Masa terbaik untuk jual kereta anda
Anda telah membelanjakan duit yang banyak untuk beli kereta dan telah memandunya selama beberapa tahun. Tetapi sekarang, masanya telah tiba untuk jual kereta anda dan anda ingin mendapatkan pulangan sebanyak mungkin daripada perbelanjaan anda. Soalannya, apakah masa yang paling sesuai untuk tukar beli atau jual kereta anda?
Ketahui titik infleksi kereta anda
Apabila anda memandu kereta baru anda untuk kali pertama, nilai kereta anda telah menyusut sebanyak 10%. Setiap tahun yang berikutnya, nilai kereta anda akan menyusut sebanyak 15-25%. Kalau ini mengejutkan anda, titik infleksi kereta mungkin jauh lebih menakutkan, sebab ia merupakan masa di mana nilai kereta anda akan menjadi jauh lebih rendah.
Sebagai contoh, nilai Perodua Myvi AV 1.5l menyusut secara tetap pada tahun kedua hingga tahun kelima. Titik infleksi kereta ini adalah pada tahun keenam dan nilai kereta akan jatuh. Dari tahun keenam sehingga tahun ketujuh, nilai Perodua Myvi AV 1.5l akan merosot dengan lebih pantas (sebanyak 16%). Oleh itu, masa terbaik untuk jual kereta Perodua Myvi AV 1.5l tersebut adalah pada tahun keenam.
Untuk memastikan anda boleh jual kereta anda pada masa yang paling sesuai, anda perlu mengetahui nilai pasaran kereta anda. Anda boleh membawa kereta anda ke Pusat Pemeriksaan Carro terdekat untuk penilaian harga!
Tempoh waranti
Masa terbaik untuk jual kereta anda adalah selepas waranti kereta tamat – Pemeriksa Carro Hamziatul
Setiap kereta mempunyai waranti untuk bahagian kereta yang berbeza. Contohnya, beberapa pengeluar kereta memberikan waranti enjin selama lima tahun. Jika enjin rosak dalam tempoh lima tahun tersebut, ia akan dibaiki secara percuma. Selepas tempoh waranti tamat, anda bertanggungjawab untuk membaiki semua kerosakan pada enjin tersebut. Jika anda jual kereta anda sebelum atau sebaik sahaja waranti tamat, anda akan menjimatkan sebarang kos penyelenggaraan dan baik pulih yang akan datang. Di samping itu, kereta yang masih mempunyai waranti biasanya akan dinilai pada harga lebih tinggi.
Selesaikan pinjaman tertunggak
Jika anda mahu jual kereta belum habis bayar, anda perlu menyelesaikan baki pinjaman anda terlebih dahulu. Situasi terbaik adalah jika anda berjaya jual kereta anda pada harga yang lebih tinggi daripada baki pinjaman anda.
Jika anda menghadapi masalah dan tidak boleh membayar pinjaman kereta, anda dinasihatkan untuk jual kereta anda walaupun anda mungkin rugi. Ini kerana masalah tunggakan pinjaman boleh menyebabkan pelbagai masalah lain, termasuk kesulitan semasa memohon pinjaman seterusnya untuk kereta dan rumah.
Ketahui lanjut: Jual kereta belum habis bayar
Untuk memastikan anda mendapatkan nilai terbaik untuk kereta anda, sila tukar beli atau jual kereta anda dengan Carro. Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kereta secara percuma serta tawaran harga terbaik Carro untuk kereta anda.
Ketahui bila model baharu dilancarkan
Pasaran kereta selalu berubah wajah. Apabila model kereta baru dilancarkan, para pengguna akan membeli model baru yang mempunyai ciri-ciri yang terkini. Ini akan menyebabkan permintaan dan harga untuk model lama berkurangan. Oleh itu, anda patut jual kereta anda sebelum model baru kereta anda dilancarkan untuk mendapatkan nilai yang lebih baik. Jadual di bawah menunjukkan data tarikh pelancaran 3 model kereta yang popular di Malaysia.
Jenama dan model | Generasi lama | Generasi sebelumnya | Generasi terkini | Purata tahun antara lancaran |
Perodua Myvi | 2011 | 2017 | 2021 | 5 |
Toyota Camry | 2006 | 2011 | 2017 | 5.5 |
Honda City | 2008 | 2014 | 2019 | 5.5 |
Berdasarkan data di atas, purata tahun antara pelancaran model kereta baru adalah lima hingga enam tahun. Memandangkan kebanyakan waranti kereta hanya selama lima tahun, anda boleh jual kereta anda sebelum waranti tamat. Jika anda membeli kereta pada tahun ia dilancarkan, anda boleh menggunakan kereta tersebut selagi waranti masih sah sekiranya model baru belum dilancarkan.
Jika kereta anda memenuhi satu atau lebih dari kriteria di atas, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda jual kereta anda.
Jika anda perlu menilai harga kereta anda, Carro sedia membantu. Dapatkan penilaian percuma untuk kereta anda! Kami akan memberikan tawaran terbaik kami supaya penjualan kereta anda lebih berbaloi! Jual kereta anda dengan Carro sekarang!