Car Buying Tips

Tips elak tertipu bila membeli kereta terpakai

Ramai orang pilih untuk beli kereta terpakai sebab lebih jimat. Tapi, sebab pembelian kereta bukan perkara yang dibuat selalu (mungkin sekali setiap lima tahun), ramai yang kurang biasa dengan prosesnya dan dan mudah tertipu. Kalau tak berhati-hati, duit yang dijimatkan masa beli kereta second-hand boleh habis untuk baiki kereta. 

Berikut adalah beberapa panduan penting bila membeli kereta terpakai. Kemudian, kita boleh tengok contoh khusus untuk model kereta popular seperti Proton Saga, Perodua Myvi dan Honda City terpakai. 

Tips beli kereta terpakai di Malaysia: Apa anda perlu semak sebelum bayar

1. Lakukan kajian awal mengenai kereta pilihan anda

Sebelum buat janji temu, semak dulu harga pasaran model pilihan anda dalam talian supaya anda tahu harga pasaran sebenar kereta tersebut. Kenali juga masalah biasa model tersebut melalui forum atau review/ulasan pemilik. contohnya isu enjin, transmisi, atau karat.  Jangan lupa tetapkan bajet menyeluruh, bukan sekadar harga beli kereta terpakai tetapi juga:

  • bayaran insurans
  • cukai jalan
  • Servis berkala
  • dan kos pembaikan yang mungkin diperlukan.

2. Periksa keadaan kereta dengan teliti

 Semasa meneliti kereta terpakai, pastikan anda periksa setiap bahagian:

  • Luaran: cari kesan calar, karat, atau panel badan yang tidak sekata.
  • Dalaman: uji semua fungsi seperti penghawa dingin, lampu, radio, dan butang kawalan lain. 
  • Ruang enjin: periksa untuk kebocoran minyak, hos haus atau bunyi pelik. 
  • Tayar: pastikan haus tayar sekata dan bunga tayar masih tebal.
  • Bahagian bawah kereta: periksa tanda karat atau kesan hentakan.

3. Pandu uji (test drive) dan semak prestasi memandu

Test drive bukan sekadar untuk rasa keselesaan memandu, tetapi juga untuk menilai keadaan kereta. Perhatikan:

  • Bunyi brek atau hentakan bila masuk gear: bunyi pelik biasanya tanda brek haus atau kotak gear bermasalah yang boleh menelan kos tinggi.
  • Sama ada stereng longgar atau bergetar: ini boleh menjejaskan kawalan kereta, mungkin berpunca dari alignment yang tidak seimbang, tayar haus atau suspensi.
  • Prestasi pada pelbagai kelajuan: cuba di jalan biasa dan lebuh raya untuk pastikan penukaran gear lancar, brek responsif, dan suspensi stabil pada kelajuan tinggi.

4. Bawa mekanik yang dipercayai

Jika anda kurang berpengetahuan tentang hal teknikal, ajak mekanik yang dipercayai semasa pemeriksaan. Mekanik boleh membantu mengenal pasti kerosakan tersembunyi seperti kebocoran minyak, masalah transmisi, atau enjin yang sudah lemah – perkara yang mungkin anda terlepas pandang.

5. Semak perbatuan & sejarah servis

Pastikan bacaan odometer sepadan dengan usia kereta. Jika kereta lama menunjukkan perbatuan terlalu rendah, ada kemungkinan meter telah diputar balik. Minta rekod servis untuk memastikan penyelenggaraan dilakukan secara konsisten dan di pusat servis bertauliah.

6. Periksa dokumen kereta

Pastikan geran asli dan atas nama penjual. Semak cukai jalan, insurans, serta pastikan kereta tidak mempunyai pinjaman tertunggak atau masih digadai kepada bank. Anda juga boleh semak nombor Vehicle Identification Number (VIN) dengan JPJ atau PDRM untuk memastikan kereta tersebut bukan kereta curi atau klon.

7. Waspada taktik scammer

Scammer kereta terpakai sering menggunakan pelbagai helah seperti:

  • Menawarkan harga terlalu murah untuk menarik perhatian.
  • Memberi alasan tergesa-gesa dan enggan menjawab soalan.
  • Tidak benarkan pandu uji atau elak jumpa bersemuka.
  • Meminta deposit awal sebelum pemeriksaan dilakukan.
  • Ada juga kes di mana penjual menjual kereta klon — nampak asli tetapi sebenarnya hasil salinan nombor casis dan geran palsu.

Pendek kata, kalau nampak tanda-tanda amaran seperti ini, jangan teragak-agak untuk lepaskan – walaupun tawarannya nampak menarik hebat. 

Setiap model kereta terpakai ada kelebihan dan cabaran tersendiri. Sebab itu, penting untuk anda tahu apa masalah biasa bagi model yang ingin dibeli, supaya anda lebih bersedia dan tahu apa yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan. Jom kita lihat perkara penting yang perlu diberi perhatian jika anda ingin membeli tiga model terpakai paling popular di Malaysia: Proton Saga, Perodua Myvi, dan Honda City.

Panduan beli Proton Saga terpakai

Car Media Image

Ingin memiliki Proton Saga 2020 Standard 1.3T ini? Bayaran bulanan dari RM305 sahaja!

Masalah biasa

Model Proton Saga keluaran 2011 hingga 2016 sering mengalami masalah pada kotak gear CVT lama, mounting enjin, dan sistem suspensi yang cepat longgar. Ini biasanya berpunca daripada penggunaan harian yang berat atau penyelenggaraan tidak konsisten.

Apa perlu diperiksa

  • Periksa bahagian bawah kereta untuk kesan hentakan, karat, atau kerosakan pada undercarriage. Ini boleh menunjukkan penggunaan yang kasar atau suspensi yang sudah longgar.
  • Semasa pandu uji, perhatikan sebarang hentakan bila tekan minyak atau gear masuk lambat — ini mungkin tanda awal masalah CVT.
  • Semak rekod servis, terutama penukaran minyak transmisi, kerana penyelenggaraan yang konsisten membantu memanjangkan jangka hayat kotak gear.
  • Pastikan mounting enjin dan transmisi masih kukuh — bunyi atau getaran kasar boleh menandakan ia perlu diganti.

Tip tambahanKalau anda tak pasti tentang keadaan kereta, pilih Proton Saga Carro Certified untuk ketenangan minda. Lihat senarai Proton Saga Carro untuk dijual di Malaysia

Bila membeli Perodua Myvi terpakai

Car Media Image

Ingin memiliki Perodua Myvi 2018 G 1.3 AT ini? Bayaran bulanan dari RM406 sahaja!

Masalah biasa

Antara masalah biasa Myvi terpakai ialah aircond yang kurang sejuk, power window yang mudah tersangkut, serta absorber haus yang menghasilkan bunyi bising.

Apa perlu diperiksa:

  • Hidupkan aircond semasa pandu uji. Perhatikan sama ada udara cukup sejuk, lambat sejuk atau tidak konsisten – ini boleh menandakan masalah pada compressor atau kebocoran gas.
  • Cuba semua power window, buka dan tutup beberapa kali untuk uji kelancaran motor dan suis.
  • Dengar jika ada bunyi hentakan semasa melalui jalan tidak rata. Bunyi seperti ini biasanya berpunca daripada absorber atau bush yang sudah haus.

Nak elak pening kepala bila beli Myvi terpakai? Pilih Carro Certified – setiap kereta diperiksa 160-titik, bebas banjir dan kemalangan besar. Lihat senarai Perodua Myvi terpakai untuk dijual di Carro

Bila membeli Honda City terpakai

Car Media Image

Ingin memiliki Honda City 2020 V-IVTEC 1.5 ini? Bayaran bulanan dari RM700 sahaja!

Masalah biasa

Honda City terpakai sering berdepan isu kotak gear CVT – terutamanya pada model generasi keempat (2014–2019)  jika tidak diservis dengan betul. Masalah lain termasuk sistem stereng elektronik (EPS) yang kadang terasa berat atau tidak responsif, serta kos alat ganti yang lebih tinggi berbanding kereta nasional.

Apa perlu periksa:

  • Semak rekod servis, terutama untuk penyelenggaraan transmisi CVT. Jika minyak CVT tidak ditukar mengikut jadual, kerosakan boleh berlaku dan kos pembaikan boleh mencecah ribuan ringgit.
  • Pandu uji dan uji stereng (EPS). Jika terasa berat, longgar atau tersentak ketika membelok, ia mungkin tanda masalah pada motor EPS.
  • Periksa bau dalaman dan bawah tempat duduk. Tanda bau hapak atau lumpur boleh menunjukkan kereta pernah terendam banjir — yang boleh menjejaskan sistem elektrik termasuk EPS dan gearbox.

Nak beli Honda City terpakai? Lihat senarai Honda City terpakai untuk dijual di Carro

Beli tanpa risau dengan Carro Certified

Carro 4S Centre in Seremban

Nak cari kereta terpakai yang bagus memang mencabar. Walaupun dah periksa dengan teliti, masih ada risiko masalah tersembunyi. Dengan Carro Certified, anda boleh beli tanpa was-was. Semua kereta kami dijamin bebas kemalangan besar, banjir atau kebakaran, lengkap dengan waranti 1 tahun untuk enjin & kotak gear, serta rekod servis yang telus. Semua rekod servis juga disemak dan telus.

Sama ada anda nak Honda City, Proton Saga atau Perodua Myvi untuk kegunaan harian, semuanya ada. Jadi, bila dah sedia nak beli tanpa risau, pilihlah Carro dan nikmati pengalaman membeli kereta terpakai yang mudah, telus dan penuh keyakinan!

Related Articles

Back to top button