Buying and Selling Tips/Guides

4 cara untuk jual kereta belum habis bayar

Apabila anda membeli kereta baru, anda pasti ingat saat-saat pertama anda memasuki kereta anda dan memandunya dari pengedar kereta. Dan apabila sudah tiba masa untuk menjual kereta itu, anda mungkin akan bertemu dengan beberapa halangan, terutamanya jika anda ingin menjual kereta yang masih mempunyai baki pinjaman.

Artikel ini akan menunjukkan cara-cara untuk jual kereta belum habis bayar.

Car keys, cash, jual kereta belum habis bayar
Sumber.

Read in English

Jual kereta kepada pembeli tunai

Ringgit, money, cash

Ini mungkin cara paling senang untuk jual kereta belum habis bayar kerana prosesnya ringkas, dan boleh menjimatkan masa dan wang anda.

Ikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Anda mesti membayar baki pinjaman anda sepenuhnya. Anda boleh menggunakan duit sendiri atau pembeli boleh membayar jumlah harga kereta kepada anda untuk membayar pinjaman tersebut. Setelah kereta habis dibayar, anda akan menerima geran kereta (Sijil Pemilikan Kereta/VOC). Jika jumlah wang yang dibayar oleh pembeli tidak cukup untuk membayar pinjaman kereta, pemilik perlu menambah bakinya.
  2. Selepas menerima geran kereta, anda perlu mendapatkan Borang B5 PUSPAKOM yang membuktikan kereta anda layak dipandu di jalan raya. Anda perlu membayar RM3.50 untuk membuat janji temu secara online dan RM30 untuk pemeriksaan.
  3. Akhirnya, pemilik dan pembeli boleh pergi ke pejabat JPJ berhampiran untuk mentukar nama pemilik kereta dengan bayaran sebanyak RM100. Sila sediakan dokumen-dokumen berikut:
    • MyKad asal anda. (Bukan salinan)
    • Geran Kereta.
    • Jika anda pergi tanpa pembeli, sila sediakan nama, nombor MyKad, dan alamat pembeli.

Jumlah bayaran untuk langkah-langkah di atas adalah sebanyak RM133.50!

Puspakom Mobile Inspection

Peringatan: Denda untuk penyelesaian pinjaman lebih awal

Sebelum menjual kereta anda, anda patut memastikan anda tidak akan didenda oleh bank yang membiayai kereta anda. Bank-bank yang membiayai kereta biasanya menetapkan tempoh terkunci sebelum kereta boleh dijual berdasarkan jangka masa pinjaman. Tempoh terkunci adalah 5 tahun untuk tempoh pinjaman selama 9 tahun dan 4 hingga 5 tahun untuk tempoh pinjaman selama 7 tahun. Oleh kerana setiap bank mempunyai syarat yang berbeza, anda perlu menyemak jika perjanjian pinjaman anda mempunyai tempoh terkunci.

Jual kereta kepada pembeli yang menggunakan pinjaman

Apabila seorang pembeli mahu membeli kereta yang belum habis bayar dengan menggunakan pinjaman bank, prosesnya adalah lebih rumit. Itu kerana bank yang memberi pinjaman perlu menilai kereta yang dibiayai dan memastikan bahawa kereta tersebut selamat dipandu di jalan raya.

  1. Lakukan Pemeriksaan Sewa Beli B7 PUSPAKOM. Bayaran pemeriksaan ini adalah RM60. Pemeriksaan ini lebih teliti daripada pemeriksaan PUSPAKOM B5 dan akan mengambil masa yang lebih panjang.
  2. Selepas mendapatkan Borang B7, pembeli boleh memohon pinjaman daripada bank. Nilai kereta mesti sama atau lebih tinggi daripada baki pinjaman tertunggak pemilik kereta. Jika nilai kereta lebih tinggi daripada baki pinjaman tertunggak, pinjaman tidak akan diluluskan.
  3. Jika pinjaman tersebut diluluskan, pihak bank pemilik dan pembeli akan menyelesaikan penukaran hak milik.

Apakah yang perlu dilakukan jika pinjaman bank pembeli lebih rendah daripada pinjaman tertunggak pemilik? Pemilik kereta perlulah menambah bakinya.

Sebagai contoh, baki pinjaman tertunggak kereta pemilik adalah RM20,000, tetapi bank pembeli hanya memberi pinjaman sebanyak RM15,000. Pemilik kereta perlu menambah RM5,000 dari pihaknya sendiri untuk menjual keretanya.

Untuk mengelakkan situasi di atas, anda perlu memastikan nilai kereta anda lebih tinggi daripada baki pinjaman anda. Anda boleh mendapatkan penilaian kereta percuma dengan Carro sebelum menjual kereta anda!

air con, inspection

Jual kereta kepada kedai kereta terpakai

Anda juga boleh menjual kereta anda kepada kedai kereta terpakai kerana mereka mampu membayar pinjaman secara sepenuhnya, jadi prosesnya lebih senang untuk anda. Kedai kereta terpakai akan menilai kereta anda, dan jika diterima, mereka akan menyelesaikan semua proses penjualan termasuk pemeriksaan PUSPAKOM. Tetapi anda perlu berwaspada! Kedai kereta biasanya akan mengenakan caj pemprosesan yang boleh mencecah hingga RM5,000! Ini adalah untuk menampung kos penjualan seperti servis, caj perkhidmatan, bayaran perjanjian, pemprosesan dan lain-lain.

Jual kereta belum habis bayar anda tanpa bersusah payah kepada Carro

Apabila menjual kereta, anda pasti mahu memilih cara yang paling menjimatkan masa, tenaga dan juga wang. Inilah sebabnya Carro menawarkan pengalaman menjual kereta yang mudah, pantas dan selamat.

  • Pemeriksaan percuma: Tempah pemeriksaan kereta percuma di laman web kami. Anda boleh membawa kereta anda ke Pusat Pemeriksaan Carro terdekat atau memilih inspeksi mobil yang akan datang ke tempat pilihan anda!
  • Dapatkan tawaran harga terbaik kami: Selepas memeriksa kereta anda, kami akan memberikan harga terbaik kami dengan segera.
  • Urusan dokumen mudah: Kami akan membantu anda dengan urusan dokumen untuk menjual kereta anda dengan lancar.

Jika anda sudah bersedia untuk jual kereta belum habis bayar anda dengan Carro, sila tempah janji temu untuk pemeriksaan percuma sekarang di carro.co!

Carro, Sell Car

Related Articles

Back to top button