Car Buying Tips

Penipuan perbatuan (mileage): Bagaimana peniaga kereta manipulasi bacaan jarak perjalanan

Kalau anda pernah nampak iklan kereta terpakai yang cantik, harga pun menarik, memang mudah rasa teruja. Kadang-kadang kita sendiri pun terfikir, “Eh, murahnya… berbaloi ni.” Tapi bila sesuatu tawaran nampak terlalu bagus, contohnya harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, itu biasanya tanda untuk anda lebih berhati-hati. Selalunya ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh penjual.

Salah satu risiko besar yang ramai tak sedar ialah penipuan perbatuan. Taktik ini nampak remeh, tapi kesannya besar bagi pemilik baru. Bayangkan beli kereta yang kelihatan baru dengan bacaan hanya 70,000 km, sedangkan odometer sebenarnya sudah melebihi 200,000 km. Servis besar sepatutnya dah lama dibuat, komponen dalaman mungkin haus, dan nilai kereta itu sebenarnya jauh lebih rendah daripada harga yang anda bayar.

Bacaan lanjut: 7 Bahagian Kereta Yang Wajib Diservis Setiap Kali

Odometer

Kenapa penjual melakukan penipuan perbatuan

Penipuan ini selalunya dilakukan untuk menaikkan harga jualan. Bila bacaan odometer kereta kelihatan rendah, kereta nampak “baru” dan lebih mudah menarik pembeli. Ada juga penjual yang sengaja menurunkan perbatuan supaya kereta mereka layak untuk pakej waranti tertentu yang biasanya hanya diberikan kepada kenderaan dengan bacaan odometer rendah.

Pendek kata, taktik ini digunakan untuk memikat pembeli yang mahukan kereta dalam keadaan tip-top, walaupun hakikatnya kereta itu sudah menempuh jarak jauh dan mengalami lebih banyak kehausan daripada apa yang ditunjukkan.

Cara-cara penipuan odometer dilakukan

Penipuan odometer sekarang jauh lebih canggih berbanding dulu. Sebelum ini, odometer mekanikal hanya perlu diputar secara manual, kini odometer digital boleh dimanipulasi hanya dengan alat kecil dan sebuah komputer riba.

Menggunakan alat ‘odometer correction tool’

Alat ini dijual secara terbuka dan boleh disambungkan terus ke port diagnostik (OBD-II) di bawah stereng. Dalam masa beberapa minit, bacaan perbatuan boleh dimanipulasi untuk mengikut kehendak penjual. Sebagai contoh, kereta yang sudah mecapai perbatuan 180,000 km boleh “dikurangkan” menjadi hanya 70,000 km – cukup untuk menyakinkan pembeli yang tidak berpengalaman.

Mengubah data dalam ECU (Engine Control Unit)

ECU adalah komputer utama kereta yang menyimpan rekod jarak perjalanan sebenar. Dengan software khas, data ini boleh dipadamkan diselaraskan semula atau digantikan dengan bacaan palsu. Bila ECU dan meter dashboard sudah dipadankan, manipulasi ini hampir mustahil dikesan tanpa pemeriksaan teknikal yang mendalam.

Menukar keseluruhan set meter dashboard

dashboard

Kaedah lain yang biasa digunakan ialah menukar meter digital dengan unit daripada kereta lain yang mempunyai bacaan lebih rendah. Kerja ini kelihatan kemas dan “asli”, tetapi odometer itu sebenarnya bukan milik asal kereta tersebut.

Bacaan lanjut: Maksud simbol-simbol penting pada papan pemuka (dashboard) kereta

Mengubah buku servis dan rekod penyelenggaraan

Ada juga penjual tidak bertanggungjawab yang memalsukan buku servis, lengkap dengan cop bengkel untuk menyokong bacaan odometer rendah. Sesetengahnya turut mengubah laporan penyelenggaraan digital supaya kereta kelihatan lebih meyakinkan kepada pembeli.

Tip Carro: Jika anda curiga, hubungi bengkel yang tercatat dalam buku servis untuk sahkan rekod sebenar.

Bila melihat betapa mudahnya odometer boleh dimanipulasi, jelaslah kenapa banyak kereta terpakai di pasaran berisiko mempunyai bacaan yang tidak tepat. Sebab itu, bila membeli kereta terpakai, jangan bergantung pada angka semata-mata. Pemeriksaan menyeluruh boleh melindungi anda daripada kerugian dan masalah jangka panjang.

Akibat penipuan perbatuan kepada pembeli

Masalah utama adalah kos tersembunyi dan risiko keselamatan. Kereta yang sebenarnya sudah berumur mungkin memerlukan servis besar seperti tukar timing belt, minyak gear, atau penyelenggaraan enjin. Tapi anda tidak akan sedar kerana perbatuan sudah diubah. Akhirnya, komponen kritikal noleh gagal sebelum waktunya dan meningkatkan risiko kemalangan.

Lebih menyakitkan bila anda hanya sedar ditipu selepas membuat bayaran. Proses undang-undang untuk tuntutan ganti rugi pula rumit dan mengambil masa. Walaupun menang kes, pampasan yang diterima selalunya tidak cukup untuk menampung masa, tekanan, dan kos yang telah anda keluarkan.

Tanda-tanda penipuan perbatuan pada odometer

  • Tempat duduk, pedal dan stereng nampak lusuh walaupun perbatuan nampak rendah.
  • Tarikh pengeluaran tayar atau kod pada kaca menunjukkan usia lebih tua daripada odometer.
  • Komponen haus terlalu awal, contohnya spark plug perlu diganti sebelum 100,000 km.

Cara elak daripada tertipu bila membeli kereta terpakai

Bacaan lanjut: Tips elak tertipu bila membeli kereta terpakai

Semak nombor casis (VIN) di Scrut.my

Dengan bayaran sekitar RM50, anda boleh semak sejarah kenderaan menggunakan nombor casis di Scrut.my. Laporan ini tunjuk sama ada kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan, kebakaran, banjir, atau pernah ditukar pemilik.

Semak rekod servis dan tuntutan insurans

Pastikan kereta mempunyai rekod servis berkala. Ini boleh membantu anda menilai sama ada bacaan odometer yang tertera munasabah atau tidak.

Periksa fizikal kereta dengan teliti

Lihat keadaan cat, bahagian bawah kereta dan tanda kebocoran. Bahagian ini boleh beri petunjuk jika kereta pernah dibaiki secara besar atau terlibat dalam kemalangan.

Bawa mekanik yang dipercayai

Mekanik berpengalaman tahu mengesan tanda manipulasi odometer. Dapatkan pemeriksaan dari bengkel yang anda yakin sebelum buat keputusan membeli.

Beli kereta terpakai daripada platform yang telus seperti Carro

Carro Certified 5 Jaminan

Kereta Carro Certified dijamin tiada manipulasi odometer, diperiksa 160 poin, dan datang dengan waranti 12 bulan.

Bacaan lanjut: 5 Jaminan Carro Certified

Penipuan perbatuan bukan sekadar helah kecil. Ia boleh menjejaskan keselamatan dan kewangan anda. Jadi, sebelum menandatangani sebarang perjanjian, semak sejarah kereta, periksa keadaan sebenar dan pilih platform yang anda tahu boleh dipercayai seperti Carro.

Carro 4S Centre in Seremban

Related Articles

Back to top button