Car Insurance & Loans

Kereta sudah diisytiharkan total loss selepas kemalangan. Apa patut saya buat?

Anda baru sahaja terlibat dalam kemalangan yang teruk, dan kereta anda kini tidak lagi boleh dipandu. Jadi, apa yang perlu anda lakukan dengan “besi buruk” ini? 

Langkah pertama,hubungi syarikat insurans anda dan minta mereka menilai serta mengisytiharkan kereta anda sebagai total loss. Tapi apa sebenarnya maksud total loss? Dalam artikel ni, kami terangkan bagaimana status total loss ditentukan, dan langkah seterusnya yang boleh anda ambil selepas itu.

Read in English

car accident - total loss

Bagaimana total loss ditentukan

Ada dua sebab utama syarikat insurans akan mengisytiharkan kereta anda sebagai total loss atau tidak berhemat dibaiki (Beyond Economic Repair – BER). Ini sama ada kerana kos pembaikan tidak lagi berbaloi (uneconomical to repair), atau kerana kereta itu tidak lagi selamat untuk dibaiki (unsafe to repair).

Tidak berbaloi untuk dibaiki (uneconomical to repair)

car accident under tree

Seperti namanya, keadaan ini bermakna kos membaiki kereta terlalu tinggi atau kos membaiki sudah melebihi nilai semasa kereta.

Contohnya begini, anda membeli Honda City baharu pada harga RM90,000 dan menggunakanya selama lima tahun. Dalam tempoh ini, nilai pasaran jatuh kepada RM40,000. Kemudian anda terlibat dalam kemalanga dan kereta dihantar ke bengkel panel untuk dinilai oleh pelaras insurans. Selepas pemeriksaan, pelaras mendapati kos pembaikan dianggarkan sebanyak RM50,000.

Disebabkan kos pembaikan lebih tinggi daripada nilai semasa kereta (RM40,000), kereta itu akan diisytiharkan total loss dan tidak akan dibaiki.

Tidak selamat untuk dibaiki

car accident

Sumber.

Dalam sesetengah kes, kereta mengalami  kerosakan terlalu teruk sehingga walaupun  dibaiki, ia tidak lagi selamat untuk dipandu. Ini biasanya berlaku apabila struktur casis atau rangka utama kereta rosak teruk, menyebabkan ia tidak mampu lagi memberikan perlindungan kepada pemandu dan penumpang jika berlaku kemalangan lain.

Pampasan

Jadi, apa yang anda boleh buat kalau kereta anda sudah disahkan total loss? Pertama sekali, pastikan anda mempunyai polisi insurans komprehensif untuk membuat tuntutan. Jika anda hanya dilindungi di bawah polisi pihak ketiga (atau pihak ketiga, kebakaran & kecurian) kerosakan pada kereta anda tidak akan ditanggung oleh insurans.

Jika anda mempunyai perlindungan komprehensif, jumlah pampasan yang diterima bergantung pada nilai yang anda insuranskan semasa memperbaharui polisi. Secara umumnya, terdapat dua jenis nilai yang digunakan: nilai pasaran atau nilai dipersetujui (agreed value). 

Di sini kita guna contoh Honda City dengan nilai pasaran RM40,000.

Car Media Image

Nilai pasaran

Jika polisi anda berdasarkan nilai pasaran, pampasan akan dibayar mengikut nilai semasa kereta atau jumlah yang diinsuranskan, mana yang lebih rendah.

Contohnya anda insuranskan kereta pada RM30,000, tapi nilai pasaran Honda City anda adalah RM40,000. Dalam kes ni, anda tetap akan terima RM30,000 kerana itu jumlah yang anda insuranskan.

Sekiranya anda masih mempunyai baki pinjaman RM35,000, pihak insurans akan bayar RM30,000 terus kepada pihak bank, dan anda perlu tanggung sendiri baki RM5,000. Namun, kalau baki pinjaman hanyalah RM20,000, lebihan RM10,000 akan dibayar kepada anda.

Nilai dipersetujui (Agreed value)

Jika anda memilih agreed value, anda akan dibayar jumlah yang telah dipersetujui bersama pihak insurans, tanpa mengira nilai pasaran semasa.

Sebagai contoh, jika Honda City anda bernilai RM40,000 tetapi anda menginsuranskannya pada RM50,000, anda tetap akan menerima RM50,000 sekiranya kereta diisytiharkan total loss. Namun, tidak semua syarikat insurans menawarkan pilihan agreed value, dan premium bagi perlindungan jenis ini biasanya lebih tinggi.

Cara buat tuntutan total loss

Langkah pertama sama seperti tuntutan kemalangan biasa. Buat laporan polis dan serahkan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda:

  • Laporan polis
  • Polisi insurans
  • Sijil pemilikan kenderaan (geran kereta)
  • Salinan IC & lesen memandu
  • Surat pengesahan laporan
  • Gambar tempat kejadian

Baca juga: Apa perlu buat bila kemalangan?

Selepas pelaras insurans mengesahkan kereta anda sebagai kes total loss, anda perlu buat tuntutan Own Damage (OD). Jika anda bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditawarkan, sediakan dokumen berikut untuk proses bayaran:

  • Dua salinan borang pindah milik JPJ K3A
  • Borang pembatalan kenderaan JPJ K1C (jika perlu)
  • Polisi insurans asal
  • Geran kenderaan asal
  • Surat pelepasan daripada syarikat pinjaman (jika ada)
  • Salinan IC disahkan Pesuruhjaya Sumpah
  • Semua set kunci asal kereta

Selepas semua dokumen lengkap, pihak insurans akan memproses bayaran pampasan kepada anda, atau terus kepada pihak bank sekiranya masih ada pinjaman yang belum selesai.

Perhatian sebelum hantar tuntutan

Setiap syarikat insurans mungkin memerlukan dokumen tambahan atau prosedur berbeza. Pastikan anda semak terus dengan penyedia insurans anda untuk senarai lengkap dokumen yang diperlukan.

Jadi, itulah langkah-langkah yang perlu anda ambil apabila kereta diisytiharkan sebagai total loss. Untuk memastikan anda dapat perlindungan terbaik, perbaharui insurans kereta anda dengan Carro. Masukkan butiran anda dan bandingkan sebut harga syarikat-syarikat insurans dengan serta-merta!

Related Articles

Back to top button