Loan kereta di Malaysia: Semua yang anda perlu tahu
Kereta adalah komitmen yang besar dan ini bukan sahaja kerana harganya. Pada kebiasaannya, loan kereta sangat diperlukan untuk membeli sebuah kereta. Oleh itu, kami menyediakan artikel ini untuk anda memahami loan kereta, bagaimana ia berfungsi dan cara memohon loan kereta terbaik untuk anda.
Ketahui lanjut: Proses dan cara beli kereta terpakai
Apakah loan kereta?
“Loan kereta” atau pinjaman kereta adalah pinjaman yang diberikan oleh penyedia pinjaman seperti bank kepada peminjam yang ingin membeli kereta. Loan kereta akan diberikan selepas perjanjian bertulis antara pihak pemimjam dan pemberi pinjaman. Perjanjian ini menetapkan tempoh loan kereta dan kadar faedah (interest rate) yang perlu dibayar oleh peminjam.
Nota: Hanya individu berumur 18 ke atas layak memohon loan kereta.Umur peminjam tidak boleh melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pinjaman.
Istilah penting
Sebelum kami memberikan penjelasan lanjut tentang loan kereta, ini antara istilah penting yang anda perlu tahu:
- Kadar faedah: Jumlah yang perlu dibayar kepada bank. Kadar faedah loan kereta bergantung kepada kadar asas (base rate) yang boleh naik atau turun kerana faktor ekonomi atau keputusan Bank Negara.
- Bayaran pendahuluan (Down payment kereta): Bayaran pendahuluan yang menangung sebahagian kos kereta. Jumlah bayaran minima untuk kereta baru ialah 10% dan 20% untuk kereta terpakai.
- Margin pinjaman: Jumlah harga kereta yang dipinjamkan oleh bank kepada anda.
- Tempoh pinjaman: Jumlah bulan atau tahun untuk membayar balik pinjaman anda. Tempoh paling lama untuk loan kereta di Malaysia ialah 9 tahun.
- Ansuran: Bayaran minima untuk membayar balik loan kereta dalam tempoh pinjaman.
- Penjamin (Guarantor) : Orang yang terikat dalam perjanjian untuk membayar pinjaman anda jika anda tidak dapat membayarnya sepenuhnya.
- Tarik kereta (Repossession): Apabila pihak bank menarik kereta daripada pembeli kereta selepas bayaran yang tertunggak selama dua bulan berturut-turut.
Syarat loan kereta
Anda perlu menyediakan dokumen dan memenuhi beberapa syarat untuk layak memohon loan kereta. Setiap bank mempunyai syarat yang berbeza.
Kakitangan kerajaan/Penjawat awam |
|
Pekerja sektor swasta |
|
Peniaga |
|
Skim graduan/Pembiayaan kereta pertama |
|
Jenis loan kereta di Malaysia
Terdapat dua jenis loan kereta di Malaysia:
- Kadar faedah tetap: Kadar faedah dan ansuran adalah tetap dan tidak berubah.
- Kadar faedah terapung: Kadar faedah dan ansuran berdasarkan kadar asas bank.
Kedua-dua jenis pinjaman ini masih dipengaruhi oleh kadar asas yang ditetapkan oleh Bank Negara dan bank pilihan anda. Jika Bank Negara meingkatkan kadar asas, kadar faedah terapung dan ansuran akan juga meningkat. Kadar faedah tetap tidak akan berubah.
Cara mengira loan kereta
Jadi, bagaimanakah anda boleh mengira loan kereta? Anda perlu mempertimbangkan tiga perkara: tempoh masa pinjaman, jumlah pinjaman dan kadar faedah. Dengan info ini anda boleh menggunakan formula berikut untuk mengira kadar faedah dan ansuran:
- Jumlah faedah = kadar faedah/100 x jumlah pinjaman x tempoh pinjaman
- Kadar faedah bulanan = Jumlah faedah/ (tempoh pinjaman x 12)
- Ansuran = (Jumlah pinjaman + jumlah faedah) / (tempoh pinjaman x 12)
Sebagai contoh, kami akan menggunakan sebuah Perodua Bezza Carro Certified yang berharga RM40,000 tanpa “down payment” dengan pinjaman selama 5 tahun dan kadar faedah 3%.
- Jumlah faedah: 3% x RM 40,000 x 5 = RM6,000
- Faedah bulanan = RM6,000/ (5×12) = RM100
- Ansuran = (RM40,000 + RM6,000) / (5×12) = RM767
Pengiraan untuk pinjaman 3 dan 5 tahun juga boleh dilakukan dengan proses yang sama:
Tempoh pinjaman | 3 Tahun | 5 Tahun | 9 Tahun |
Jumlah bayaran | RM43,600 | RM46,000 | RM50,800 |
Jumlah faedah | RM3,600 | RM6,000 | RM10,800 |
Ansuran | RM1,212 | RM767 | RM471 |
Berdasarkan perkiraan di atas, jumlah faedah yang perlu dibayar meningkat bersama jangka masa pinjaman, manakala ansuran pula berkurangan. Oleh itu, anda perlu memilih ansuran dan jumlah bayaran yang paling sesuai untuk anda.
Kadar faedah (Interest rates)
Kadar faedah atau “interest rates” yang anda dapat mungkin berbeza mengikut bank dan bergantung kepada faktor seperti jenis, model, tahun kereta (baru atau terpakai), “credit score” peminjam, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman.
Anda boleh menggunakan kalkulator loan kereta ini untuk mengira jenis loan kereta, ansuran, kadar faedah dan tempoh pinjaman yang paling sesuai untuk anda. Dengan info ini, anda boleh mencari bank yang menyediakan pinjaman yang sama atau lebih baik.
Jadual di bawah menunjukkan kadar faedah loan kereta 10 bank terbesar di malaysia untuk kereta baru dan kereta terpakai.
Bank | Kadar faedah loan kereta baru | Margin pinjaman | Kadar faedah loan kereta terpakai | Margin pinjaman |
Affin Bank | 2.92% | Hingga 90% | 3.00% | Hingga 75% |
AmBank | 3.05% | Hingga 100% | 3.66% | N/A |
Bank Islam | 2.35% | Hingga 100% | N/A | N/A |
Bank Muamalat | 2.95% | Hingga 100% | N/A | N/A |
BSN | 2.35% | Hingga 90% | 3.80% | N/A |
CIMB Bank | 3.75% | Hingga 90% | 4.45% | Hingga 90% |
Hong Leong Bank | 3.24% | Hingga 90% | 3.78% | Hingga 90% |
Maybank | 3.40% | Hingga 90% | 4.25% | Hingga 85% |
Public Bank | 3.31% | Hingga 90% | 4.1% | Hingga 90% |
RHB Bank | 3.18% | Hingga 90% | 3.18% | Hingga 90% |
Nota: Informasi kadar faedah loan kereta diperolehi daripada bank-bank tersebut.
Pekara yang perlu diingati:
Loan kereta pralulus
Tahukah anda boleh dapatkan loan kereta sebelum anda memilih kereta? Dengan loan kereta pralulus, anda boleh mengetahui dengan lebih terperinci apa yang anda mampu milik. Loan kereta pralulus juga boleh mendedahkan kekurangan “credit score” anda.
Skor kredit
Skor kredit atau “credit score” mempengaruhi kadar faedah anda. Anda boleh meningkatkan “credit score” anda dengan menyelesaikan pinjaman kecil anda supaya kadar faedah anda menurun. Ini akan meringankan beban kewangan anda dan membuatkan peminjam menilai status kewangan anda dengan lebih baik kerana anda boleh menampung kos bayaran balik.
Tempoh terkunci
Tempoh terkunci atau “lock-in period” ialah tempoh masa minima sebelum anda boleh menyelesaikan pinjaman anda. Jika anda menyelesaikan pinjaman anda sebelum tempoh terkunci tamat, anda akan dikenakan denda “early payoff penalty” atau “pre-payment penalty”. Oleh itu, anda perlu mengetahui tempoh terkunci anda jika anda ingin menjual kereta anda sebelum menyelesaikan loan kereta anda.
Ketahui lanjut: Jual kereta belum habis bayar
Sudah bersedia untuk membeli kereta? Anda boleh melihat pilihan kereta Carro Certified kami untuk mencari kereta yang paling sesuai untuk anda. Setiap kereta Carro Certified diperiksa secara teliti dengan pemeriksaan 160 poin kami dan dibaik pulih supaya menjadi Sebaik Yang Baru!
Selepas anda memilih kereta yang sesuai, kami akan menguruskan dokumen dan memohon pinjaman melalui rakan bank kami dan Genie Financial Services. Sama ada anda memerlukan pinjaman konvensional atau Islamik, GFS menyediakan loan kereta pada kadar faedah yang berdaya saing dengan margin pinjaman sebanyak 90% selama 9 tahun dan perkhidmatan yang hebat.
Jangan tunggu lagi! Miliki sebuah kereta Carro Certified hari ini!