans kereta yang cepat dan mudah digunakan. Dengan Coverro, anda boleh:
- Bandingkan pelan terbaik daripada rakan kongsi kami untuk menjimatkan kos
- Sesuaikan polisi dengan add-on yang diperlukan
- Semak NCD anda dalam beberapa saat
- Beli pelan pilihan anda pada bila-bila masa
Dengan Coverro, memilih insurans kereta yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda menjadi lebih mudah dan pantas.



