Proses dan cara beli kereta terpakai di Malaysia
Pada zaman sekarang, kereta merupakan satu keperluan penting untuk ramai orang, dan ramai antara kita ingin membeli kereta terpakai. Tetapi, proses untuk membeli kereta terpakai sangat berbeza daripada pembelian kereta baru.
Melalui artikel ini, anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara untuk beli kereta terpakai di Malaysia dengan lebih lancar, tanpa kerumitan.
Pilih kereta yang sesuai untuk anda
Cara beli kereta terpakai terbaik adalah dengan melayari laman web kereta terpakai yang dipercayai seperti Carro dan memilih kereta Carro Certified yang paling sesuai untuk anda. Anda boleh memilih antara jenis kereta yang berbeza dan tapis mengikuti harga, model, jarak perbatuan (mileage) dan ansuran bulanan.
Antara kebaikan membeli kereta terpakai daripada Carro adalah semua kereta Carro Certified dijamin tiada manipulasi meter perbatuan, kerosakan serius akibat kemalangan, kebakaran dan banjir. Semua saman juga telah dipastikan sudah dibayar.
Ketahui lanjut: Cara cek saman polis
Selepas memilih kereta yang menepati dengan keperluan anda, anda boleh memandu uji kereta untuk memastikan ia sesuai untuk anda dari segi keselesaan pemandu dan penumpang, pengendalian dan prestasi.
Ketahui lanjut: What to check on a test drive (BI)
Buat loan kereta (pinjaman)
Apabila anda membeli sebuah kereta, anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk buat loan kereta. Antaranya ialah kad pengenalan dan lesen memandu yang sah, slip gaji 3 bulan yang lalu dan penyata KWSP (EPF) yang terkini. Bank pilihan anda mungkin mempunyai syarat dan keperluan yang berbeza.
Selepas itu, bank tersebut mungkin akan menawarkan pinjaman selama 1 hingga 9 tahun dengan kadar faedah (interest rate) yang tetap (fixed rate) atau terapung (variable rate). Jika anda tidak berpuas hati dengan kadar faedah yang diberi, anda perlu mencari bank yang lain. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat permohonan di beberapa bank pada masa yang sama supaya anda boleh memilih pinjaman yang sesuai untuk anda.
Ketahui lanjut: Loan kereta di Malaysia
Dengan Carro, aanda boleh menjimatkan masa dan memilih pinjaman yang paling sesuai untuk anda daripada senarai rakan bank kami, jadi anda tidak perlu bersusah payah membuat permohonan sendiri dengan bank, satu demi satu.
Gaji minimum untuk beli kereta
Gaji minimum untuk memohon pinjaman ialah RM2,000 sebulan. Walaupun begitu, anda hanya boleh beli kereta jika pinjaman tidak terlalu mebebankan. Jumlah bayaran kereta anda tidak boleh melebihi 30% daripada gaji anda, termasuk bayaran ansuran bulanan, minyak, servis dan lain-lain. Jika komitmen kereta anda melebihi 30% daripada gaji anda, anda mungkin mengalami kesukaran untuk memenuhi komitmen yang lain.
Mengikut perkiraan ini jika bayaran ansuran bulanan anda melebihi 20% daripada gaji anda, pinjaman tersebut terlalu tinggi. Dalam jadual di bawah, kami telah membuat kiraan gaji minimum untuk beli kereta popular berdasarkan bayaran ansuran bulanan sebanyak 20%.
Contoh kereta | Ansuran bulanan | Gaji minimum yang diperlukan |
Perodua Bezza | RM360 | RM2,000 |
Perodua Myvi | RM426 | RM2,130 |
Honda Civic | RM853 | RM4,265 |
Toyota Camry | RM1,587 | RM7,935 |
Seperti yang dilihat di jadual di atas, gaji minimum untuk beli kereta Bezza ialah RM2,000.
Anda boleh mencari kereta terpakai mampu milik Sebaik Yang Baru yang sesuai dengan pendapatan dan perbelanjaan anda di Carro!
Pendaftaran kereta
Selepas memilih kereta dan pinjaman yang paling sesuai, anda perlu mendapatkan Borang B5 PUSPAKOM yang membuktikan kereta terpakai anda layak dipandu di jalan raya. Anda perlu membayar RM3.50 untuk membuat janji temu secara online dan RM30 untuk pemeriksaan.
Selepas itu, anda boleh pergi ke pejabat JPJ terdekat dengan Borang B5 Puspakom, Perakuan Pendaftaran Kenderaan (geran kereta), dan MyKad asal anda untuk menetapkan nama anda sebagai pemilik dengan bayaran sebanyak RM100.
Jumlah bayaran untuk langkah-langkah di atas adalah sebanyak RM133.50!
Untuk memudahkan proses pembelian ini, anda boleh membeli kereta di Carro! Kami akan membantu anda untuk menguruskan hal-haldokumen dengan lancar tanpa caj tersembunyi.
Ketahui lanjut: Jual kereta belum habis bayar
Secara kesimpulannya, proses beli kereta terpakai di Malaysia tidak begitu mudah! Anda perlu memastikan setiap langkah dibuat dengan betul untuk memastikan pembelian yang lancar dan mudah.
Jika anda ingin proses yang lebih senang, Carro sedia membantu! Anda boleh membeli kereta terpakai yang paling sesuai untuk anda dengan lancar! Layari laman web Carro dan pandu uji kereta pilihan anda hari ini!
FAQ
- Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk beli kereta?
- Individu
- Vehicle Sales Order (VSO)
- Perakuan pendaftaran kenderaan/Geran kereta
- Kad pengenalan & lesen memandu yang sah
- Pendapatan tetap
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Penyata KWSP (EPF) terkini
- Pendapatan tidak tetap
- Slip gaji 6 bulan terkini
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Penyata KWSP (EPF) terkini
- Peniaga
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Salinan Pendaftaran Syarikat & Borang D (SSM)
- Penyata cukai LHDN dan resit
- Syarikat
- Vehicle Sales Order (VSO)
- Perakuan pendaftaran kenderaan/Geran kereta
- Pemilik Tunggal
- Kad pengenalan pemilik
- Penyata bank syarikat 6 bulan terkini
- Salinan Pendaftaran Syarikat Lengkap (ROC atau ROB)
- Perkongsian
- Kad pengenalan semua rakan kongsi
- Penyata bank syarikat 6 bulan terkini
- Salinan Pendaftaran Syarikat Lengkap (ROC atau ROB)
- Sendirian Berhad (sdn bhd)/Syarikat Awam
- Kad pengenalan semua pemegang saham besar
- Penyata bank syarikat 6 bulan terkini
- SSM
- Borang 9, 24, 49 and M&A (Section 14, 78, 58)
- Bukan Warganegara Malaysia
- Vehicle Sales Order (VSO)
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan/Geran kereta
- Passport dan Permit Pekerja Asing yang sah
- Lesen memandu/Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang sah
- Surat Tawaran lengkap dari syarikat
- Pendapatan Tetap (Hirer/Guarantor)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Penyata KWSP (EPF) terkini (jika ada)
- Pendapatan tidak tetap (Hirer/ Guarantor)
- Slip gaji 6 bulan terkini
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Penyata KWSP (EPF) terkini (jika ada)
2. Apakah proses untuk beli kereta dengan Carro?
Untuk membeli kereta dari Carro, anda boleh mengikut langkah-langkah ini:
- Layari laman web Carro dan lihat pilihan kereta Carro Certified kami.
- Pilih kereta dan ketahui butiran tentangnya seperti spesifikasi, perbatuan dan harga.
- Tempah kereta idaman anda dan pandu uji di pusat jualan behampiran anda.
- Beli kereta idaman anda.
- Carro akan membantu anda dengan urusan dokumen dan pembayaran.
- Mengikut kesesuaian anda, kereta idaman anda boleh dihantar kepada lokasi yang ditetapkan atau anda boleh mengambilnya di pusat jualan.
4. Jika saya disenarai hitam, bolehkah saya memohon pinjaman?
Maaf, anda tidak boleh memohon pinjaman.
5. Jika saya tidak mempunyai lesen memandu, bolehkah saya memohon injaman?
Seorang penjamin dengan lesen memandu yang sah dan bukti kewangan seperti di atas diperlukan untuk mohon pinjaman.
6. Apakah umur minimum untuk memohon pinjaman?
Umur minimum untuk memohon pinjaman ialah 18.
7. Apakah gaji minimum untuk memohon pinjaman?
Gaji minimum minimum untuk mohon pinjaman ialah RM2,000.
8. Apakah proses trade-in?
- Layari laman web Carro dan lihat pilihan kereta Carro Certified kami.
- Pilih kereta dan ketahui butiran seperti spesifikasi, perbatuan dan harga.
- Tempah kereta idaman anda dan pandu ujinya di pusat jualan berhampiran.
- Sila beritahu Product Genius kami di sana yang anda berminat untuk ‘trade-in’.
- ‘Trade-in’ untuk kereta idaman anda.
- Pandu kereta anda ke pusat pemeriksaan dan dapatkan tawaran terbaik kami. Anda boleh serahkan kereta di pusat pemeriksaan tersebut.
- Carro akan membantu anda dengan urusan dokumen dan pembayaran.
- Mengikut kesesuaian anda, kereta idaman anda boleh dihantar kepada lokasi yang ditetapkan atau anda boleh mengambilnya di pusat jualan.
9. Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk seluruh proses beli kereta?
Seluruh proses ini akan mengambil masa lebih kurang satu (1) minggu. Namun, masa yang lebih lama mungkin diperlukan kerana faktor-faktor lain.
10. Berapa lamakah tempoh sah tempahan?
Semua tempahan sah selama empat (4) hari.
11. Jika permohonan pinjaman saya mengambil masa yang lebih lama daripada tempoh sah tempahan, adakah saya boleh mendapatkan kembali bayaran tempahan (refund)?
Ya.