Buying and Selling Tips/Guides

10 tip beli kereta terpakai yang baik

Apabila anda membeli kereta terpakai, anda perlu mempertimbangkan pinjaman kereta, kesesuaian jenis kereta yang berbeza dan keselamatan kereta yang bakal dibeli ! Artikel ini akan memberikan panduan kepada anda supaya kereta yang anda miliki adalah pelaburan yang berbaloi!

Ketahui lanjut: Proses dan cara beli kereta terpakai

Ketahui lanjut: Pekara yang wajib periksa sebelum membeli kereta terpakai

Man checking car engine

Periksa jurang antara panel kereta

Car panel, damage, lemon

Jurang antara panel pada kereta yang baru daripada kilang biasanya adalah kecil dan seragam. Sekiranya berlaku kemalangan, panel yang rosak akan dibaiki dan dipasang semula. Dalam proses pembaikan, panel akan dibentuk untuk meratakan permukaan panel dan menyembur lapisan cat baru. Jadi, anda patut memeriksa badan panel yang mempunyai jurang yang lebih besar berbanding dengan tempat lain. Pastikan anda memeriksa panel dan cat dengan teliti untuk kesan kerosakan dan cat yang tidak sepadan seperti dalam gambar di atas. Jika kerosakan ini tidak dicatat dalam rekod kereta atau anda tidak diberitahu tentang kerosakan ini terlebih dahulu, ini adalah masa untuk mencari kereta yang lain sebab kereta ini mungkin mempunyai kerosakan tersembunyi yang lain.

Setiap kereta Carro Certified diperiksa secara teliti dengan pemeriksaan 160 poin kami dan laporan kami akan dipaparkan secara jelas di laman web kami supaya anda tahu sejarah setiap kereta. Selepas itu, kami akan membaik pulih kereta tersebut supaya ia menjadi Sebaik Yang Baru dan anda boleh memandu dengan tenang.

Periksa keadaan tayar

Tayar kereta sudah tentulah mahal. Oleh itu, sebelum anda membeli sebuah kereta, pastikan anda memeriksa semua tayar terlebih dahulu. Ini caranya:

Cari nomboh empat digit pada permukaan tepi tayar seperti gambar di bawah. Nombor ini adalah minggu dan tahun pembuatan. 2823 bermakna tayar ini dibuat pada minggu ke-28 tahun 2023. Pastikan tayar kereta yang anda ingin beli tidak melebihi 3 tahun, atau separuh daripada jangka hayat sebiji tayar.

Tyre date

Bunga tayar anda mencengkam jalan raya. Tanpa bunga tayar, kereta anda akan tergelincir! Untuk mengelakkan situasi yang berbahaya, anda boleh menggunakan penunjuk haus tayar yang sedia ada pada tayar (built-in) untuk memastikan semua tayar kereta masih layak digunakan di jalan raya. Jika anda tidak pasti tentang penunjuk haus, anda boleh menggunakan pembaris untuk mengukur kedalaman bunga tayar. Bunga tayar patut lebih dalam daripada 3 mm. Jika anda tetap membeli kereta dengan tayar yang mempunyai tapak bunga yang kurang daripada 3 mm, tidak lama lagi, anda perlu menggantikan tayar anda.

Tyre wear indicator

Periksa tali pinggang keledar

Seat belt mould
Jauhi diri anda daripada kereta yang berkulat!

Tali pinggang keledar bukan hanya menjaga keselamatan anda semasa kemalangan, malah ia juga melindungi anda daripada membeli kereta yang terlibat dalam kemalangan serius. Untuk pastikan kereta yang dipilih tidak terlibat dalam kemalangan serius yang tidak direkodkan , anda perlu tarik tali pinggang keledar sehingga anda boleh cek tarikh pembuatan . Jika tarikh pembuatan tali pinggang keledar dan kereta bukan dalam tahun yang sama, kereta tersebut mungkin terlibat dalam kemalangan serius. Sebaliknya, jika anda ternampak kesan lumpur, kulat, air, atau kelembapan, kereta ini mungkin pernah dibanjiri.

Di Carro, kami memastikan setiap kereta kami terdapat tiada kerosakan serius akibat kemalangan kebakaran & banjir.

Hidupkan enjin sejuk

Anda boleh mengetahui keadaan enjin dengan menghidupkannya semasa ia masih sejuk . Pastikan anda tiba lebih awal sebelum waktu janji temu anda untuk memastikan penjualkereta tidak boleh panaskan enjin sebelum pandu uji. Dengan cara ini, anda boleh melihat sendiri sama ada enjin kereta tersebut dihidupkan dengan lancar atau ia memerlukan ‘jump start’.

Apabila enjin dihidupkan, dengar dengan teliti untuk memastikan tiada bunyi enjin yang kasar, letupan atau bunyi pelik yang lain. Anda juga patut memerhatikan ekzos kereta untuk asap berwarna biru, iaitu tanda enjin kereta tersebut sedang membakar minyak enjin.

Uji penjajaran roda (wheel alignment)

steering wheel

Buat ujian ini di tempat yang selamat atas jalan yang mempunyai permukaan yang r ata. Memandu kereta secara perlahan ke arah hadapan dan tekan brek. Jika stereng kereta menarik ke kiri atau kanan semasa kereta berhenti, ia bermakna penjajaran roda tidak tepat dan kereta tersebut diservis dengan baik. Anda dinasihati untuk mencari pengedar kereta yang lain sebab pengedar ini mungkin tidak menjaga kereta mereka dengan baik.

Uji brek

Brake test

Selepas menguji penjajaran roda, tekan brek kereta dengan lembut pada kelajuan yang berbeza. Jika anda perlu memijak brek dengan kuat atau ia berat ke satu arah, brek tersebut mungkin bermasalah. Anda juga boleh mula mempertimbangkan kereta yang lain jika brek kereta mengeluarkan bunyi besi bergesel atau bau asap.

Periksa penutup enjin

Engine oil cap

Pemeriksaan ini lebih rumit dan anda mungkin memerlukan bantuan daripada seorang mekanik. Pasangkan brek kereta dan matikan enjin. Kerana enjin mungkin masih panas, bukakan penutup penapis minyak enjin dengan kain tebal atau tuala. Selepas anda membuka penutup tersebut, anda boleh melihat komponen enjin dalam beberapa jenis model kereta. Jika komponen tersebut kelihatan bersih dan berkilat, enjin tersebut dijaga dengan baik. Kalau anda melihat karat, kotoran minyak , atau deposit karbon hitam, kereta tersebut tidak dijaga dengan baik. Lebih baik anda menjauhkan diri daripada kereta tersebut.

Cek untuk kesan kebocoran

Coolant leak

Seperti pemeriksaan penutup enjin, anda dinasihati untuk memeriksa enjin selepas memandu uji. Ini memastikan anda boleh mencari sebarang kebocoran yang telah dibersihkan sebelum pandu uji.

Terdapat dua tempat anda boleh periksa untuk kebocoran: di bahagian bawah kereta dan enjin. Apabila anda memeriksa bahagian bawah kereta, gunakan telefon bimbit anda untuk merakam transmisi (transmission) dan bahagian bawah enjin. Biasanya, bahagian ini kering-kontang. Oleh itu, kelembapan adalah tanda kebocoran.

Tempat kedua untuk diperiksa ialah enjin kereta. Anda perlu mencari tanda percikan atau sisa berwarna-warni yang mendedahkan masalah enjin kereta. Kereta yang mempunyai masalah enjin sebegini mungkin akan memerlukan radiator baru atau perlu dibaik pulih sepenuhnya.

Bau minyak terbakar

Walaupun anda tidak nampak sebarang kebocoran, anda masih boleh menghidunya! Bau minyak enjin terbakar apabila anda membuka bonet kereta adalah tanda kebocoran dan enjin tersebut bermasalah. Anda dinasihati untuk menjauhi diri daripada kereta sebegini.

Beli kereta Carro Certified

Di Carro, setiap kereta diperiksa secara teliti dengan pemeriksaan 160 poin kami dan dibaik pulih supaya menjadi Sebaik Yang Baru! Setiap ketidaksempurnaan akan dipaparkan pada laman web kami supaya anda tahu keadaan kereta secara menyeluruh sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta. Kami juga menjamin tiada gangguan perbatuan dan tiada kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran dan banjir pada setiap kereta untuk ketenangan minda anda.

Anda boleh melihat pilihan kereta Carro Certified Sebaik Yang Baru kami untuk mencari kereta yang paling sesuai untuk anda. Jika anda mengubah fikiran, jaminan pulangan wang 5 hari kami memastikan anda akan dapat wang anda tanpa disoal. Jangan tunggu lagi! Miliki sebuah kereta Carro Certified hari ini!

Carro, Buy car

Related Articles

Back to top button